Kesan Kaffein terhadap Kesuburan Wanita

Assalamualaikum
Mungkin wanita sedia maklum tentang ini.Mungkin juga bagi mereka yang sekarang ini sedang merancang untuk mempunyai anak.Aku kaitkan entry nie sebenarnya dengan diri aku sendiri yang memang gemarkan nescafe..
Korang taulah nescafe tu kan sedap.Nescafe nie mempunyai kadar kaffein yang tinggi.Bagi wanita yang ingin hamil adalah tidak digalakkan sama sekali untuk mengambilnya kerana kajian yang dilakukan di Denmark terhadap 423 pasangan telah menyokong kajian sebelumnya.Kajian lengkap ini telah mengambil kira faktor berat wanita,pengambilan alkohol,penyakit dalam sistem pembiakkan,kualiti air mani suami dan kitaran haid wanita tersebut.
Kaffein juga boleh menyebabkan ketidaksuburan apabila banyak kajian mendapati kaffein meninggikan tahap hormon estrogen dalam darah sehingga berlakunya ketidaksuburan itu.
Memang dah banyak kali jugak aku terbaca tentang artikel nie.Tapi tetap jugak nak ambil satu packet dalm sehari..Pernah jugak dulu taknak biasakan minum2 benda2 nie..Almaklumlah…aku memang sekarang nie nak pregnant secepat yang mungkin…tapi Allah belum lagi nak bagi rezeki tu..mungkin ada sesuatu yang Allah dah rancangkan untuk hambanya ini..Aku hanya berserah sahaja..Tapi korang wanita-wanita di luar sana pun.kadang2 tak baoleh nak terima semua nie kan…macam tu jugak aku yang dah kahwin hampir 3 tahun nie..
Tapi selalunya aku minum nescafe nie hanya di office jerk..kat rumah takdelah…Cuma kadang2 bila pi makan luar or mamak tu adalah jugak…
Degil sungguh kan…hehehehe…
Sumber : sini

20 Comments

  1. kalau tehhhh tak ape kahhh ???????????

  2. ngeh ngehhh……….

  3. sejak kecil memang tak amalkan nescafe ni..kalau minum je sakit kepala..tu tandanya minuman tu xsihat..

  4. betul tu tau kak, orang hamil tak digalakkan minum kaffein ni.. mama memang tak lah minum…

  5. baru aiza tahu info ni kak.. aiza kalau kopi tak suka sebab jadi mengantuk.. tapi kalau teh aiza suka..

  6. benda dalam peket macam ni mmg ketagih klu tak minum..apalagi yg berkafein..klu dh start mmg ssh nk benti,cuba slow2,lgpun bukan setakat ksuburan,tak bagus juga utk kesihatan..

    Insyaallah boleh..katakan yes pada air kosong..:)

  7. fiza pun nak masuk 3 tahun..xde rezeki lg.. sm2 la kita bersabar.. >_<

  8. nice sharing…kte baru tau…tp kan kak mai ni kira antara pggemar kaffein yg tegar..ni pn ngah try kurangkan

  9. owhh cmtu plak..igtkn kopi dpat menyuburkn..pnh juga bca yg ambil kopi berlebihan boleh bg effect xelok utk tbuh..sbar ye kak..inshaa'Allah, usaha dan doa..pasti ada hasilnya juga 1hr nnti =) smoga ada rezeki akak..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *