KETAHUI TENTANG PEMASANGAN IUCD DAN KESANNYA

KETAHUI TENTANG PEMASANGAN IUCD DAN KESANNYA

KETAHUI TENTANG PEMASANGAN IUCD DAN KESANNYA | Tak semua orang boleh menggunakan kaedah IUCD iaitu salah satu cara untuk mencegah kehamilan

Nak tahu kena banyak membaca tentang kaedah IUCD ni.Beberapa minggu yang lepas umi berjumpa dengan doktor tentang Thyroid dan jantung.Disebabkan umi adalah salah seorang pesakit yang berisiko, kehamilan adalah tidak digalakkan.

Memang sebelum ni merancang sendiri, tetapi disebabkan doktor takut terjadi kehamilan, jadi doktor sangat menyarankan umi untuk menggunakan kaedah IUCD supaya peratus untuk kehamilan adalah tinggi.Yelah, umur baru 40an kan, kang bila terberanak dan berusia mungkin itu lebih berisiko.

Dan sebelum ni pun tak pernah ambil tahu tentang apa jua  alat pencegahan kehamilan jadi umi tidak pernah membaca mana-mana info mengenainya sehinggalah doktor bercakap tentang ni.

APA ITU IUCD

IUCD adalah sebuah alat mencegah kehamilan yang dipasang di dalam rahim wanita berbentuk seakan huruf T yang diperbuat daripada plastik.Terdapat 2 jenis IUCD iaitu:-

  • Copper – Alat yang disaluti tembaga ini akan menyebabkan rahim dan tiub fallopia secara tidak langsung menghasilkan cecair yang boleh merosak atau membunuh sperma.
  • Mirena – Alat yang mengandungi hormon progesteron ini akan membuat mukus dan serviks tebal dan melekit agar sperma tidak dapat tembus ke rahim lalu merosak dan membunuh sperma.

Sebelum kita memutuskan untuk menggunakan jenis IUCD, kita perlu tahu bahawa alat ini sangat berisiko tinggi kerana ia akan dipasang di dalam rahim.

Sebaiknya kita pelru berbincang terlebih dahulu dengan doktor pakar untuk mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan yang terbaik untuk kita.

FAHAMI FUNGSI IUCD

Ini  membolehkan kita dan pasangan menjalani dan menikmati kehidupan seks seperti biasa tanpa menghiraukan kemungkinan berlakunya kehamilan luar jangkaan.

IUCD yang disaluti tembaga akan bertanggungjawab untuk menghalang sperma dari menyuburkan telur dan memasukinya.

IUCD yang disaluti dengan hormon progesteron pula berfungsi dengan cara yang sama, tetapi juga akan menebalkan mukus serviks, menipiskan lapisan rahim dan dalam beberapa kes ianya menghentikan proses ovulasi sama sekali.

SIAPA YANG TIDAK DIGALAKKAN MENGGUNAKAN IUCD

Selain wanita yang masih belum mempunyai anak, wanita juga tidak digalakkan untuk menggunakan kaedah perancangan keluarga sekiranya:-

  • Mempunyai alahan terhadap tembaga
  • Mempunyai kehamilan luar rahim
  • Menghidapi jangkitan kelamin
  • Menghadapi penyakit PID
  • Mengalami kanser rahim atau kanser serviks
  • Mengalami pendarah faraj yang tidak normal

KEBERKESANAN PENGGUNAAN IUCD

Kedua-dua jenis IUCD ini sebenarnya sangat berkesan dalam mencegah kehamilan.Ia dipercayai oleh pakar akan mengurangkan peratusan untuk hamil kepada 1% sahaja jika ia dipasang pada kedudukan yang betul di dalam rahim.

Paling penting ialah IUCD jenis mirena juga telah terbukti mampu mengawal menorrhagia.Sebaik sahaja ia diletakkan di dalam rahim, alat ini dapat bertahan dalam masa yang lama.

Selain itu, IUCD jenis tembaga boleh kekal dalam rahim sehingga 10 tahun lamanya dan IUCD jenis hormon progesteron boleh kekal 3 hingga 5 tahun bergantung kepada jenama.

RISIKO PEMAKAIAN IUCD

Antara beberapa kesan sampingan adalah seperti berikut:-

  • Pakai IUCD tapi tak period kerana untuk beberapa bulan pertama, akan berlaku pendarahan yang tidak teratur pada faraj.
  • Tempoh haid lebih lama dengan lebih kekejangan terutamanya jika kita memasang IUCD jenis tembaga.
  • Atau sekiranya kita memasang IUCD jenis hormon progesteron pula, haid kita mungkin lebih ringan dan lebih pendek atau anda tidak langsung mengalami tempoh haid.
  • Selain itu, kita juga mungkin berasa sakit kepala, loya, tumbuh jerawat dan kelembutan pada payudara.
  • Kita juga mungkin akan mengalami lebih tinggi risiko kehamilan luar rahim dan keradangan pelvik.

Walaupun rasa seram juga bile terbaca tentang risiko pemakaiannya, umi husnudzon jelah sebabnya umi tau setiap perkara yang kita buat mesti ada baik dan buruknya.Jadi ni sedikit sebanyak umi kena ketahui tentang pemasangan IUCD dan kesannya supaya nanti tidaklah umi ni terkejut kalau jadi apa-apa kan?

 

 

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *