Kutu Babi dan cara untuk menghilangkannya

Kutu Babi dan cara untuk menghilangkannya

Kutu Babi dan cara untuk menghilangkannya | Pernah ke korang terkena gigitan dari sang kenit ni? Walaupun nampak kecil, tapi gigitannya boleh menyebabkan pesakit meraung-raung tau.Kalau kita tak keluarkan sang kenit ni, ianya boleh merebak dan jadi lebih teruk.

Kutu Babi  atau dipanggil sang kenit mahupun Pirah ni memang kecil, kalau dah merayap kat badan, kita takkan perasan sampailah ia menggigit anggota badan kita.Apa itu kutu babi? ada ke yang tak tau?So, teruskan membaca Kutu Babi dan cara untuk menghilangkannya

APA ITU KUTU BABI

Kutu babi ni adalah binatang parasit yang boleh ditemui di persekitaran kita.Ia tergolong dalam keluarga Ixodoidea dalam kelompok hama.

Kutu babi ni hidup dengan menghisap darah pada mamalia burung dan juga manusia.

Masa di kampung hari tu, entah macam mana, si Awfiyah boleh terkena dengan kutu babi.Bukan awfiyah je terkena dengan sepupu dia 2 orang kena jugak.Puncanya seekor kucing yang bertandang kat rumah nenek masa diorang tengah main dekat beranda rumah.

Yang paling teruk sepupunya lah.Memang ada lebih 3,4 ekor di bahagian telinga dan kepala.Risau sangat kalau masuk telinga.Walaupun nampak kecik je sengkenit ni, tapi ia merbahaya juga tau.

Jadi, kecohlah satu rumah dok cari apa yang boleh menghilangkan kutu babi yang dah pun menghisap darah anak saudara umi tu.

Alhamdulillah, dapat diselamatkan setelah berhempas pulak melalak bagai nak rak nak keluarkan sengkenit yang dah pun merayap ke sana sini.

Sebenarnya tak boleh kita nak tarik macam tu je sebab kutu babi ni kalau dia dah mencengkam dekat kulit, memang payah nak keluarkan.Nasib baiklah kan nampak jugak kutu babi tu.Rela tak rela memang kena keluarkan jugak sebelum dia hisap lebih banyak darah.Yang penting kena hati-hati keluarkan kutu babi ni.Kalau tersalah cabut, taring atau kaki dia masih tertinggal, boleh bernanah dan bengkak.Tu yang paling risau tu.

Kutu Babi dan cara untuk menghilangkannya

Lepas balik dari rumah nenek tu, kakak fiyah pulak mengadu sakit dekat kepala.Mulanya umi tak perasan pun ada kutu babi,Sampailah dia kata sakit sangat, bila umi selak kat rambut, rupanya ada kesan darah dan bengkak sikit lah di bahagian kepala tu.

Baca juga : Rawat Tumit pecah dengan cara ini

Umi cuba letak minyak kapak dan biarkan.Lepas tu umi spray penyembur CAMAY tu hah yang umi beli 2 bulan lepas.Tu pun sebab si Auni tu berkutu.Nasib baik lah berkesan.

So, esoknya umi tengok, dah takde darah macam semalam yang umi tengok.Cuma kesan dia adalah lagi.Syukurlah sebab kutu babi tu dah hilang.

Sebenarnya ada lagi cara mudah untuk kita cabut kutu babi ni.Di bawah ni umi senaraikan beberapa cara untuk cabut kutu babi dengan mudah untuk korang cuba.

CARA BUANG KUTU BABI DENGAN CARA MUDAH DAN BERKESAN

1.Minyak cap Kapak

Letak sedikit minyak cap kapak ni pada kapas dan sapukan pada kutu babi yang dah melekat dekat badan kita.Bila kutu babi ni rasa panas, dia akan keluar dan mati.

2.Minyak Tanah

Sapu minyak tanah pada kutu babi tu dan tunggu hingga dia melepaskan gigitannya.

3.Air Garam

Boleh juga guna air garam dengan merendam bahagian yang digigit  sampailah ia melepaskan gigitannya.

4.Tembakau

Ambil sedikit tembakau dan lembapkan dengan air.Kemudian tekapkan atas kutu babi dan biarkan seketika sampailah kutu babi tu tertanggal atau mati.

5.Minyak Gamat

Letak sedikit pada kapas dan tekap pada kutu babi sehinggalah dia melepaskan gigitannya.

6.Kapur Sireh

Sapu kapur sireh pada bahagian yang digigit kutu bagi dan tunggu sehingga dia jatuh.

7.Penyembur racun serangga

Sembur racun serangga pada putik kapas dan letakkan pada kutu  tersebut.Tunggu sehingga dia melepaskan gigitannya pada kulit.

8.Bawak ke klinik

Kalau korang dah cuba ikhtiar cara di atas dan tak berhasil, keadaan semakin kritikal, eloklah dibawa terus ke klinik atau hospital yang berdekatan dengan korang.

 

Kalau tunggu lama-lama kang, maunya beranak pinak susah pulak kan.Umi pun dulu pernah kena zaman bebudak dulu.Mak umi tepek dengan minyak tanah je.Cepat kutu babi tu tanggal.Zaman sekarang ni nak cari minyak tanah pun payah kan.

 

Related Posts

2 thoughts on “Kutu Babi dan cara untuk menghilangkannya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *