kucing

10 FAKTA MENARIK TENTANG KUCING YANG PERLU KORANG TAHU.

Kucing merupakan haiwan peliharaan yang paling popular dalam masyarakat kita.Keletahnya yang comel mampu mencuit hati sesiapa sahaja yang melihatnya.Tapi tahukah korang fakta menarik tentang kucing ni?

Umi bukanlah pencinta kucing, tapi suka sangat melihat telatah kucing-kucing comel yang mencuit hati.Bukan apa, sejak kena cekau dek kucing, rasa traumanya sampai sekarang.

Dalam islam, kita juga diperintahkan untuk sentiasa menyayangi dan menyayangi makhluk Allah, bukan sahaja manusia tetapi juga haiwan termasuk kucing.

“Barangsiapa yang mencintai binatang yang disembelih sekalipun, niscaya Allah akan merahmatinya pada hari kiamat . ” (Riwayat Bukhari).

Salah satu kisah dari sahabat Nabi Muhammad yang dikenal dengan sebutan Abu Hurairah (secara harfiah berarti “Bapak Anak Kucing”) tentang kucing adalah, suatu hari ketika cuaca sedang panas, ia melihat seekor kucing yang sedang bersandar di dinding, kemudian ia mengambilnya dan membawanya dengan manaruhnya pada lengan bajunya untuk melindunginya dari panas matahari. Abu Hurairah mengatakan bahwa ia pernah mendengar Nabi Muhammad mengatakan bahwa ada seorang wanita yang masuk ke dalam neraka hanya karena membiarkan anak kucing betina yang kelaparan, tetapi hal ini telah dibantah oleh isteri Nabi Muhammad bernama Aisyah.

Namun hadits yang lebih tsabit (jelas) adalah hadits yang menyebutkan bahwa wanita itu kemudian disiksa, dengan lafadz sebagai berikut, “Seorang wanita diadzab karena seekor kucing yang dikurungnya sampai mati. Hanya karena kucing itu ia masuk neraka. Sebab tatkala ia mengurungnya, ia tidak memberinya makan dan minum. Ia juga tidak mau melepaskannya untuk mencari makanan dari serangga dan tumbuh-tumbuhan.” Hadits ini memang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam “Shahih”-nya, dan Imam Ahmad dalam “Musnad”-nya dari Abu Hurairah, tapi di sisi lain, hadits ini diriwayatkan dari jalur lain: dari Nafi’, dari Abdullah bin Umar RA, yang diriwayatkan Imam Bukhari dalam “Adab al-Mufrad” (hadits no.:379), dan Imam Muslim (7/43). Sehingga, boleh dikatakan hadits ini tsabit, dan tiada boleh ditentang lagi. Sampai di sinilah, pendapat al-Albani.

sumber : wikipedia

Ada beberapa fakta tentang kucing yang perlu korang tahu.Sebab kucing ni antara haiwan peliharaan yang paling disukai ramai.Jadi kenalah tahu tentang haiwan yang comel dan bersuara manja ni.

kucing

10 FAKTA MENARIK TENTANG KUCING

1.Keturunan

Kucing merupakan keturunan dari kucing liar di Timur Tengah dan telah hidup berdampingan dengan manusia lebih dari 4000 tahun.

2.Komunikasi

Kucing menggunakan berbagai jenis bunyi termasuk mengeram, mendengkur,mengiau untuk berkomunikasi dengan manusia dan sesama kucing.

3.Pencuci Profesional

Kucing dikelai seabgai pencuci yang berbakat kerana mereka mampu menjilat bulu mereka untuk membersihkan disir dan mengatur suhu tubuh.

4.Cahaya Rendah

Penglihatan kucing sangat baik dalam cahaya rendah, memungkinkan mereka berburu pada malam hari.

5.Rasa

Kucing memiliki lebih sedikit rasa manis daripada manusia kerana kurangnya reseptor rasa tertentu dalam lidah mereka.

6.Kesenyapan

Meskipun sering berdengku, kucing memiliki kemampuan unik untuk bersuara dengan sangat perlahan bahkan hingga frekuensi yang manusia tidak bisa mendengarnya.

7.Penantang Dalam Rumah

Kucing cenderung memandang rumah mereka sebagai wilayah yang harus mereka jaga dan melindungi dari ancaman apa pun.

8.Ketajaman Naluri

Naluri kucing sangat kuat.Sehinggakan tikus yang begitu senyap pun mampu di hidunya.

9.Kelunturan

Kucing sangat fleksibel dan dapat melenturkan tubuh mereka sehingga 180 darjah bahkan saat mereka tidur juga mereka dapat melakukan lenturan itu.

10.Warna dan Pola Bulu

Ada berbagai wanra dan pola bulu pada kucing termasuk tabby, calico dan siam.Pola warna ini ditentukan oleh genetik kucing itu sendiri.

Kalau sebut pasal kucing ni, ramai dikalangan kita yang membela kucing.Dan kalau korang nak tahu terdapat 14 jenis baka kucing yang perlu korang tahu.Jom kita lihat satu persatu tentang jenis-jenis baka kucing.

JENIS-JENIS BAKA KUCING

  1. Persia (Persian): Kucing Persia mempunyai bulu yang panjang, lebat, dan indah. Mereka mempunyai hidung pesek, wajah lebar, dan mata besar yang menawan.
  2. Siam (Siamese): Kucing Siam mempunyai bulu pendek dan halus, serta mata biru menawan. Mereka mempunyai tubuh yang elegan dan telinga besar.
  3. Maine Coon: Kucing Maine Coon adalah salah satu jenis kucing terbesar dan mempunyai bulu yang panjang dan lebat. Mereka mempunyai telinga yang besar dan berbulu serta ekor yang panjang.
  4. Rusia Biru (Russian Blue): Kucing Rusia Biru mempunyai bulu pendek berwarna kelabu kebiruan yang halus. Mata mereka cenderung berwarna hijau atau kehijauan.
  5. Bengal: Kucing Bengal mempunyai bulu dengan corak seperti kulit harimau. Mereka mempunyai tubuh yang kuat dan aktif.
  6. Ragdoll: Kucing Ragdoll mempunyai bulu yang panjang dan lembut, serta mata biru besar. Mereka dikenali kerana sifat mereka yang suka diremangkan dan lemas apabila diangkat.
  7. Abyssinian: Kucing Abyssinian mempunyai bulu pendek berwarna coklat keemasan atau sorrel. Mereka mempunyai penampilan yang aktif dan penuh semangat.
  8. Scottish Fold: Kucing Scottish Fold mempunyai telinga yang dilipat ke bawah, memberikan mereka penampilan unik. Mereka mempunyai pelbagai jenis bulu, pendek atau panjang.
  9. Birman: Kucing Birman mempunyai bulu panjang dan lebat, serta mata biru yang menawan. Ciri khas mereka adalah tangan putih yang mencolok pada setiap kaki.
  10. Himalaya: Kucing Himalaya adalah persilangan antara kucing Persia dan kucing Siam. Mereka mempunyai bulu panjang, hidung pesek, dan corak warna seperti Siam.
  11. Munchkin: Kucing Munchkin mempunyai kaki pendek dan tubuh yang kecil. Mereka datang dalam pelbagai jenis bulu dan corak.
  12. Oriental Shorthair: Kucing Oriental Shorthair adalah versi berbulu pendek dari kucing Siam. Mereka mempunyai bentuk tubuh yang serupa dengan Siam tetapi dengan pelbagai corak dan warna bulu.
  13. Burmese: Kucing Burmese mempunyai bulu pendek, mata besar, dan tubuh yang kekar. Mereka datang dalam pelbagai warna bulu yang kaya.
  14. Balinese: Kucing Balinese adalah versi berbulu panjang dari kucing Siam. Mereka mempunyai bulu panjang dan mata biru yang menawan.

Ramai yang suka bela kucing baka sebab keunikan pada kucing ni.Tapi penjagaannya lebih dari kucing biasa.Jadi sebelum korang bela kucing baka ni, korang perlu tahu cara penjagaan kucing baka ni.

Dan juga perlu untuk kita ketahui cara jaga anak kucing dari mereka lahir lagi.Biasalah kan, bila baby ni, penjagaan kena lebih kan?

CARA PENJAGAAN ANAK KUCING

1.Pemakanan Yang Betul

  • Berikan anak kucing susu ibu(kolostrum) dalam masa 24 jam selepas lahir, kerana ia mengandungi nutrisi penting,
  • Jika tiada susu ibu, gunakan susu pengganti kucing yang khusus untuk anak kucing.Jangan gunakan susu lembu, kerana anak kucing mungkin tidak boleh mencerna dengan baik.
  • Berikan makanan yang sesuai dan berkualiti tinggi, seperti makanan kucing yang khusus untuk anak kucing.Pindah secara beransur-ansur ke makanan keras apabila anak kucing cukup umur.

Kita sebagai penjaga kucing kena bijak memilih makanan kucing supaya tidak mengakibatkan kucing sakit.Kalau salah makan, mungkin akan memudaratkan si comel ini.

2.Tempat Tidur Yang Selesa

  • Sediakan tempat tidur yang selesa dan selamat untuk anak kucing tidur.Korang boleh menggunakan peti berlapis tuala atau kandang kecil.

3.Penjagaan Kesihatan

  • Bawa anak kucing untuk pemeriksaan veterinar awal dan lakukan vaksinasi serta kawalan pencegahan parasit seperti cacing dan kutu.
  • Jaga kebersihan anak kucing dengan menjada bulu, kuku, dan telinga mereka.

4.Stimulasi Sosial

  • Berinteraksi dengan anak kucing secara lembut dan memberikan sentuhan.Ini membantu membangun ikatan emosional antara anda dan anak kucing.

5.Latihan Mental dan Fizikal.

  • Berikan mainan yang sesuai untuk menggalakkan aktiviti mental dan fizikal anak kucing.

6.Latih Buang Air

  • Biasakan anak kucing menggunakan kotak pasir atau tempat khas buang air yang dicuci dan disediakan khas untuk mereka.

7.Keselamatan Rumah

  • Pastikan rumah anda selamat bagi anak kucing.Singkirkan bahan berbahaya dan pastikan mereka tidak dapat mencapai kawasan yang berisiko.

8.Menggalakkan Makan Dan Minum

  • Berikan akses kepada makanan dan air bersih sepanjang masa.Pastikan pinggan makan dan bekas air sentiasa bersih.

9.Sosialisasi Dengan Haiwan Lain

  • Jika ada haiwna peliharaan lain, perkenalkan anak kucing secara perlahan dan dengan pengawasan.Pastikan tiada konflik atau ketegangan.

10.Pelatih Kandang dan Tali

  • Boleh mulakan pelatihan anak kucing untuk mengenali kandang atau tali selepas mereka mencapai usia yang sesuai.

Pastikan untuk membeli peralatan berkualiti tinggi yang selamat untuk haiwan peliharaan anda. Perhatikan juga keperluan kucing anda dan pilih peralatan yang sesuai dengan personaliti, saiz, dan jenis bulu mereka. Jangan lupa memberikan cinta dan perhatian yang mencukupi, kerana itu adalah peralatan paling penting dalam menjaga kucing anda.

Loading

2 Comments

  1. Terima kasih atas maklumat menarik tentang kucing! Saya suka membaca perkongsian seperti ini yang membantu kita memahami lebih banyak tentang haiwan kesayangan kita. Teruskan berkongsi pengetahuan yang memukau ini! ????????

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *