Dapat Juga Merasa Kuih Keria Antarabangsa Limbongan | Kalau dulu umi hanya mendengar cerita sahaja tentang kesedapannya, kali ni umi dapat merasai sendiri kuih keria ni.
Begitulah selagi tak merasa apa yang kita dengar dari mulut orang kan.Nak juga rasa sendiri.Sedangkan Kuih keria ni umi pernah je rasa dulu.
Masa baru-baru kahwin dengan babah dulu, duduk pula dengan mertua, sesekali ada juga mertua buatkan.Tapi masa tu takdelah viral lagi pun kuih keria ni.
sampailah ada ketika dulu tu, viral tentang kuih keria gula melaka yang terletak di kawasan Limbongan Melaka.Dengar dari orang cerita dulu mereka ni berniaga secara kecil-kecilan je.Sampailah diviralkan, mereka dah boleh buka kedai.
Bila balik Melaka pun tak berkesempatan langsung untuk mencari kuih keria ni.Selalunya umi beli keria gula melaka ni di area merlimau je.
Apa yang bestnya yang umi tengok hari tu, dia disediakan panas-panas lagi untuk para pelanggan mereka.Sanggup beratur lama semata-mata nak dapatkan kuih keria gula melaka Antarabangsa Limbongan ni.
Selepas kami makan di Nasi Kepal di Restoran Ee Ji ban, kami terus kesini.Plan memang nak bawa balik kuih keria ni.Sebab tu destinasi mencari keria gula melaka ni last sekali dalam itenary kami untuk jalan-jalan cari makan di Melaka.
Pernah sekali terjah ke kedai mereka ni, tapi malangnya tutup.Bernasib baik kali ni buka dan dari jauh kami dah nampak orang beratur panjang.Tapi alhamdulillah, Dapat Juga Merasa Kuih Keria Antarabangsa Limbongan
KUIH KERIA ANTARABANGSA LIMBONGAN HAJI JALIL
Umi di belakang sekali tau.Nak ke depan tu adalah dalam 10 orang gitu.Tapi bergeraknya sangatlah lambat.Kami bertahan jugaklah kan sebabnya kuih keria tu memang dijual panas-panas tau.Dan umi rasa bila panas-panas tu masih lembut dan sedap.
Dan akhirnya sampailah giliran kami untuk mendapatkan kuih keria antarabangsa limbongan Melaka ni.
Lepas ni dah tak heranlah sebab umi dah pernah cuba…hahahaha..Umi beli dalam RM10 tak silap umi.Lupa pulak kiranya macam mana.
Lama kan diorang berniaga.Kira turun temurun jugaklah tu.
Lepas dapat je kuih keria ni, terus kami bergerak balik ke Johor Bahru.Sebenarnya ada lagi satu entry yang umi belum siap publish iaitu makan-makan di coconut shake klebang.
Umi sertakan Maps dan alamat untuk korang yang mencari di mana kuih keria Antarabangsa.
Alamat :
No. 3758, Bt. 2, Jalan Limbongan, Kampung Limbongan, 75200 Malacca