10 Khasiat Susu Kambing Yang Perlu Korang Ketahui seringkali dijadikan sumber protein dalam pemakanan seharian.Ada yang kurang suka akan susu kambing ni kerana ia berbau hamis dan rasa yang kurang sedap berbanding susu lembu.
Kandungan Nutrisi yang ada didalam susu Kambing
Tidak dinafikan bahawa susu kambing mempunyai nutrisi yang baik.Korang boleh lihat jadual kandungan nutrisi yang terdapat di dalam susu kambing.
Nutrien | Jumlah (setiap hidangan 100g susu kambing) |
Kalori (kcal) | 70 |
Jumlah pejal (g) | 13.2 |
Jumlah protein (g) | 3.6 |
Jumlah lemak (g) | 4.0 |
Laktosa (g) | 4.5 |
Vitamin A (IU) | 185 |
Vitamin D (IU) | 2.3 |
Vitamin B1 (mg) | 0.068 |
Vitamin B2 (mg) | 0.21 |
Vitamin B3(mg) | 0.27 |
Vitamin B5 (mg) | 0.31 |
Vitamin B6 (mg) | 0.045 |
Vitamin B9 (µg) | 1.0 |
Vitamin B7(µg) | 1.5 |
Vitamin B12(µg) | 0.065 |
Vitamin C(µg) | 1.29 |
Calcium (mg) | 134 |
Zat besi (mg) | 0.07 |
Magnesium (mg) | 16 |
Fosforus (mg) | 121 |
Kalium (mg) | 181 |
Natrium (mg) | 41 |
Zink (mg) | 0.56 |
Berdasarkan jadual di atas ni, korang boleh lihat bahawa susu kambing tinggi dengan kalori iaitu sebanyak 70 kcal.Susu kambing juga mempunyai pelbagai jenis vitamin dan mineral yang bagus untuk badan.
Jom kita tengok pulak khasiat yang terkandung di dalam susu kambing.
1.Sumber Protein
Antara kebaikkan susu kambing adalah ia tinggi dengan protein.Berbanding dengan susu lembu, susu kambing mengandungi protein yang lebih tinggi.Protein susu yang terdapat di dalam susu kambing terdiri daripada casein dan whey protein.
Protien sangat pentin tau untuk kesihatan badan kerana ia boleh membantu dalam pembentukan otot, tulang dan tisu-tisu di dalam badan.Di samping itu juga protein juga penting untuk fungsi-fungsi badan termasuklah untuk pembinaan hormon dan enzim di dalam badan.
2.Lemak
Susu kambing juga mengandungi komponen lemak yang terdiri daripada asid lemak rantaian pendek (SCFA) dan asid lemak rantaian sederhana (MCFA) seperti caproic, caprylic, capric dan lauric.
Komponen lemak rantaian pendek dan sederhana ini memainkan peranan yang penting bagi memudahkan pencernaan dan penyerapan lemak susu memandangkan enzim lipase akan lebih efektif sekiranya rantaian lemak tersebut pendek dan sederhana berbanding rantaian panjang.
Baca juga : Tips untuk ibu menyusu
Susu kambing juga mengandungi asid lemak penting (EFAs) dan asid linoleik konjugasi (CLAs) yang mempunyai manfaat kepada kesihatan seperti berfungsi sebagai antioksidan, antiradang, antihipertensif dan banyak lagi.
Ia juga mempunyai kandungan trigliserida rantaian sederhana (MCT) yang cepat diproses untuk menjadi tenaga sekaligus boleh menjadi sumber tenaga untuk melakukan aktiviti harian.
3.Karbohidrat
Susu kambing juga mengandungi komponen karbohidrat yang terdiri daripada laktosa, iaitu sejenis gula susu yang merupakan sumber karbohidrat utama di dalam susu. Kandungan laktosa di dalam susu kambing ini lebih rendah berbanding di dalam susu lembu.
Selain itu, susu kambing juga mengandungi pelbagai komponen seperti laktulosa, laktitol, asid laktobionik, galaktooligosakarida dan pelbagai oligosakarida. Komponen-komponen ini memainkan peranan sebagai prebiotik yang boleh menggalakkan pertumbuhan probiotik, iaitu bakteria baik yang memainkan peranan penting untuk kesihatan sistem pencernaan.
10 KHASIAT SUSU KAMBING KEPADA KESIHATANÂ
Berikut adalah 10 khasiat susu kambing kepada kesihatan kita.
1.Menurunkan Kolestrol
Antara kebaikan susu kambing adalah ia berpotensi untuk menurunkan paras kolesterol dalam darah bagi individu yang mempunyai masalah tinggi kolesterol.
Pelbagai kajian ke atas tikus telah menunjukkan bahawa susu kambing mempunyai kesan hypokolesterolemik yang boleh membantu menurunkan paras kolesterol dalam darah.
Hal ini kerana kandungan lemak dan protein casein yang terdapat di dalam susu kambing yang boleh menurunkan paras kolesterol dalam darah, meningkatkan HDL-kolesterol (kolesterol baik) dan meningkatkan penyingkiran kolesterol melalui najis.
2.Mencegah Keradangan
Di samping itu, susu kambing juga mempunyai aktiviti antiradang seterusnya boleh membantu badan mencegah keradangan.
Kajian telah menunjukkan bahawa kandungan oligosakarida yang terdapat di dalam susu kambing boleh membantu mencegah keradangan pada usus yang boleh menyebabkan masalah seperti kehilangan berat badan akibat daripada kurang selera makan atau pun cirit birit.
Oleh itu, susu kambing boleh digunakan bagi merawat masalah radang usus (inflammatory bowel diseases).
3.Untuk Menguatkan tulang
Selain itu, susu kambing juga bagus untuk menguatkan tulang. Hal ini kerana susu kambing tinggi dengan kalsium yang boleh membantu menguatkan tulang.
Susu kambing juga kaya dengan vitamin D yang boleh membantu meningkatkan penyerapan kalsium. Satu kajian ke atas tikus yang mempunyai masalah rheumatoid artritis juga telah mendapati bahawa protein yang terdapat di dalam susu kambing adalah komponen yang memberi kesan antiosteoporosis dalam masalah rheumatoid artritis.
4.Fungsi Prebiotik
Prebiotik adalah bahan yang berperanan penting untuk meningkatkan jumlah probiotik atau bakteria baik di dalam usus sekaligus memberi pelbagai kebaikan kepada badan seperti membantu sistem penghadaman badan berfungsi dengan baik, meningkatkan sistem pertahanan badan dan juga membantu penyerapan mineral di dalam badan. Susu kambing adalah sumber prebiotik yang bagus kerana kandungan oligosakaridanya yang berperanan sebagai prebiotik.
Terdapat juga kajian yang menunjukkan bahawa kandungan oligosakarida yang terdapat di dalam susu kambing adalah hampir sama dengan susu ibu, menunjukkan bahawa kandungan prebiotik yang terdapat di dalam susu kambing adalah setanding dengan kandungan prebiotik di dalam susu ibu.
5.Bagus Untuk Sistem Penghadaman
Selain itu, susu kambing juga bagus untuk sistem penghadaman manusia. Hal ini kerana susu kambing mengandungi lemak dan protein susu yang kecil dan mudah dicerna sekaligus bagus untuk sistem penghadaman.
Kandungan prebiotik di dalam susu kambing juga memainkan peranan penting untuk kesihatan usus yang baik.
6.Meningkatkan sistem pertahanan badan
Selain itu, susu kambing juga boleh membantu untuk meningkatkan sistem pertahanan badan. Hal ini kerana susu kambing tinggi dengan kandungan selenium yang boleh meningkatkan sistem pertahanan badan sekaligus boleh mencegah penyakit.
Terdapat juga kajian yang mendapati bahawa susu kambing boleh mengaktifkan perembesan nitrik oksida daripada sel darah yang boleh memberi aktiviti antibakteria seterusnya boleh mencegah jangkitan.
7.Mencegah masalah Anemia
Selain itu, susu kambing juga boleh membantu untuk mencegah masalah anemia. Hal ini kerana susu kambing boleh meningkatkan pengambilan atau penyerapan zat besi di dalam badan seterusnya mampu mencegah masalah anemia.
8.Kurang Alahan atau Alergi
Bagi individu yang mempunyai masalah alahan terhadap susu lembu, susu kambing boleh menjadi susu alternatif yang boleh menggantikan susu lembu.
Kebiasaannya, alahan susu lembu adalah disebabkan oleh kehadiran protein susu seperti protein αs1- casein yang yang bertindak balas dengan sistem imun yang menyebabkan tindakbalas alahan. Susu kambing adalah kurang alahan kerana ia kurang mengandungi protein tersebut berbanding dengan susu lembu yang mengandungi banyak kandungan protein αs1- casein.
Oleh itu,individu yang mempunyai alahan terhadap susu lembu boleh mengambil susu kambing bagi mendapatkan khasiat yang terdapat di dalam susu seperti kalsium tanpa mendapat gejala alahan
9.Menyeimbangkan PH Badan
Selain itu, susu kambing juga boleh membantu untuk menyeimbangkan pH badan kerana bersifat alkali dan berbeza dengan pH susu lembu yang bersifat asid.
pH susu kambing juga hampir kepada tahap susu ibu, menjadikan ia juga setanding dengan susu ibu. Susu kambing bersifat alkali kerana ia mengandungi asid amino L-glutamine yang boleh menyeimbangkan pH dalam badan.
10.Bagus Untuk Kesihatan Anak
Akhir sekali, susu kambing juga bagus untuk diambil oleh ibu yang mengandung atau menyusukan anak. Dalam kajian yang dijalankan terhadap tikus telah mendapati bahawa pengambilan susu kambing semasa mengandung dan menyusu boleh meningkatkan mikrobiota di dalam usus anak sekaligus boleh melindungi mereka daripada masalah seperti asma dan ekzema, mengurangkan masalah anxiety dan bagus untuk tumbesaran anak.
Â
Hah itulah dia 10 khasiat susu kambing.Masa umi preggy dulu memang minum susu kambing tapi ada perasa strawberry.Alhamdulillah BP sepanjang pregnant oklah.
Masa keluar baby pun doktor siap tanya ada makan pape ke sebab kulit anak bersih.Takat umi pregnant itu jelah umi minum.
SUSU KAMBING STRAWBERRY MOMMYHAPPY
Tapi hah!! nak bagitau ni, Mommyhappy pun ada keluarkan Susu kambing Strawberry yang sesuai untuk ibu-ibu mengandung dan breastfeeding.Yang tak mengandung dan menyusu pun bagus tau minum.Kalau tak bagus takkan ramai yang keluarkan produk susu kambing kan?
Jom dapatkan minuman pra campuran Susu Kambing Strawberi dari Mommy Happy! Rasa sekali pasti nak lagi!
Bahan-bahan:
? Susu kambing
? Perisa strawberi
? Ekstrak kismis
? Ekstrak kurma
? DHA
? AHA
Terdapat 10 sachet di dalam 1 packet, pengambilan hanya 1-2 sachet sahaja mengikut keperluan. Susu Kambing Strawberi ini ini juga kurang manis & boleh dibancuh dengan menggunakan 120 ml air panas.
Jom dapatkan minuman pra campuran Susu Kambing Strawberi dari Mommy Happy! Rasa sekali pasti nak lagi!
Bahan-bahan:
? Susu kambing
? Perisa strawberi
? Ekstrak kismis
? Ekstrak kurma
? DHA
? AHA
Terdapat 10 sachet di dalam 1 packet, pengambilan hanya 1-2 sachet sahaja mengikut keperluan. Susu Kambing Strawberi ini ini juga kurang manis & boleh dibancuh dengan menggunakan 120 ml air panas.
Jom dapatkan minuman campuran Susu Kambing Strawberi Mommy Happy untuk kesihatan & kecerdasan yang berpanjangan. Jangan lupa dapatkan daripada agent Mommy Happy sekarang dengan harga RM 20.00 sahaja!
So, korang yang nak dapatkan SUSU KAMBING STRAWBERRY KELUARAN MOMMYHAPPYÂ boleh dapatkan dengan umi ek.Lagi sekarang tengah YES(Year End Sale) ada promosi bila korang dapatkan susu ni.Yang penting Sedap dan tak manis banget
Â