Hari Jumaat merupakan pengulu segala hari.Kebanyakkan ibadah-ibadah sunat selalu dilakukan pada hari Jumaat ini,tetapi tahukah kesilapan umat islam pada hari jumaat yang selalu kita buat.
Umat islam disarankan supaya memperbanyakkan ibadah-ibadah sunat yang lain di samping memenuhi kewajipan menunaikan solat fardhu jumaat.Pada hari jumaat juga umat Muhammad diharuskan untuk melakukan segala aktiviti termasuklah mncari rezeki yang dikurniakan oleh Allah.Kebebasan ini tidak dikecapi oleh kaum Bani Israil terdahulu di mana syariat Nabi Musa melarang sama sekali kaumnya dari mencari rezeki pada hari kebesaran mereka iaitu pada hari sabtu.
Sebaliknya mereka diperintahkan supaya memperuntukkan masa tersebut melakukan ibadah.Berbeza pual dengan syariat Nabi Muhammad, Allah s.w.t memberikan kebebasan dan ruang yang cukup luas kepada hambanya untuk mencari rezeki dengan apa cara sekalipun termasuklah berniaga dan berjual beli.Namun begitu terdapat beberapa keadaan dan waktu khusus yang dialrang oleh Allah s.wt menjalankan sebarang bentuk perniagan dan jual beli pada penghulu segala hari.
Allah swt berfirman dalam surah al-Jum’ah ayat 9 :
Yang Bermaksud, Wahai orang-orang yang beriman! Apabila dikumandangkan seruan mengerjakan Solat Jumaat, maka bersegeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah S.W.T dan tinggalkanlah jual beli (pada saat itu) ; yang demikian adalah lebih baik bagi kamu , jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya). Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah dari limpah kurnia Allah S.W.T, serta ingatlah akan Allah S.W.T banyak-banyak (dalam segala keadaan) supaya kamu berjaya ( di dunia dan di akhirat).
- Baligh
- Sihat
- Berakal
- tidak bermusafir
Larangan ini membawa maksud haram urusan jualbeli dijalankan ketika azan jumaat telah dilaungkan.Imam Ibn Kathir al-syafie menyebut
Ertinya : Para ulama bersepakat berkenaan pengharaman jualbeli selepas azan yang kedua. ( Tafsir Ibn Kathir, 4/367)Jika disoroti sejarah, berniaga dan berjual beli pada hari Jumaat juga dilakukan pada zaman baginda Rasulullah saw tetapi bezanya aktiviti jual beli itu itu ditangguhkan setelah berkumandangnya azan, atau dengan lebih tepat lagi ketika khatib sedang berkhutbah di mimbar. Hal ini tidak berlaku sama sekali di masjid-masjid di negara kita. Lihatlah bagaimana keghairahan si peniaga melariskan jualannya, si pembeli sibuk membeli belah sedangkan pada waktu tersebut khatib sedang berkhutbah. Perlu diingat walaupun hukum jual beli tetap sah tetapi ia dilakukan dalam waktu yang diharamkan. Perkara inilah yang menjadi punca ayat al-Quran di atas tadi diturunkan.
Imam Ahmad, Bukhari, Muslim dan Tarmizi mengemukakan riwayat sebuah hadith daripada Jabis r.a katanya :
Sewaktu Nabi Muhammad SAW sedang berkhutbah pada hari Jumaat, tiba-tiba datang satu rombongan perniagaan. Lalu kebanyakan sahabat pergi kepada mereka sehingga yang tinggal bersama Nabi Muhammad SAW ketika itu hanya 12 orang sahaja. Lau Allah S.W.T menurunkan ayat yang bermaksud “ Malangnya apabila mereka Nampak perniagaan atau hiburan, mereka lantas menggapainya. Mereka meninggalkan engkau ( wahai Muhammad) bersendirian tegak berkhutbah.
KEISTIMEWAAN SOLAT JUMAAT
“Apabila tiba hari Jumaat, maka pada setiap pintu masjid terdapat malaikat yang mencatat orang-orang yang masuk mengikut urutan. Apabila imam / khatib telah duduk di atas mimbar, maka malaikat menutup buku catatan mereka dan datang untuk mendengar khutbah.”
Kesilapan Umat Islam pada Hari Jumaat
Kesimpulannya, seluruh umat islam sama ada penjual, pembeli dan para jemaah lelaki hendaklah berpalang dada dan mengambil berat isu yang telah menjadi wabak yang perlu ditangani kerana ia melibatkan hukum haram dan tidak sahnya solat jumaat seseorang.Justeru beberapa pendekatan dicadangkan
- Pertama : Aktiviti jual beli hendaklah ditangguhkan sementara waktu ketika mana azan kedua berkumandang.
- Kedua : Perniagaan boleh diteruskan dengan syarat urus niaga tersebut dijalankan antara penjual wanita dan pembeli wanita sahaja.
- Ketiga : Para jemaah lelaki disarankan agar menangguhkan urusan di samping peluang masuk awal ke dalam masjid mendengar khutbah.
Bilamana pendemik covid-19 ni menjelma barulah kita sedar akan betapa berharganya solat Jumaat di Masjid kan.Ramai yang tak berpeluang untuk solat Jumaat dan mendengar khutbah di dalam masjid atas arahan SOP yang telah ditetapkan.
Begitu sekali kita diuji.Jadi manfaatkan masa yang ada untuk mengerjakan solat Jumaat dengan lebih baik lagi .Berdoa moga kita senantiasa di dalam lindungan Nya.
Baca juga : Tegur menegur tu penting
try..
Perkongsian yg bermanfaat.. terima kasih kongsi..