Kereta Satu keperluan Atau Kemahuan

Kereta Satu keperluan Atau Kemahuan | Kalau ikutkan kemahuan nak kereta yang lagi menepati citarasa diri tetapi bila fikirkan keperluan cukup sekadar ianya mampu untuk dimiliki.

Alhamdulillah, dah hampir tiga tahun menggunakan kereta Avanza baru ni.Banyak cerita yang nak diceritakan bagaimana kami nak memilih membeli kereta baru ataupun tidak.

Kereta Waja yang hampir memasuki usia 13 tahun masih lagi dipakai  walaupun kereta Avanza ni dah ada.Kereta Waja ni babah beli masa dia duduk bujang dulu, sampailah anak dah dua orang, masih lagi kami gunakan.Ikutkan hati memang kami taknak lagi berhutang selepas habis beberapa hutang yang lain.

Nak fokus kepada renovate rumah dan sebagainya.Tetapi kita merancang Allah swt je yang menentukan.Yelah, kereta yang dah berusia 13 tahun, mana mungkin dapat melakukan tugasnya seperti diawal-awal usianya betul tak.

Lagi kami ni selalu je naik turun Melaka dek kerana MIL masih lagi perlu balik ke sana selalu.Jadi bila selalu sangat balik Melaka dan Pahang, ditambah pula dengan anak-anak lagi,disebabkan tulah kami membuat keputusan untuk ambil kereta kedua untuk keluarga kami.

Kereta Waja tu kami gunakan untuk hantar dan ambil anak sekolah je.Jadi khidmat kereta waja tidak terhenti sampai situ je.Kalau ikutkan MIL dia suruh jual je, tapi bagi kami, ada sentimental value lagi kereta tu.Kereta Waja tulah yang banyak jasa masa kami susah dulu.Masih lagi elok, cuma untuk perjalanan yang jauh, mungkin tidak.

Lama kami fikir masa nak beli kereta baru ni.Yelah, nak beli kereta ni kenalah ikut kemampuan.Walaupun ikutkan kami nak kereta lain, tapi setelah tolak segala perbelanjaan kami dan harga bulanan yang kami mampu untuk bayar,jadi kami memilih kereta lain iaitu Toyota Avanza 1.5 berwarna silver.Masih lagi dibawah budget kami juga.Boleh juga nak dapatkan kereta idaman kami tu, tapi kena fikir jugak perbelanjaan minyak untuk kereta baru tu.Tu jugak termasuk dalam costing bulanan kami.

Taknaklah nanti bila mengikut sangat kehendak hati kami ni, bila tak mampu bayar, ditarik dan sebagainya kereta tu.Bukan sahaja rugi, malah nama pun boleh terjejas dari pihak Bank.Lagi risau kalau dah sampai tahap muflis.Nauzubillah.Mohon dijauhkanlah dari kami.

Lagi satu masa tu, cubalah juga usha kereta second dekat beberapa kedai, memang murah dan alhamdulillah, dapat kereta yang oklah.Tapi bila fikir pulak kos untuk betulkan apa yang perlu betulkan, terus kami lupakan niat nak beli kereta terpakai.Bukan umi demand nak kereta baru.Bagi orang yang pandai jaga kereta, tengok-tengokkan kereta tu oklah.Tapi bagi kami yang start kereta terus jalan, janji ada minyak, air dan service cukup dah memadai.

Jadi kami tak percaya dengan diri kami sendiri samada boleh ke tak menggunakan kereta terpakai ni.Umi cerita berdasarkan pengalaman umi masa umi anak dara dulu.Beli kereta terpakai.Pergi balik kerja, dah tak kisah sangat dengan keadaan kereta, tup-tup rosak je.Rupanya dah berminggu kereta tu ada masalah, tapi sebab tak tau nak tengok apa yang rosak, jadi inilah jadinya.

Tapi itu cerita umi yang tak tau nak tengok pasal kereta ni ye.Bukan umi pandang rendah siapa yang ambil kereta terpakai tu.Nop!!!

Setelah dipertimbangkan segala jenis kewangan kami, maka kami dapatlah memiliki Kereta Avanza 1.5 tu.Itupun babah yang bayar.Alhamdulillah, dia kata dia belikan untuk umi supaya mudah untuk umi ke sana sini bawa kereta Auto ni.

Itu antara punca juga babah belikan umi kereta, sebab dia tak mampu untuk bawa kereta jauh-jauh.Jadi sebab tu dia belikan umi kereta Auto ni.Seronok bukan main umi.Boleh la umi race macam main game Daytona tu.hahahah…Babah duduk sebelah je.Biar umi yang uruskan pemanduan.Mau naik darah tinggi babah kang kalau umi buat macam tu kan.

Alhamdulillah, impian kami nak beri keselesaan pada keluarga tercapai.Semoga Allah swt terus berikan kekuatan dan perluaskan rezeki untuk babah untuk senangkan keluarganya.

 

 

 

Loading

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.