Lama Tak Makan Nasi Lemak Bungkus Daun Pisang

Lama Tak Makan Nasi Lemak Bungkus Daun Pisang | Jaranglah tengok penjual yang menjual nasi lemak yang dibungkus dengan daun pisang

Umi suka kalau beli nasi lemak bungkus daun pisang ni.Aroma Nasi lemak yang dibungkus dengan daun pisang lain tau dengan yang terus masuk polistren ni.

Itu pada pendapat umi lah, pendapat orang lain tak tau pulak.Ingat lagi masa singgah kedai mamak dekat dengan rumah umi tu, ada penjual dia letakkan Nasi lemak bungkus daun pisang kat kedai mamak.Serius sedap.Harga pun baru RM2.50 tak silap umi.Telur suku jelah.Tapi takpe sebab Nasi lemak dia sedap.Nasi lemak perui dan juga sambal yang sedap.

Pada korang sambal nasi lemak yang manis just nice ke atau sambal yang masin sesedap rasa.Bagi umi kalau dah nama sambal nasi lemak, mestilah ada manisnya kan?

So, bila tadi bercakap dengan kawan umi yang kebetulan WFH hari ni, tup-tup sampai dah nasi lemak bungkus nasi lemak…Wahhhh…Kesukaan ler umi ko dapat Nasi lemak ni.

Kemain dia belikan umi dua bungkus nasi lemak.Tapi oklah sebab nasi lemak tu kecik je.Nak Kata Nasi lemak 50 sen tu oklah..hahaha

Terus umi bancuh Nes dan makan dua bungkus nasi lemak tanpa rasa was-was akan lemak yang akan bertandang tidak lama lagi..

Kenyang umi ko makan nasi lemak sampai dua bungkus.Padahal tadi dah bawak roti dengan ubi keledek.Ingat cukuplah tu kenyang sampai balik.

Sejak PKP ni , memang tak rajin nak keluar cari makan.Tapau dari rumah ataupun umi order jelah dengan foodpanda atau grab.Takdelah risau sangat

Sekarang kena double protection sebab wabak ni dah semakin mengganas.Tak sangguplah nak berdepan dengan penyakit Covid ni lagi.Cukuplah dah ada pengalaman menjadi salah seorang pesakit covid dua bulan yang lepas .

Kalau boleh taknak dah.Umi sangat-sangat takut bila nak keluar rumah sekarang ni.Tapi nak hidup kena jugaklah keluar.

Tapi tulah, bila lama tak makan nasi lemak bungkus daun pisang ni teringin la pulak.Nak cari tempat yang ada jual nasi lemak ni kat mana ye lagi..Tolong suggestkan di kawasan berhampiran umi ni..hehehe

 

 

1 thought on “Lama Tak Makan Nasi Lemak Bungkus Daun Pisang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *