Liang Pori Terbuka? Apa kesudahannya.

Liang Pori Terbuka? Apa kesudahannya  kalau cerita pasal beauty tips ni bukan kepakaran umi.Siapa je kan tak nak kulit cantik.

Ada sesetengah orang dikurniakan dengan kulit yang cantik,dan ada orang yang kurang cantik..Bukan jenis kulit macam sawo matang ke,hitam manis tu ye.Itu semua cantik je kejadiannya.

Yang umi nak ceritkan ni adalah kulit muka yang pori kulitnya terbuka.Macam umi ni hah.Kalau dulu,kulit muka umi bukan sahaja ada open pores tau,tetapi jugak package dengan jerawat dan kulit berminyak.Macam-macam produk jugak guna.Ada yang memberikan kesan awal,ada jugak yang takde kesan.Bila dah bercampur produk ni,macam-macam lah masalah kat muka ni.

Tu yang mengerikan sebenarnya kan.Dulu pernah jugak umi terjebak dengan produk yang memberikan kesan awal ni,memang kulit cantik,tapi lepas pada berhenti,mulalah segala jenis mak nenek tumbuh kat muka.Berminyak dan berjerawat balik..huiiii..Boleh murung tau dibuatnya.Kalau umi ni sejenis spesis pakai makeup takpe lah jugak,At least,boleh lagi cover muka tu.hehehe…Tapi bila tak pandai makeup,ko keluar jelah dengan muka breakout tu…Self confident terus jadi down tau..Lagi satu tabiat dulu,suka sangat usik muka ni dengan jari..Jari adalah no satu perkara yang menyebabkan kulit muka kita ni lagi teruk…Sila percaya!! Sebab tu jangan gatal-gatal tangan dok picit jerawat.Memang kesan jerawat hitam keluar lah nampaknya.

Tapi bestnya,hormon lepas bersalin ni ok je..Takde jerawat gatal tu,jerawat masa period tu normal,sekejap je hilang.tak gitu..Cuma masalah aku sekarang adalah Open Pores yang sangat mencabar untuk memulihkan keadaannya..Tapi ada ke ubat untuk hilangkan open pores ni.

APAKAH PUNCA LIANG PORI TERBUKA

1.GENETIK

Masalah pori-pori di muka terbuka berpunca dari beberapa faktor antaranya adalah genetik  keturunan.Genetik  ni bukan sahaja hanya pada warna kulit dan mata,malah ia juga boleh mewariskan struktur pori-pori wajah seseorang.

2.PENUAAN

Bila kita dah meningkat usia ni,secara semulajadinya,penghasilan Elastin akan berkurang,Elastin ialah keanjalan kulit untuk meregang dan kembali ke asal.Bila Elastin berkurangan,ia menyebabkan kulit menjadi kendur dan menyebabkan pori-pori wajah kelihatan lebih besar.

3.CAHAYA MATAHARI

Radiasi Ultraviolet dari cahaya matahari menyebabkan kerosakkan Elastin pada wajah dan menjadikan pori-pori wajah terbuka apabila wajah sering terdedah dengan matahari.

4.KEBERSIHAN

Jika kita tidak mencuci wajah dengan betul,pengumpulan minyak di wajah akan menyebabkan pori-pori tersumbat,dan menyebabkan pori-pori wajah kelihatan lebih besar.

Baca juga : 10 cara hilangkan jerawat dengan pantas

CARA BERKESAN MENGECILKAN LIANG PORI

Apabila liang pori terbuka ni,maka timbullah whitehead dan blackhead…betul tak,lagi merimaskan dan mencacatkan lagi muka..hadoiii…tak boleh terima kenyataan macam ni…hehehe…Tapi kalau malas,memang benda tu semua akan datang.

Ada je kaedah-kaedah alami yang boleh kita lakukan untuk mengecilkan pori ni,cuma ambil masa sikitlah kan.Di luar sana,banyak jugak produk-produk yang boleh membantu kita ni untuk mengecilkan pori,cuma kita kenalah  mencuba dan pastikan produk yang kita gunakan tu,bebas dari bahan kimia berbahaya.Meh aku share sedikit beberapa tips yang boleh kita lakukan untuk mengecilkan Liang Pori Terbuka ni.Dari pembacaan aku disini ,tak perlu guna produk mahal pun,boleh atasi masalah ni

BASUH MUKA

Basuh muka adalah rutin yang wajib kita lakukan setiap hari.Bagi aku,bila dah rasa kulit muka ni tak selesa,aku memang basuh.Sebab muka Oily ni kekadang merimaskan kita,jadi untuk menyegarkan muka ni,basuhlah muka.Kalau korang nak tahu,dengan membasuh muka secara kerap,ia akan membersihkan muka kita daripada kotoran yang tersumbat di dalam kulit seperti habuk,minyak mahupun bakteria yang membuatkan liang pori terbuka.

SCRUB GULA

Gula pun boleh membantu kita dalam kecantikkan diri tau.Tak semestinya gula untuk memaniskan masakkan dan minuman.Gula dikatakan boleh membuang sisa minyak tersumbat di wajah dan mampu mengeciklan liang pori.Caranya :-

  • Letakkan sedikit gula kepada satu bahagian perahan jus buah lemon.
  • Sapukan perahan itu tadi kepada seluruh wajah.
  • Biarkan selama 10 minit dan bilas dengan air sejuk.
  • Amalkan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.

STIM MUKA

Cara ini membantu untuk liang-liang pori itu mengecil dengan perlahan dan sekaligus menyingkirkan bakteria serta kotoran yang ada pada wajah dengan berkesan.Semasa proses Stim muka ni berlaku,korang boleh cuba buang whitehead dan blackhead yang ada pada muka.Selepas itu,haruslah dibersihkan dengan air sejuk.
 

JUS LEMON

Selain kegunaan Jus lemon ni dalam kehidupan kita,Jus lemon ini juga mempunyai astringen semulajadi yang membantu kita untuk mengecilkan liang pori terbuka.Ia juga mampu untuk menegangkan kulit muka kita.Caranya adalah :-
           Ambil 2 biji buah lemon dan perahkan jusnya.Sapukan jus tersebut di bahagian muka selama 30 minit.Kemudian bilas dengan air sejuk.Lakukan ia 2 kali sehari.

YOGURT

Yogurt merupakan produk semulajadi untuk mengatasi masalah pori terbuka ini.Ia mampu menyingkirkan sel kulit mati.Caranya adalah :-
        Ambil Yougrt asli tanpa perisa dan tidak mengandungi gula.Korang boleh cari yogurt plain.Sapukan pada muak setiap kali sebelum mandi dan biarkan ia meresap ke dalam kulit selama 10 minit.
Hah….dah adakan cara yang boleh mengatasi masalah Liang Pori terbuka ni.So ,apa kata kita cuba dari sekarang.Mana tau muka kita akan berubah menjadi cantik…hehehehehe….Puan blog nak jugak mencuba,tapi tak taulah bila nak start..nanti puan blog share ye kalau puan blog ni dah cuba.

ï¿«Thanks for Reading kisahsidairy.comï¿©

Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Loading

9 Comments

  1. Kena jaga muka ni.. dulu masa remaja mmg tak kisah sgt. Skrng dah mcm2 tipa ada.. thanks sharing 🙂

  2. kena jaga kulit muka selalu

  3. nak cubalah scrub gula tu..semalam keboringan aku buat masker tepung beras + kunyit + telur hehehe..best!

  4. thanks for the tip. nanti nak try. =)

  5. sekarang nih pun aku sedang berusaha nak tutup pori-pori yang terbuka..

  6. Kena exfoliate jugak muka 2-3 kali seminggu, tapi jangan over exfoliate. Tak lah boleh tutup lubang pores terus tapi atleast boleh mengurangkan penampakan pores 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *