Ketahui Simptom Influenza dan Cara Mengatasinya| Di Johor Bahru sahaja Virus Influenza semakin meningkat berikutan ramai murid-murid yang terkena virus ini khususnya di Pasir Gudang
Sebelum terkena lebih baik kita berhati-hati.Masa umi masuk wad hari tu pun, dah ramai pesakit yang datang dengan keadaan yang tidak sihat.Cerita pasal umi masuk wad nanti umi cerita di lain entry ye.
Alhamdulillah, umi masih diberikan kesembuhan dan peluang untuk sihat lagi.Doakan umi ye.
Bila tengok di ruangan facebook dan juga perkongsian dari kawan-kawan umi mengenai VIRUS INFLUENZAÂ ni, umi risau jugaklah kan.Yelah, virus ni memang senang nak merebak.Kalau kita tak berjaga-jaga kemungkinan kita juga akan terkena.Korang tau ke apa itu INFLUENZA?
Â
APA ITU VIRUS INFLUENZA
Influenza merupakan penyakit yang disebabkan oleh virus influenza yang menjangkiti salur pernafasan. Ia boleh menyebabkan gejala jangkitan yang ringan mahupun serius. Dalam keadaan tertentu, ia boleh mengancam nyawa individu yang dijangkiti.
Â
Bagi negara-negara yang beriklim sederhana, kejadian wabak kerap kali berlaku semasa musim sejuk manakala bagi negara-negara tropika di sepanjang garisan Khatulistiwa (termasuk Malaysia), kejadian wabak berlaku sepanjang tahun tanpa mengikut musim yang tertentu.
Influenza ni secara kebiasaannya selepas terkena wabak ini bermula satu hingga dua hari selepas dijangkiti, ianya meliputi :-
- Demam
- Selesema
- Sakit tekak
- Batuk
- Sakit kepala
- Sakit badan
- Sukar bernafas
- Cirit birit dan sakit perut (khususnya dikalangan kanak-kanak)Â
Cara Penularan Influenza ini  merebak dari seorang individu yang dijangkiti kepada seorang individu yang lain melalui titisan salur pernafasan (respiratory droplets) apabila bercakap, batuk atau bersin. Titisan ini boleh mencemari permukaan dan menyebabkan jangkitan kepada individu yang menyentuh permukaan tersebut.
Â
ORANG YANG BERISIKO TINGGI MENDAPAT INFLUENZA
- Kanak-kanak berumur kurang dari 5 tahun
- Wanita hamil
- Warga emas berumur 65 tahun dan ke atas
- Individu dengan penyakit kronik (kencing manis, darah tinggi, asma, dan lain-lain)
- Individu obes
- Individu yang mempunyai daya ketahanan badan yang rendah (seperti pesakit kanser, penghidap HIV, pesakit yang menjalani rawatan kemoterapi, dan lain-lain.) Â
Â
CARA CEGAH INFLUENZA
Cara yang terbaik untuk mencegah jangkitan influenza adalah dengan mendapatkan vaksinasi secara tahunan bagi individu yang berumur 6 bulan dan ke atas di kebanyakan fasiliti kesihatan swasta.Â
Selain dari mendapatkan vaksin influenza, lain-lain langkah pencegahan yang boleh diamalkan adalah seperti berikut:
- Amalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer;
- Amalkan adab batuk yang baik dengan menutup mulut dan hidung apabila batuk atau bersin, sama ada dengan menggunakan tisu atau penutup mulut dan hidung (face mask);
- Buang tisu atau penutup mulut dan hidung (face mask) ke dalam tong sampah bertutup sejurus selepas ianya digunakan;
- Jarakkan diri dari individu yang bergejala, sekurang-kurangnya dalam jarak 1 meter;
- Rehat di rumah dan elakkan mengunjungi tempat tumpuan ramai jika bergejala. Sekiranya perlu ke tempat awam, gunakan penutup mulut dan hidung (face mask).
So, kena ambil tahu tentang kes ni supaya kita lebih berhati-hati dengan persekitaran.Yang mampu untuk dapatkan Vaksin tu, kena cepat-cepat dapatkan ye.Insyallah, umi pun sedang mencari klinik yang menjual vaksin ni.Dah dua klinik umi pegi, semuanya habis.
sumber : infosihat
Risau juga…kena hadkan aktiviti luar..guna face mask sentiasa..kesian anak-anak kecil terkena jangkitan ni..
ena pon risau sbb anak dah kena tahun lepas. Memang lagi teruk dari demam panas biasa tu. sampai kuarantin 1 rumah..semoga keluarga akak sentiasa dilindungi.