Kole Kacang Sedap Dari KakNgah Sebiji Adunan Atuk

Kole Kacang Sedap

Kole Kacang Sedap Dari KakNgah Sebiji Adunan Atuk | Antara kuih kegemaran umi dari sejak umi kecil lagi.Memang tercari-cari orang yang buat sedap serupa atuk buat

Mungkinlah sebab dulu umi dibesarkan oleh atuk menjadi umi salah seorang penggemar kole kacang.Actually atuk masa zaman muda mudi memang seorang tukang masak, pembuat kuih dan bab-bab tulah.

Kalau dulu, pagi-pagi lagi atuk dah bangun untuk siapkan kuih jualan.Bukan takat tu je, atuk terkenal dengan pembuat laksam di kampung.Korang tau tak, dulu kalau nak buat mee laksam tu buat sendiri, bukan jenis yang siap punya.Sekarang ni memang ler ada yang dah siap.Tapi tak sesedap buat sendiri ye.

Dan mee laksam tu pun ada dua jenis, satu yang jenis besar-besar dan satu lagi serupa macam mee kuning.Yang selalu dia gunakan adalah macam mee kuning.Penat umi scroll tapi tak jumpa.Bila buat sendiri, cara menyimpulnya pun lain tau.Eh serius memang takde umi jumpa sekarang ni.Sekarang ni orang lebih prefer pakai spaghetti.

Berbalik pada cerita kole kacang ni, banyak tempat dah umi try kole kacang, ada yang kena dengan tekak dan ada juga yang tak kena dengan tekak.

Disebabkan ada group meniaga taman umi nilah, umi berjumpa dengan orang yang pandai buat kole kacang sedap.Ye, memang seakan sama dengan air tangan atuk dan makngah umi.

Lama dah nak tempah kole kacang dia, tapi disebabkan dia hanya mengambil tempahan untuk yang paket besar, jadi dia tak buatlah yang paket kecik-kecik.Kak Ngah ni memang terro bab buat kuih talam dan pisang.Sebelum tu ada juga umi tempah pulut kuning dengan dia.Memang sedap.

baca juga : 10 koleksi resepi mudah kuih raya

Pulut kuning dia lembab-lembab sikit, tu yang sedap.Takdelah kering.Macam tu jugak dengan kuah rendang, memang cukup rasa dan ada jugaklah beberapa kuih yang pernah umi cuba dengan dia.

Jadi semalam, dia whatssap umi bagi tau ada kole kacang pack kecik-kecik, dia tanyelah umi nak join order ke tak.Eh!! mau taknya.Sebab umi belum cuba lagi kole kacang Kak Ngah ni.

Petang tu dia hantar 2 bekas kole kacang dan sebekas tu RM5.Memang berbaloi sebab banyak.1st time rasa masyallah memang sedap.Patutlah ramai yang order dengan dia kan.

Alhamdulillah dapat juga merasa kole kacang yang sedap ni.

Tu hah bekasnya, memang puas hati sebab banyak jugaklah kan.Yang penting taik minyak dia banyak.Kalau dulu atuk buat taik minyak tu mesti umi cekut banyak..hahahah..

Cukup rasa dan tidak terlalu kering.Basah-basah tu memang sedap.Tak terlalu manis dan tak juga terlalu tawar.Elok je rasanya.

Nasib baik dia takde promote kat FB, kalau tak umi tag dia tau.

Satu bekas tu umi dah habiskan petang tu jugak.Dan baki lagi sebekas umi masuk peti ais.Jadi nak makan keesokkan harinya, just keluarkan dahulu dan makan kemudian.Still tak kering dan tak keras isinya.Masih lagi lembut

Next time kalau ada kenduri kendara dah boleh order je dengan dia.Tak payah dah nak cari tempat lain.Tu pun kalau slot tempahan dia tak penuh.Selalunya penuh sokmo.

Till the end, kalau kita nak berniaga, puaskan hati pelanggan, maksudnya biarlah kita berikan sesuatu kepada pelanggan dan pelanggan akan ingat kesedapan tu sampai bila-bila.

Jangan jadi peniaga yang akan diingat oleh pelanggan tentang betapa teruknya produk yang kita beri pada dia.betul tak.

Jangan kedekut sebab apa tau, pelanggan ni bila dia kata sedap, dia akan war-warkan bukan setakat kat laki dia, anak-anak dan adik beradik, malah semua tempat dia nak hebohkan contoh social media.Sekarang Marketing banyak free beb.Maka, kalau ko beri yang terbaik pada customre ko, customer akan beri yang lebih baik untuk kau kan?

betul ke idok umi cakap ni??

Oh ya, atuk tu merujuk kepada nenek umi ye.Dulu umi panggil nenek umi dengan panggilan atuk dan atuk umi panggil ayah.Tu yang atuk jeles je sebab kitorang panggil laki dia ayah.Kemain muda sentiasa.

Al fatihah kepada Arwah Mamat Bin Ismail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *