KETIDAKSEIMBANGAN HORMON WANITA DAN INI KESAN KEPADA KESIHATAN MEREKA

KETIDAKSEIMBANGAN HORMON WANITA DAN INI KESAN KEPADA KESIHATAN MEREKA| Umi cukup risau jika melihat ramai yang mengalaminya.Dan adakah umi juga mengalaminya?

Perut terasa kembung, mudah marah, dan sering mengantuk? Ketidakseimbangan hormon wanita  mungkin boleh dipersalahkan.

Hormon adalah perantara kimia yang mempengaruji cara fungsi sel dan organ kita.

Bergantung pada seberapa banyak atau sikit hormon yang dihasilkan oleh tiroid, kita mungkin sering rasa gelisah, keletihan, juga boleh kehilangan atau menambah berat badan.

Bagi penyakit tiroid, ternyata golongan wanita lebih cenderung untuk mengalaminya berbanding lelaki terutama selepas kehamilan dan pasca monopaus.

TIROIDITIS POSTPARTUM

Tiroid Postpartum(postpartum thyroiditis) merupakan kondisi di mana kelenjar tiroid yang berasa dileher mengalami keradangan dan pembengkakan setelah bersalin.

Tetapi, tiroiditis postpartum kadangkala sukar didiagnosis kerana gejalanya sering disalah anggap sebagai tekanan selepas kehadiran bayi baru lahir dan gangguan mood postpartum.

Bagi kebanykkan wanita yang mengalami kondisi ini, fungsi tiroid akan kembali normal dalam tempoh masa 12 ke 18 bulan daripada waktu gejala awal.

TIROIDITIS PASA MENAPOUS

Wanita dalam fasa menapous bakal mengalami perubahan kesihatan dan kualiti  hiduk dek tahap estrogen yang rendah.

Beberapa gejala menapuas juga mungkin bertindih dengan gejala tiroid yang tidak aktif.

  • Keletihan
  • masalah dengan fokus dan ingatan
  • Kegelisahan
  • Sakit otot

Sekiranya hipotiroidisme tidak dirawat dengan seeloknya saat menopaus, simptom daripada kedua-dua hormon seks yang rendah dan kondisi tiroid akan bertambah parah.

Ini boleh mengakibatkan simptom teruk yang bakal melemahkan keupayaan hidup hari ke hari dan mengganggu kualiti kerja seseorang.

MASALAH HORMON DAN JERAWAT

Masalah jerawat sebelum atau ketika haid adalah perkara biasa.Tetapi jerawat yang tidak hilang-hilang boleh menjadi simpton kepada masalah hormon.

Kelebihan androgen atau hormon lelaki yang dimiliki lelaki dan wanita boleh menyebabkan kelenjar minyak dihasilkan secara berlebihan.Ketidakseimbanan hormon wanita dan ini kesan kepada kesihatan mereka perlu dipandang serius oleh orang sekeliling supaya mereka tidak terlalu tertekan dengan penyakit yang mereka alami.

Tambahan lagi, androgen mempengaruhi sel-sel kulit di dalam dan di sekitar folikel bulu, kedua-dua perkara itu menyebabkan liang roma tersumbat lantas memicu jerawat.

Jerawat paling kerap berlaku di kawasan yang mempunyai banyak kelenjar minyak, termasuk:

  • Muka
  • Dada
  • Belakang badan
  • Bahu

KESAN MASALAH HORMON KEPADA TIDUR DAN MEMORI

TIDUR

Sekiranya korang mengalami kesulitan untuk melelapkan mata atau tidur malam sering tergangu, ketahuilah bahawa faktor ketidakseimbangan hormon boleh menjadi puncanya.

Progesteron, hormon yang dikeluarkan oleh ovari, berfungsi membantu kita lelap.

Justeru, jika hormon ini berada pada tahap yang lebih rendah daripada biasa, kualiti tidur malam anda bakal terjejas.

Di samping itu, hormon estrogen yang rendah boleh mencetuskan rasa panas dan berpeluh di malam hari, yang mana kedua-duanya akan menyulitkan lagi kalian untuk tidur.

MEMORI

Sebenarnya, pakar masih belum pasti bagaimana hormon boleh mempengaruhi otak.

Apa yang dapat dikenal pasti, perubahan estrogen dan progesteron mampu membuat kepala anda berasa ‘kabur’ dan menyukarkan kalian untuk mengingati sesuatu.

Beberapa pakar berpendapat, estrogen mungkin mempengaruhi bahan kimia otak yang disebut sebagai neurotransmitter.

Selain itu, masalah berkaitan fokus dan ingatan juga kerapa berlaku semasa pramenopaus dan menopaus.

Tetapi, mereka juga boleh menjadi gejala kondisi hormon yang lain, seperti penyakit tiroid.

Perubahan mood & keletihan

Para penyelidik berpendapat, penurunan hormon yang cepat boleh menyebabkan kegelisahan bahkan, depresi.

Estrogen mempengaruhi bahan kimia otak utama seperti serotonin, dopamin dan norepinefrin.

Tetapi hormon lain, yang melalui laluan yang sama dengan neurotransmitter, juga memainkan peranan dalam perasaan anda.

Sekarang kita fokus pada keletihan pula, adakah anda berasa penat sepanjang masa?

Untuk makluman, keletihan adalah salah satu gejala ketidakseimbangan hormon yang kerap terjadi.

Progesteron yang berlebihan boleh membuatkan anda mengantuk. Malah, jika tiroid anda menghasilkan hormon tiroid yang terlalu sedikit, ia berpotensi menjejaskan tenaga yang dimiliki.

Sejak disahkan umi mengalami Hyperthyroid hari tu, sedikit payah nak kawal emosi, nak uruskan keluarga dan sebagainya.Walaupun cuba untuk kuat, tetapi badan ni, memang cepat penat dan letih.Sering je tertidur walaupun dulu memang payah umi nak tidur siang.Ketidakseimbangan wanita dan ini kesan kepada kesihatan mereka juga berlaku pada umi.Memang payah nak kawal, tapi usaha dan selebihnya berdoa 

 

sumber: hellodoktor

 

siti Rohaida

Blog about parenting, tips parenting, deco, homeschooling activities, travel and beauty.Welcome to kisahsidairy blog

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *