Lepak Minum Coffee di Bask Bear Kota Masai

Lepak Minum Coffee di Bask Bear Taman Kota Masai

Lepak Minum Coffee di Bask Bear Taman Kota Masai.Dah jadi kebiasaan pulak bila hari khamis je ni antara port dating umi dengan babah.

Memandangkan setiap hari khamis babah akan balik kerja pukul 3.30, jadi sempatlah umi dating dengan babah sementara juga menantikan kakak dan adik balik ke sekolah jam 5.55 petang kan.

Nasiblah babah jenis layankan je umi nak mengopi kat mana, selain dari Ku Vancha dan jugak mamak, nilah port umi mengopi sesambil membawang.Biasalah kan bawang laki bini.

Bukan selalu kan nak berdating laki bini ni.Sejak ada anak ni memang masa kita sebagai  parents banyak pada anak-anak.Ada kadang-kadang hubungan kita dengan pasangan menjadi renggang dek kerana masa banyak dengan anak-anak.

Pernah umi terbaca ada satu petikan tu tentang kepentingan kita berdua dengan suami

Buatlah macam mana pun asalkan berdua-duaan

Lagi pulak mak mertua duduk sekali dengan kita kan, jadi kadang-kadang kita sendiri terbatas untuk bersama.Yelah, orang tua macam mak mertua umi ni dia nak perhatian lebih dari kita.Bila kita tak bercakap atau bawa dia keluar sekali, nanti dia kata kita tak sayangkan dia lagi kan.

Bukan senang nak jaga orang tua yang berusia macam mak mertua umi tu.Banyak ragam kadang-kadang.Mudah terasa, mudah merajuk dan macam-macam lagi lah.Tapi tulah, umi tetap bersyukur sebab dia masih sihat dan boleh berjalan.Ujian yang umi ada ni sikit kalau nak dibanding ujian orang yang menjaga orang tuanya yang terbaring atau sebaliknya.

Dan disebabkan itu juga, umi berhenti kerja sebab nak jaga dia dan anak-anak.Berbalik kepada mengopi di Bask Bear la pulak ye.Cukuplah tu sedikit sebanyak cerita tentang orang tua.Risau terbuka aib pulak kan.

Jadi port mengopi kami petang tu dekat Bask Bear.Kalau dulu nak dapatkan bask bear coffee ni deakt Tealive je.Sekarang ni dia dah pecahkan menjadi satu cafe yang best macam ni..Tapi bila dia dah ada cafe sendiri, boleh la kan jadi port mengopi.

Macam biasa order pebret minuman umi dekat bask bear ni hazelnut Caffe latte.Dan umi try menu roti dia iaitu signature toast korean spicy chicken dan babah pulak cheezy crispy chicken.

Lepak Minum Coffee di Bask Bear Kota Masai

Bagi umi Cafe Bask bear ni memang selesa untuk korang yang nak mengopi dengan tenang.

bask bear taman kota masai

Cuma untuk buat kerja tu, tak sure pulak wifi tu dah ada ke belum sebab masa pertama kali umi ke sini, tanya dengan staff bask bear diorang kata takde.Tapi tak taulah kan sekarang ni.

bask bear taman kota masai

Umi suka toast diorang ni sebab rangup dan sedap.Cuma sos tu diorang letak kat atas je.Jadi tak rasa umpph dengan sos korean tu.

So, lepas ni nak try santai-santai sambil buat kerja blog pulak.Mana tau kan bila buat kerja kat tempat ni, idea tu datang mencurah-curah..aa gitu..

Setahu umi dekat Pasir Gudang ni ada satu je tempat  dan inilah Bask Bear near me.Sebab tu bila-bila je boleh datang.Oh ya, kalau korang nak cari cawangan Bask Bear sekitar Johor ni umi senaraikan dibawah ye,

SENARAI CAWANGAN BASK BEAR SEKITAR JOHOR BAHRU

Bask Bear Coffee Shell Mount Austin, Johor Bahru

Shell, 4615, Jalan Mutiara Emas Utama, Taman Mount Austin, 81100 Johor Bahru, Johor

get directions:

https://goo.gl/maps/SKErBA6WFdxCa8T99

Bask Bear Coffee Kluang

No.13, Ground Floor, Jalan Duku, 86000 Kluang, Johor

get directions:

https://goo.gl/maps/YVvZF9B1vUWkNZ67A

 

Bask Bear Coffee Pekan Nanas

No 79 (Ground Floor), Jalan Industri 8, Pekan Sentral, 81500 Pekan Nanas, Johor

Bask Bear Coffee Taman Universiti Skudai, Johor

No. 10 (Ground FLoor), Jalan Pendidikan 8, 81300 Skudai, Johor

Bask Bear Coffee Taman Gaya Ulu Tiram, Johor

No. 33 (Ground Floor), Jalan Sasa 6, Taman Gaya, 81800 Ulu Tiram, Johor

Bask Bear Coffee Jalan Dedap 4, Johor Jaya, Johor

59 (GF), Jalan Dedap 4 , Taman Johor Jaya, 81100 Johor Bharu, Johor

Bask Bear Coffee Kota Masai, Johor

No 1, (Ground Floor) Jalan Ekoperniagaan 8, Taman Kota Masai, 81700 Pasir Gudang, Johor.

Bask Bear Coffee Kota Emas, Pontian, Johor

No. 46 (GF), Jalan Emas 2, Pusat Perniagaan Kota Emas, 82000 Pontian, Johor.

https://goo.gl/maps/V5jqvd8g7MrD26J97

Lepas ni dah boleh la korang minum kopi dekat Bask bear.Oh ya, cawangan lain tu umi tak pasti lah dia ada coffee shop sendiri atau tak.Jadi korang cubalah ye.Kalau korang nak lepak minum coffee di bask bear Taman kota masai jangan lupa roger-roger umi ek

 

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *