Lepak Mengopi di Rumah Kopi38

Lepak Mengopi di Rumah Kopi38 | Tercapailah hasrat seketul huda untuk merasai kenikmatan coffee dari rumah Kopi 38 yang terletak di Bukit Dahlia tu.

Gara-gara dia beraya di Pasir Gudang, dan umi pun ada temankan dia beraya juga, jadi kami iaitu umi, Huda dan juga Suzie sepakat nak melepak di Rumah Kopi38.

Sesekali kan, bawa orang luar dari Pasir Gudang pegi port kopi kitorang orang Pasir Gudang apa salahnya.Tapi macam biasalah, tak boleh la berlama-lamaan untuk lepak situ memandangkan Rumah kopi ni ianya terletak di kawasan perumahan.

Mungkin tunggu sikit hari lagi untuk mereka officially buka kedai di Pasir Gudang, umi confirm ramai yang dok melepak minum kopi kat sini.

Paling pebret umi kalau beli kopi kat sini ialah Kopi Sarawak.Tak taulah nak cakap macam mana rasa kopi ni selain korang kena jugaklah cuba sendiri.Sebab kadang lain orang lain rasa tekaknya.Pada umi berbanding kopi yang mahal korang minum tu, much better la untuk orang B40 macam umi.Tak mahal dan tak terlalu murah sangat.

Dua kopi Sarawak dan satu lagi double choclate.Dan sebagai pencuci mulut, eceh, truffle Pistachio dan Choclate serta Cream Puff.

Memang sangat berbaloi korang cuba truffle mereka.Kalau korang tengok posting umi yang sebelum-sebelumnya, umi suka juga hunting kedai kopi yang lain, antaranya, kopi 434, Kedai Kopi Otai, Ku Vancha dan lain-lain lagi.

Umi juga adalah pengalaman untuk ke kilang kopi dan dari situ umi taulah sedikit sebanyak perihal tentang proses kopi di Kopi Kluang Cap Televisyen.

Umi suka vibes rumah kopi38 ni.Sentiasa je penuh dengan customer.Kita tunggu diorang officially bukak cafe.Boleh la mengopi sambil buat blog kat situ.aa bestnya.

Umi tengah kumpul mood nak naikkan pv blog.Kemain jatuh menjunam sebab kemalasan yang melanda.Kena fokuskan kena naikkan adsense yang semakin menurun.Tu yang rasa tak berapa nak semangat nak berblog.Tapi takpe, kalau dah namanya blogger, dia kalau tak membebel kat blog tu macam tak best.Jadi kenalah terus membebel untuk sebuah kepuasan. aaa gitchu

 

Loading

1 Comment

  1. asyik terlalu je kopi38 ni, macam teringin nak cuba walau bukan coffee lover. hehh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *