Ketumbar Jawa Lebih Kuat Bau dari Ketumba Biasa | Selama ni tak pernah pun dengar pasal ketumbar jawa, kalau ketumbar biasa tu taulah.
Ketumbar biasa tu macam daun sup sahaja rupanya cuma dia pendek dan daun sup pulak lebih panjang.Kalau dulu masa zaman purba kala, memang tak pandai nak bezakan mana daun ketumbar dan mana daun sup.Yang boleh membezakan bila kita cium baunya baru kita tau ianya ketumbar atau daun sup.
Salah satu penyedap bagi makanan-makanan Thailand contohnya mesti kena ada daun ketumbar.Tapi mereka lebih suka menggunakan daun ketumba jawa ni dalam setiap masakkan diorang.
Baca juga :
Umi dapat tahu tentang Pokok Ketumbar Jawa ni pun dari adik ipar.Dialah yang bawa balik dari kampungnya.Jadi bila dah disemai dan berpasu-pasu, maka dia bagilah umi sepasu walaupun umi risauuuu sangat pokok tu akan mati kalaau umi bela.hahah’
POKOK KETUMBAR JAWA
Nama scientefik Pokok Ketumbar Jawa ini adalah Eryngium foetidum dan merupakan dari keluarga Parsley berasal dari kepulauan Caribbean.Tumbuhan renek berbatang lembut yang mudah sangat untuk dibiakkan.
KHASIAT KETUMBAR JAWA
Bukan hanya menjadi penyedap di dalam masakkan tau, ia juga mempunyai khasiat tersendiri dari daun sehinggalah akarnya.Jom kita lihat apakah khasiat daun ketumbar jawa ni
1.Daun
Air rebusan diminum untuk merawat demam, diabetes,demam panas,perut kembung, radang paru-paru, selsema dan boleh melawaskan pembuangan air besar.
Selain itu,air rebusan ini juga boleh dijadikan air mandian untuk merawat demam panas, selsema,serta radang paru-paru.
Cecair daun diperah dan sisa daun ditelan untuk dijadikan pembuka selera.
Daun ketumbar jawa yang segar ini juga boleh dibuat ubat pupuk untuk merawat bisul, kudis dan luka.
2.Akar
Ia dapat merawat batuk,demam,demam malaria,demam panas,radang paru-paru, selsema, sembelit, melawaskan pembuangan air kecil, meragsang peluh dan menghentikan pendarahan rahim dengan cara meminum air rebusan daripada akar tersebut.
3.Daun dan Akar
Air rebusan diminum untuk merawat demam kuning, demam panas, penyakit seriawan usus, sakit ular-ularan,tekanan darah tinggi,merangsang haid,merangsang peluh, penawar racun, terlampau banyak jus hempedu dan sebagai afrodisiak.
4.Khasiat Pemakanan
Daunnya boleh dijadikan perisa dalam makanan, sup, sayur atau ulam. Daunnya yang muda turut boleh dimakan mentah-mentah sebagai salad atau ulam dan dimasak seperti sayur yang lain.
Daun muda mempunyai rasa dan bau yang kurang kuat berbanding dengan daun tua. Baunya seperti daun ketumbar tetapi daun yang tua itu berbau lebih kuat seakan pepijat.
Hah, itulah antara khasiat yang ada pada pokok ketumbar jawa.Umi dah pun bawak balik sepasu.Mak kata senang jaga.Kalau dia berbunga tu, benih ada dalam bunga tu, takpun kerat je batang pokok ketumbar then cucuk kat pasu lain.
Lepas ni dah boleh la ON tomyam, dan menu lain yang guna ketumbar.Selalunya kalau nak beli daun ketumbar tu pun 50 sen comfirm.Jadi bila dah ada kat umah ni, boleh ler amik dua tiga daun dia masuk dalam tomyam.
Penanaman Ketumbar Jawa
Tanaman ketumbar jawa sensitif dengan cahaya matahari; paling sesuai adalah kawasan yang menerima cahaya matahari selama 6 jam. Lebih daripada itu (8 jam keatas) menggalakkan bolting (penjelasan lanjut dibawah) manakala kurang daripada 6 jam boleh merencat pertumbuhan ketumbar jawa. Maka ramai menganjurkan menanam ketumbar jawa dikawasan yang terlindung daripada pancaran cahaya matahari secara terus; ketumbar jawa yang tumbuh dikawasan yang terlindung dilaporkan mempunyai daun lebih besar dan mempunyai jangka hayat yang lebih lama. Namun begitu, tanaman ketumbar jawa juga memerlukan pengudaraan yang baik untuk mencegah daripada serangan kulat. Mungkin sesuai ditanama dibawah pokok yang rimbun, atau tepi dinding rumah yang terlindung dari pancaran cahaya matahari secara terus.
Tanah yang sesuai untuk tanaman ketumbar jawa haruslah peroi (loose) dan kaya dengan sisa organik. Tanah boleh menjadi lebih peroi dengan menambah tanah bakar/pasir atau perlite manakala penambahan sabut kelapa memanfaatkan dari segi membantu menyimpan air.
Jarak penanaman. Tanam benih/keratan jambakan bunga pada jarak 20-30 cm. Ini akan memberikan ruang yang cukup untuk daun ketumbar jawa membesar dengan sihat.
Penjagaan Tanaman Ketumbar Jawa
Pengairan. Air penting penting untuk memastikan tanaman ketumbar jawa sentiasa sihat. Dianjurkan meletakkan sungkupan untuk menambahkan kandungan air dalam tanah disamping mengelakkan air dari terkena pada daun.
Pembajaan. Letak kompos yang telah matang, baja tahi kambing/ayam atau baja yang membebaskan nutrien secara berkala (regularly) setiap 2 minggu.
Kutip Daun. Potong bahagian daun yang ingin digunakan, basuh, potong/sirat sebelum tambahkan dalam masakan anda. Sebaiknya ambil daun yang matang dan tinggalkan daun muda untuk kegunaan hari berikutnya.
Pembungaan. Tanaman ketumbar jawa akan membentuk bunga sekiranya terdedah kepada cahaya matahari. Proses ini dinamakan sebagai bolting dimana pendedahan kepada cahaya matahari yang lama (~8 jam sehari) menyebabkan pembentukan bunga, penghasilan biji benih, dan diikuti dengan tanaman tersebut mati. Untuk mengelakkannya daripada mati awal, cabut jambakan bunga apabila ia terbentuk.
Serangan Penyakit dan Perosak. Tanaman ketumbar jawa dilaporkan kurang bermasalah kecuali serangan cacing nematod dan penyakit daun berbintik (leaf spot) akibat bakteria Xanthomonas sp. pada tanaman ketumbar jawa yang hidup lebih daripada 2 tahun. Tanaman ketumbar jawa juga rentan (susceptible) kepada serangan kulat sekiranya tumbuh dikawasan yang lembap tanpa pengudaraan yang baik.
Itulah sedikit sebanyak info yang perlu korang tahu tentang pokok ketumbar jawa ni.Jadi lepas ni boleh la bela kan.kat Shopee pun ada jual tau
Baunya memang lebih kuat dari ketumbar biasa. Saya cuba tanam beberapa kali tapi tak pernah hidup lama.
Ohhh, itu pokok ketumbar kee.. Baru kutahu..hehe
ni tak taulah berapa lama bertahan
haah non