Cara Guna Perkhidmatan Lalamove dengan Penghantaran Yang Pantas

lalamove

Lalamove merupakan perkhidmatan penghantaran dan pengangkutan yang beroperasi dalam beberapa negara di seluruh dunia.Perkhidmatan ini membolehkan pengguna untuk menghantar barang dari satu lokasi lain dengan mudah dan pantas.Lalamove ni biasanya menggunakan rangkaian pemandu bebas yang menggunakan kenderaan mereka sendiri seperti motosikal, kereta atau van untuk menghantar barang pelanggan.

Umi sendiri belum tahu lebih lanjut lagi tentang perkhidmatan Lalamove.Selalunya kita hanya lihat logo lalamove di banyak pengangkutan persendirian je.

Bagi yang tak tahu, lalamove merupakan pilihan popular bagi peniaga kecil, peribadi atau syarikat yang memerlukan penghantaran barang secara segera dan eisien.Ia membolehkan pengguna menghantar pelbagai jenis barang, termasuk makanan, barangan elektronik, produk penjualan dalam talina, dan banyak lagi.Dengan kemudahan perkhidmatan dan penghantaran yang cepat, lalamove tlelah menjadi platform yang penting dalam ekonomi penghantaran moden.

MENGENAI LALAMOVE

Ditubuhkan di Hong Kong pada tahun 2013, Lalamove adalah platform penghantaran on-demand yang lahir dengan tujuan untuk memperkasakan komuniti dengan penghantaran yang pantas, mudah dengan harga berpatutan. Dengan hanya satu klik, individu, perniagaan kecil dan korporat dapat mengakses flit penghantaran pelbagai jenis kenderaan yang dikendalikan oleh rakan penghantar professional.

Dikuasai oleh teknologi, kami menghubungkan pelanggan, kenderaan, kargo, dan jalan raya dengan lancar, memfasilitasi penghantaran barang penting dan memberikan manfaat kepada komuniti tempatan di 11 pasaran di seluruh Asia dan Amerika Latin. Lalamove memulakan perkhidmatannya di pasaran Malaysia pada tahun 2018.

 

baca juga : Tonttu’s Toys Academy di Fanpekka

lalamove

PERKHIDMATAN LALAMOVE

Lalamove menyediakan beberapa perkhidmatan iaitu

  • Penghantaran Barang – Lalamove membolehkan anda menghantar pelbagia jenis barang dari satu lokasi ke lokasi lain dengan cepat.Ini termasuk makanan, barang belian atas talian, dokumen dan banyak lagi.
  • Penghantaran makanan – Untuk perniagaan makanan Lalamove menawarkan perkhidmatan  penghantaran makanan yang cepat dan boleh dipercayai.Ia sesuai untuk restoran, kedai makan atau perkhidmatan penghantaran makanan dalam talian.
  • Penghantaran Dokumen – Lalamove juga boleh digunakan untuk menghantar dokumen penting dari satu tempat ke tempat lain dengan pantas.Inmi berguna untuk syarikat-syarikat atau individu yang memerlukan penghantaran  dokumen segera.
  • Penghantaran Barang Besar – Jika anda memerlukan pengangkutan barang yang besar ,lalamove juga menyediakan perkhidmatan untuk menghantar barang-barang yang besar seperti perabot kecil,elektrik atau alatan lain yang bersaiz besar
  • Penghantaran Kenderaan– Lalamove juga menawarkan perkhidmatan penghantaran kenderaan. Ini boleh merangkumi penghantaran kereta, motosikal, atau kenderaan lain yang memerlukan penghantaran dari satu lokasi ke lokasi lain.
  • Perkhidmatan Seharian– Lalamove beroperasi sepanjang hari dan sepanjang tahun, termasuk hujung minggu dan cuti umum, membolehkan anda menghantar atau mengambil barang pada bila-bila masa yang sesuai.

Perkhidmatan-perkhidmatan ini membolehkan pengguna untuk menguruskan penghantaran mereka dengan mudah melalui aplikasi mudah alih atau laman web Lalamove. Ia memberikan fleksibiliti dan kemudahan kepada pelanggan untuk menghantar dan menerima barang dengan cepat dan efisien.

lalamove malaysia

KELEBIHAN MENGGUNAKAN KHIDMAT PENGHANTARAN LALAMOVE

#1 Penghantaran Cepat

Salah satu kelebihan utama Lalamove adalah penghantaran yang pantas. Anda boleh menghantar atau mengambil barang dalam masa yang singkat, yang sangat berguna jika anda memerlukan barang dengan segera.

#2 Mudah Di Akses Melalui Aplikasi Mudah Alih

Lalamove boleh diakses melalui aplikasi mudah alih yang mudah digunakan. Anda boleh membuat tempahan, melacak penghantaran, dan berhubung dengan pemandu melalui aplikasi tersebut.

#3 Pelbagai Pilihan Kenderaan

Lalamove menawarkan pelbagai jenis kenderaan seperti motosikal, kereta, dan van. Anda boleh memilih jenis kenderaan yang sesuai dengan saiz dan keperluan penghantaran anda.

#4 Fleksibiliti Waktu

Lalamove beroperasi sepanjang hari, termasuk hujung minggu dan cuti umum. Ini bermaksud anda boleh menghantar atau mengambil barang pada bila-bila masa yang sesuai dengan jadual anda.

#5 Kemudahan Bayaran Atas Talian

Anda boleh membayar untuk perkhidmatan Lalamove secara atas talian melalui aplikasi. Ini menjadikan proses pembayaran lebih mudah dan membolehkan anda mengelakkan urusan tunai.

#6 Pilihan Perkhidmatan Yang Luas

Lalamove menyediakan perkhidmatan untuk pelbagai jenis penghantaran, termasuk makanan, dokumen, barang-barang dalam talian, dan banyak lagi. Ini menjadikannya pilihan yang sesuai untuk pelbagai keperluan perniagaan dan peribadi.

#7 Sokongan Pelanggan yang baik

Lalamove biasanya menawarkan sokongan pelanggan yang baik. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah, anda boleh menghubungi pasukan sokongan mereka untuk mendapatkan bantuan.

#8 Rangkaian Antarabangsa

Lalamove beroperasi dalam beberapa negara di seluruh dunia. Ini bermaksud anda boleh menggunakan perkhidmatan mereka untuk penghantaran tempatan dan antarabangsa.

#9 Fleksibiliti Dalam Pilihan Destinasi

Anda boleh menghantar barang ke pelbagai destinasi, sama ada ke alamat pelanggan, kedai, atau lokasi lain yang anda perlukan.

Kelebihan-kelebihan ini menjadikan Lalamove pilihan yang baik untuk menguruskan penghantaran barang dengan pantas dan efisien, terutamanya dalam dunia perniagaan yang semakin pesat.

HARGA PENGHANTARAN LALAMOVE

Harga untuk penghantaran menggunakan perkhidmatan Lalamove mengikut lokasi yang telah ditetapkan di website lalamove.Korang boleh tengok harga penghantaran Lalamove.

Korang boleh tengok harga penghantaran untuk Lembah Klang seperti dibawah

lalamove

KRITERIA MENJADI DRIVER LALAMOVE

Lalamove akan menapis permohonan dengan teliti untuk menjadi driver mereka bagi memastikan kualiti servis kepada para pelanggan adalah yang terbaik

Syarat Daftar Lalamove

  • Memiliki Kenderaan Sendiri – Memiliki motosikal/kereta/van/4×4/Lori 1 atau 3 tan
  • Umur dan Lesen – Berumur 18 tahun ke atas dengan lesen memandu yang sah.
  • Memiliki Telefon Pintar – Dengan ios 11 dan ke atas, Android 6.0 dan ke atas

 

CARA DAFTAR RIDER LALAMOVE 

Jika korang sudah memiliki kriteria-kriteria seperti di atas, korang boleh teruskan permohonan anda dengan mengikuti langka-langkah di bawah

  1. Layari laman rasmi Lalamove –https://www.lalamove.com/ms-my/driver
  2. Klik butang “Daftar” pada halaman tersebut
  3. Isikan maklumat yang diperlukan
  4. Anda wajib mengikuti Latihan Maya

Kelebihan Menjadi Rider Lalamove

  • Kebebasan dan fleksibiliti masa bekerja
  • Jana pendapatan sampingan
  • Tentukan hala tuju anda sendiri

Jadi kalau korang nak mencari pendapatan sampingan, bolehla mendaftar sebagai rider dengan lalamove

 

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *