KONGSI HADIS #4 Jauhi dengki,marah dan memutuskan Ukhwah
|Salam Jumaat semua.Seperti biasa, setiap minggu di hari Jumaat yang mulia, Sedikit perkongsian untuk muhasabah diri kita sendiri.
Kita sebagai umat Nya, memang tak pernah lari dari kesilapan.Cuma apa yang penting, kita cepat tersedar dari kesilapan kita dan menanam azam supaya tidak akan berlaku sekali lagi kesilapan yang kita lakukan.Begitu juga dengan sifat marah dan dengki dalam diri.Yang paling teruk adalah apabila kita memutuskan ukhwah sesama kita dek kerana sifat kita yang suka mendengki dan juga marah tu.
Dari Anas RA bahawa Nabi SAW bersabda: “Janganlah kalian saling berdengki, saling marah, dan jangan pula saling memutuskan hubungan satu sama lain. Tetapi
Apa pengajaran yang kita dapat dari hadis diatas ni
Antaranya adalah :-
1. Sebagai Muslim kita dilarang saling berdengki sesama Muslim
2. Elakkan dari berkelahi dan memarahi sesama Muslim.
3. Muslim juga dilarang memutuskan hubungan ukhuwah dan silaturahim sesama kita.
4. Berusahalah menjaga ukhuwah sesama Muslim kerana orang Mukmin itu bersaudara.
5. Sifat dengki dan tidak boleh mengawal marah yang ada pada seseorang menjadi penyebab putusnya hubungan ukhuwah dan silaturrahim.
Marilah bersifat RAHMAH dengan mengelakkan diri dari saling berdengki, suka marah-marah serta memutuskan hubungan ukhuwah.
Sifat dengki tu lah yang banyak menjadikan ukhwah berjauhan dan saling benci membenci ..
Tapi keep smiling..Allah kan ADA …
insya’Allah…sentiasa berfikiran positif dan berdamping dengan orang2 yang positif…
Semoga selalu dijauhkan rasa dengki tu….semoga kekal ukhuwah sesama kita….
Amin…amin….