Khairul Nizam memberi ispirasi kepada orang luar

Khairul Nizam memberi ispirasi kepada orang luar | Kalau korang kenal Siti Jamumall, mesti korang tau disebalik nama Jamumall tu, adalah abangnya sendiri iaitu Khairul Nizam

Khairul Nizam adalah salah seorang OKU yang merupakan Founder kepada Jamumall. Bila pertama kali Khairul Nizam di FB nya, umi memang kagum sangat.Seorang OKU begitu kuat semangat dalam bisness.Walau begitu payah dengan keadaannya, Tetapi dia tetap berusaha memastikan perniagaan Jamumall Onlinenya terus berjaya.

Jom dengar luahan hati Khairul Nizam melalui video di FB nya

Diusia 30 .. dgn keadaan cacat .. aku betsyukur dgn kehidupan .. aku berjaya membina satu syarikat jamumall sdn bhd , dan membina platform jualan jamumall.com .., aku happy mampu beli ape ku nak , mampu makan yg mewah , mampu travel ke dubai , korea , japan, australia dan byk negara aku dan sampai.. yg paling best aku dpt sediakan rumah meeah utk keluarga , tanggung family dan bersedekah setiap hari …

Bukan nak riak … tapi aku tau ramai sebenarnye org diluar sane nak jadi mcm aku , nak byk duit mcm aku , nk bahagiakan family mereka mcm aku .. tapiii adakah mereka sekuat aku??

Lihatlah aku …

kehidupan aku dulu tak mcm ni. Bayangkan anda di dalam jasad aku.. makan perlu disuap , mandi perlu diuruskan , duduk perlu diangkat , dan tidor perlu dijaga , bukan mudah untuk aku meneruskan kehidupan seharian .

Aku menanggung kehidupan ini bukan sehari , bukan tiga hari , bukan seminggu , bukan sebulan tetapi bertahun tahun !!! Ade ketika saya rasa sangat terkesan bile ade ketika bile sy haus , lapar , penat , takde org disisi .. tapi takkan aku nak mengharapkan mati??? Allah beri aku nyawa , nafas , sedikit kekuatan jari dan akal mesti ade sesuatu manfaat yg nak aku buat ..

 

 

Aku cube merenung dan mengimbas kehidupan ramai org diluar .. kalaulah aku di beri tubuh fizikal sempurna , boleh berjalan , berlari , melompat pasti akan aku gunakan sehabis baik untuk beri manfaat pada org lain …

 

Aku melihat ramai yg malas untuk ubah hidup sendiri  , ramai yg suke bg bermacam alasan bile bekerja, ramai yg cepat giveup bile ade cabaran !!

Ramai cube memilih untuk kerja senang , taknak susah , lebih memilih kehidupan susah tanpa usaha dengan kuat , sanggup berhenti kerja dan mengangur bertahun2 atas dasar ego boleh bergerak sendiri dan sanggup melihat keluarga dan org sekeliling susah, Paling terkesan nak bg duit mak dan ayah, family pun tak mampu … Aku sedih !!! Terdetik keinginan aku untuk bantu mereka …

Jadi aku bangkit!!! Aku cuba buktikan pada masyarakat the best kehidupan adalah atas dasar bersyukur .. bersyukur dengan nikmat yg allah beri dan jangan sia2 kan , aku bangkit untuk beri manfaat pada org lain . Aku nak satu dunia nampak hanya 3 jari dan satu akal aku dpt melihat kegembiraan , senyuman ramai org2 disekeliling aku ..

 

Kini aku sedar .. untuk berjaya dlm kehidupan , pekerjaan , mahupun bisnes bukan mudah . Tetapi atas keinginan yg kuat , kasih syg yg hebat , keberanian yg tinggi , suka berlajar dan improve diri , dan juga seorang yg berkomitmen tinggi membawa aku ketahap sekarang ..

 

 

Dan semua value yg ade dlm diri aku akan aku bawakan kedalam semua team aku dan masyarakat untuk mereka bangkit , bersemangat , dan berjaya !!!

Akhir kata … kalau aku ada 3 jari dan akal mampu membina kehidupan sendiri dan kebahagiaan org sekeliling .. anda ade berapa jari untuk ubah kehidupan?? Usia semakin meningkat, jangan tunggu lagi.. kite je mampu ubah diri kita!!

 

Jom kita lihat video dari Khairul Nizam ni

                               

 

Sangat memberi inspirasi setelah melihat video ni.Kita perlu sedar bahawa setiap kejadian yang Allah ciptakan tu adalah penyebab untuk kita terus semangat dalam melakukan apa yang kita nak.Jangan pernah untuk mengalah walau seteruk mana pun kita lalui.Allah swt sentiasa ada untuk kita.Allah tak pernah tidur.Dia tahu setakat mana kemampuan umatnya.Yang penting kita sebagai umatnya kena harus berterima kasih atas rezeki yang diberikan.Sentiasa Bersyukur dan sentiasa berdoa supaya dipermudahkan urusan kita.

 

 

Loading

5 Comments

  1. Sedangkan Nizam yang hanya berkemampuan 3 Jari Dan 1 akal Boleh berjaya, apa lagi alasan Kita…

  2. Semangat luar biasa yang perlu kita contohi walaupun beliau kelainan upaya

  3. Being physically disabled is not an excuse! Find a way to shine in life.

  4. Terharu dengan semangat beliau yang membuktikan bahawa OKU juga boleh berjaya.

  5. Kisah yang sangat memberikan inspirasi….insan hebat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *