NIAT PUASA ASYURA DAN TASU’A MUHARRAM

NIAT PUASA ASYURA DAN TASU’A MUHARRAM

Niat puasa Asyura,Tarikh dan niat puasa hari asyura bulan Muharram.Berpuasa digalakkan terutama pada hari ke 9 & 10 Muharram setiap tahun.Puasa Tasu’a merupakan puasa sunat dalam bulan Muharram yang dilakukan pada hari kesembilan (9) bulan tersebut.

 Kalau terlupa atau tak boleh puasa , insyallah korang boleh juga puasa keesokkan harinya.

Satu amalan yang amat dianjurkan bagi kita melaksanakan pada bulan Muharram adalah puasa sunat pada 10 Muharram.Ia juga disebut sebagai PUASA HARI ASYURA DAN TASU’A MUHARRAM.

TARIKH PUASA TASU’A 

Untuk tahun 2023 ini, Tasu’a jatuh pada hari Khamis bersamaan dengan 27 Julai 2023.Puasa Tasu’a juga merupakan puasa sunat dalam bulan Muharram yang dilakukan pada hari kesembilan(9) bulan tersebut iaitu hari sebelum hari Asyura.Ia juga hari yang disarankan untuk berpuasa oleh Rasulullah S.A.W

 

TARIKH PUASA ASYURA

Puasa hari Asyura tahun ini pula  ialah pada hari Jumaat 28 Julai 2023.Dikutip dari buku Puasa, Astrid Herera (2016: 31),Puasa Asyura adalah puasa sunnah yang dilakukan pada hari ke-10 di bulan Muharram.Ia merupakan hari ketika Nabi Musa berpuasa sebagai wujud rasa syukur kepada Allah swt kerana telah menyelamatkan Bani Israil dari kekejaman musuhnya.

 
 
Berpuasalah pada tiga hari ini yang sudah pasti menjanjikan ganjaran pahala besar kepada sesiapa yang beribadah padanya sepertimana terdapat dalam satu hadis.
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah ﷺ bersabda:

أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وَأَفْضَلُ الصَّلَاةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ صَلَاةُ اللَّيْلِ

Seafdal-afdal puasa selepas puasa Ramadhan ialah puasa pada bulan Syahrullah (bulan Allah) Muharram dan seutama-utama solat sesudah solat fardhu ialah solat  malam.”   (Hadis Riwayat Muslim r.a.)
 

NIAT PUASA HARI ASYURA

.
Puasa Asyura  pada tarikh 11 Muharram adalah berdasarkan kepada dalil umum keutamaan berpuasa pada bulan Muharram. Di samping itu, ia sebagai suatu langkah berhati-hati jika terjadi kesalahan dalam pengiraan awal Muharram.
Pendapat yang membolehkan berpuasa ini berdasarkan kepada hadis sahih riwayat Muslim no. 1163:

أفضل الصيام بعد رمضان شهر الله المحرم . فإذا صامه كله فهو طيب أو صام التاسع والعاشر والحادي عشر فذلك سنة

“Puasa yang paling utama selepas Ramadhan adalah puasa bulan Muharram. Apabila berpuasa sebulan penuh maka itu baik atau puasa hari ke-9 dan ke-10 dan ke-11 maka itu sunnah.”
 
So,kita sebagai umat islam, apa yang baik dalam Islam, kita ambil dan buat.Berkat dari melakukannya banyak.

1.Niat puasa hari kesembilan Muharram(Hari Tasu’a) ialah:

Niat puasa hari Asyura
 

NIAT PUASA TASU’A MUHARRAM

 

2.Pada hari ke-10 Muharram(Hari Asyura)niat puasanya ialah:

 
Niat Puasa Tasu'a
 
Kredit : shafiqolbu
 
Puasa Hari ke 11 Muharam boleh diniatkan selepas waktu Maghrib dan oleh kerana ianya tergolong daripada puasa sunat, maka antum yang terlupa berniat pada sebelah malamnya, boleh niatkannya pada waktu pagi atau sebelah siangnya, sebelum tergelincirnya matahari iaitu sebelum masuk waktu Zuhur.
 
Lebih baik dapat puasa 3 hari berturut-turut kan..So, siapa yang dapat puasa selama 3 hari tu, alhamdulillah..
 
 
Daripada Abdullah bin ‘Amru bin Al-‘Ash, Nabi ﷺ bersabda: “Puasalah tiga hari dari setiap bulan. Sesungguhnya amal kebajikan itu ganjarannya sepuluh kali ganda, seolah-olah ia seperti berpuasa sepanjang tahun.” (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Dawud, dan al-Nasai)
 
Kredit to : islamituindah
 
 
 

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *