Khasiat Buah Jambu Batu yang perlu diketahui

khasiat buah jambu batu

Jambu batu ni jarang dijadikan snek di dalam makanan harian kita kan.Tetapi kalau korang tahu akan kelebihan makan buah ni, pasti korang akan mengamalkannya.Perlu diketahui banyak  khasiat jambut batu yang perlu diketahui.     

BUAH JAMBU BATU

Jambu batu adalah buah yang paling berkhasiat bagi membekalkan vitamin dan mineral kepada tubuh manusia.Ia juga efektif menurunkan paras kolestrol dalam darah manusia dan amat bagus sekiranya dimakan setiap hari.

Bagaimanapun pengambilan buah jambu perlu diambil dalam jumlah yang mencukupi bagi memastikan khasiatnya berupaya memberi tindak balas kepada tubuh secara berkesan.Kita digalakkan supaya mengambil jambu batu sebanyak 400 gram sehari iaitu sebiji setengah selama 4 minggu untuk mendapat kesan yang baik.

Ia perlu dimakan bersama kulit-kulitnya sekali kerana ia mengandungi khasiat yang tinggi.Selain dimakan begitu sahaja buah jambu juga boleh dibuat jus tetapi cara penyediannay perlu asli iaitu tidak ada gula di dalamnya.Jambu batu sesuai diambil untuk amalan diet seimbang terutama mereka yang megnalami masalah berat badan.Bagi mereka yang menghadapi masalah paras kolestrol tinggi dalam darah, jambu batu boleh mengurangkan kolestrol iaitu 18.8 peratus  dalam seminggu tetapi pesakit mestilah mengambil buah jambu batu setiap hari bagi memastikan keberkesanannya.Jambu batu juga boleh membantu memperbaikit tekstur kulit anda dan mengelakkan masalah kulit dan kesannya lebih baik dari krim-krim kecantikkan.

Jambu batu dipercayai mempunyai sumber vitamin C yang tinggi di dalam bentuk asid askorbik.Secara perbandingan kandungan asid askorbiknya jauh lebih tinggi daripada buah-buahan yang lain.Ia mengandungi 3 hingga 6 kali lebih banyak vitamin C berbanding dengan buah oren, 10-30 kali lebih banyak berbanding dengan pisang, dan kria-kira 10 kali l ebih banyak berbanding dengan buah betik.Suatu kultivar yang diperkenalkan dan ditanam di Malaysia iaitu Donrom tanpa biji, dilaporkan mempunyai kandungan vitamin C nya 100-300 I.U bersamaan dengan kandungan dalam 27 biji epal.

Julat nilai asid askorbik yang dilaporkan ialah 10-1160 mg per 100g buah.Kebanyakkan asid askorbik tertumpu di dalam kulit dan mesokarpa luar, mencapai nilai maksimum di dalam buah hijau yang matan sepenuhnya dan merosot apabila buah ranum.Kultivar isi merah jambu dilaporkan mengandungi jumlah asid askorbik yang lebih tinggi berbanding isi bewarna putih.Walau bagaimanapun sesetengah saintis mendapati jumlahnya berbeza mengikut varieti dan kawasan.Selain daripada kandungan vitamin C yang tinggi, jambu batu juga didapati mengandungi kandungan vitamin A yang agak banyak.Kultivar isi merah jambu dilaporkan mempunyai paras kandungan yang lebih tinggi (3.1mg/100g) berbanding kultivar isi putih.Jambu batu juga mempunyai sedikit vitamin B-tiamina(B1), riboflavin (B2), asid nikotinik dan asid pantotenik.Contohnya ialah kultivar merah mempunyai 0.17mg/100g asid pantotenik dan 0.05mg/100g amina.

Jambu batu juga didapati mengandungi jumlah fosforus dan Kalsium yang sederhana dan juga sedikit besi, kalium dan natrium.

Buah Jambu batu mengandungi 74-87% kelembapan, 13-26% bahan kering, 0.5-1% abu, lemak mentah dan 0.8-1.5% protein mentah.Keasidan dan PH mesokarpa yang telah dilaporkan berbeza, masing -masing dari 0.33 hingga 0.99% samada  kultivar isi merah atau putih.Berdasarkan kepada komposisi biokimia yang terdapat pada jambu batu ini, ia merupakan salah satu buah yang begitu berkhasiat kepada semua lapisan masyarakat.

Baca juga : 10 Jenis sayur dan buah untuk sumber vitamin C

Kandungan vitamin C nya yang tinggi sesuai dimakan oleh semua golongan kerana pengambilan jambu batu secara harian mampu mengekalkan vitamin C di dalam badan manusia.Zat besi dan kalsium yang sederhana juga sesuai di ambil khususnya golongan tua dan kanak-kanak untuk tujuan tumbesaran harian mampu mengekalkan vitamin C di dalam badan manusia.Zat besi dan kalsium yang sederhana juga sesuai di ambil khususnya golongan tua dan kanak-kanak untuk tujuan tumbesaran tulang yang baik dan proses memperbaiki sel-sel tulang yang rosak atau rapuh.Jambu batu adalah salah satu buah tempatan yang begitu berkhasiat berbandung  dengan buah-buahan yang lain.

Kredit : fcumiracle

 

NUTRISI YANG TERKANDUNG DI DALAM BUAH JAMBU BATU

Jambu batu adalah sumber tenaga, serat pemakanan, vitamin dan mineral yang baik. Buah jambu ini mengandungi banyak nutrien bermanfaat seperti vitamin C, A, E, B-vitamin, selain kalium, fosforus, magnesium, kalsium, natrium, dan zink. Berikut merupakan komposisi setiap nutrien bagi setiap 100 gram hidangan jambu batu:

  • Air: 80.8 gram
  • Tenaga: 68 kcal
  • Protein: 2.55 gram
  • Jumlah lipid (lemak): 0.95 gram
  • Karbohidrat: 14.32 gram
  • Serat: 5.4 gram
  • Gula: 8.92 gram
  • Kalsium: 18 miligram
  • Zat besi: 0.26 miligram
  • Magnesium: 22 miligram
  • Fosforus: 40 miligram
  • Kalium: 417 miligram
  • Natrium: 2 miligram
  • Zink: 0.23 miligram
  • Vitamin C, jumlah asid askorbik: 228.3 miligram
  • Thiamin: 0.07 miligram
  • Riboflavin: 0.04 miligram
  • Niacin: 1.08 miligram
  • Vitamin B-6: 0.11 miligram

Lepas ni kenalah rajin-rajin makan buah jambu batu kan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.