BELI JUGAK KUIH KASWI PANDAN GEDIK VIRAL ni yang orang taman jual.Sebenarnya kuih kaswi pandan gedik ni dah lama orang taman ni ada jual.Tapi yelah masa tu takde pun viralnya.
Tapi bila si Michael Ang tu review dan dia cakap sedap, mungkinlah lepas tu jadi viral kan.Biasalah bila dah kuasa viral, memang ramailah yang mencari.Cuma antara sedap dengan tak sedap jelah kan.
Jadi bila ternampak seller taman ni jual, teringin la pulak kan.Beli la sepeket untuk rasa-rasa.Bila dah rasa tu takdelah nak repeat balik sebab bagi umi biasa-biasa je.Sedap lagi kuih kaswi yang lemak-lemak bau kentut tu..hahahah
Teringat opismate lama umi dulu, dia kata bapak dia panggil kuih kentut.Tapi kalau diamati macam bau kentut pun ada..hahaha.Cuba korang cium kuih kaswi tu.Nanti bagi tau umi ek korang bau kentut ke tidak.
Boleh la kan sesekali mencuba.Sebenarnya boleh je buat, tapi tulah, kalau setakat tekak umi sorang je nak makan, baik beli.Kang buat banyak-banyak membazir je.Jom tengok resepi kuih kaswi pandan gedik viral.
RESEPI KASWI PANDAN GEDIK VIRAL
Bahan-bahan:
1 cawan air pandan
1 cawan santan cair
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi kayu
1 cawan gula
1 sudu besar air kapur
Sedikit garam
Sedikit pewarna hijau
Cara penyediaan:
1. Satukan semua bahan di atas. Kemudian, sapukan acuan dengan sedikit minyak.
2. Isi adunan sehingga penuh acuan dan kukus selama 15 minit.
3. Bila dah masak, biarkan kuih sehingga sejuk sebelum keluarkan daripada acuan
4. Kukus kelapa parut untuk tahan lama dan tak mudah basi.
Sukatan di atas boleh dapat lebih kurang 24 biji kuih
resepi ni umi ambil dari siraplimau. nanti kalau korang rajin atau kalau umi terajin boleh la buat sendiri.
Tu pun kalau terlebih rajin.Sekarang ni banyak betulkan makanan yang viral.Tapi tulah, kalau rasa nak cuba, korang cuba jelah.Kalau tak nak, diam-diam je.Tak perlu kecam-kecam orang tau.
Saya hari tu makan masa raya haji tu..ada orang hantar rumah mentua. sedapnyaaa
eh asal x pernah tau kuih ni, nak try, gen z mcm i x kenal kuih2 lama nii