LENGKAP SUDAH VAKSIN DOS KEDUA

LENGKAP SUDAH VAKSIN DOS KEDUA | Alhamdulillah lengkap sudah mengambil vaksin untuk dos kedua.Dah dapat sijil digital untuk vaksin.

Walaupun umi dah lengkap mengambil dos kedua pada 24 ogos lepas, tak bermakna umi dah lengkap sepenuhnya kan.Kena menunggu 14 hari barulah valid lengkapnya dos kedua.Syukur alhamdulillah tak ada perkara yang tak diingini berlaku.Umi just sakit di bahagian cucuk sama juga masa vaksin dos pertama.

Pagi-pagi lagi umi keluar lepas settlekan mak dan anak-anak.Appointment pukul 10.30 pagi tapi pukul 9.30 umi dah keluar untuk vaksin.Macam biasa terus pergi ke Regency Hospital, tetapi malangnya tempat untuk vaksin dah ditukar di belakang hotel berdekatan.Seriously umi lupa pulak nama hotel tu.Dah la dengan hujan lebat, takde announce apa-apa tentang pertukaran tempat vaksin.

Sampai ada yang marah-marah sebab tak bagitahu awal-awal kan.Yelah, dah la hujan lebat, dengan tak bawa payung lagi.Nasib baik umi berpayung, jadi musim-musim covid ni, nak berkongsi payung pun risau tau.Kena jadi orang yang selfish untuk keselamatan diri.Tapi ada jugaklah umi offer sorang kakak ni, nasib baik dia tak nak.

Walaupun ramai orang pada pagi tu, semuanya berjalan lancar, tak perlu menunggu terlalu lama untuk dapatkan vaksin.Sekejap je dah settle.Ingatkan naklah bergambar, tapi memandangkan umi sorang, lagi satu risau sebenarnya nak pegang-pegang props tu, jadi umi batalkan niat untuk bergambar.

Kita tepek jelah gambar lama, itu pun kebetulan orang suruh ambilkan gambar, eh kita pun sekali jalan la.Lepas tu takut sendiri.Hah!! padah

So adakah umi dah lengkap pengambilan vaksin ini sepenuhnya?

Maksud vaksin lengkap adalah 14 hari selepas suntikan dos kedua.Jadi umi kenalah tunggu beberapa hari lagi untuk lengkapkan vaksin tu walaupun sijil digital vaksin dah keluar.

Takpelah kan, janji dah lengkap dos kedua.Dah jalankan tanggungjawab untuk mengurangkan risiko apabila terkena jangkitan Covid-19 ni.Mohon dijauhkan la lagi keluarga umi dari dijangkiti wabak ni.Cukuplah sekali pernah kena dengan wabak ni.Sengsara rasanya.Walaupun tak mendapat simptom yang banyak, tapi bila didalam wad yang rata-ratanya pesakit covid, rasa takut tu tetap ada.

Semoga terhapuslah cepat wabak ni dari muka bumi Allah swt, rindu nak jumpa adik beradik umi tu.

Salam Jumaat korang

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.