kerang

Kerang Rebus Lazat dan Tak Kecut Ikuti Tips Ini

Kerang merupakan nama sekumpulan moluska dwicangkerang daripada famili Cardiidae.Selalunya kerang ini sedap dimakan hanya dengan merebusnya sahaja.Nak tau tips merebus kerang tanpa kecut dan segar.Korang kena baca entry ni sampai habis.

Ada ke antara korang yang alergik dengan kerang ni? Setahu umi ada je orang yang alergik dengan kerang.Bila makan mungkin akan menimbulkan kegatalan pada kulit mereka.Jadi yang tak makan kerang boleh share tips rebus kerang supaya tak kecut kepada kawan-kawan yang suka makan kerang.

Apa itu Kerang

Seperti yang umi dah tulis diatas, kerang adalah nama sekumpulan moluska dwicangkerang yang berasal dari pelbagai keluarga.Ia adalah sejenis makanan laut bercengkerang yang boleh dimakan.Kulitnya bebentuk seakan bulat dan lonjong seperti organ hati dan mempunyai gegaris tetulang diluarnya.

Cengkerannya mempunyai tiga bukaan iaitu inhalan, ekshalen, dan pedal yang berfungsi mengalirkan air serta membolehkan kakinya keluar.Haiwan laut ini akan menggunakan kakinya untuk mengorek lubang dan makan plankton yang ditemuinya pada proses pengaliran air masuk dan keluar dari cengkerangnya.

Selain itu, ia juga mempunyai keupayaan untuk melompat dengan membengkokkan lalu meluruskan kakinya.Berbeza dengan kebanyakan haiwan laut dwicangkerang yang lain, kerang adalah hermafrodit(khunsa) dan ia boleh mebiak secara sendiri dengan pantas dan banyak.

Khasiat Kerang

Korang yang suka akan kerang, mestilah kena tahu kandungan nutrisi yang terkandung di dalam haiwan laut ini.

  • Vitamin B12 sangat penting untuk fungsi normal otak dan sistem saraf, memainkan peranan penting dalam formasi sel darah merah.
  • Iodin biasanya wujud didalam air laut, merupakan kunci utama untuk hormon tiroid, fungsi normal kadar metabolisma dan memastikan sel-sel dalam tubuh badan kekal sihat.
  • Zat besi adalah kunci pembentukan sel darah merah yang membantu membawa oksigen ke segenap pelosok tubuh badan.Paling bahaya, kekurangan pengambilannya boleh menyebabkan anemia.
  • Selenium memainkan peranan penting dalam sistem pertahanan antioksidan tubuh badan, yang akan menghalang kerosakan sel dan tisu.
  • Fosforus membantu membina tulang dan gigi yang kuat, serta membantu mengeluarkan tenaga daripada makanan diambil.Kesemua jenis kerang pula adalah sumber fosforus yang bagus.
  • Tembaga membantu menghasilkan sel darah merah dan sel darah putih yang berfungsi mengeluarkan zat besi untuk membentuk haemoglobin. Ia juga sangat penting untuk pertumbuhan bayi, perkembangan otak, sistem imun dan untuk tulang dan gigi yang kuat.
  • Protein adalah komponen yang penting untuk otot, kulit, tulang dan tubuh badan secara keseluruhannya.

Cara Pilih Kerang Yang Segar

Ini antara tips macam mana nak pilih kerang yang segar supaya bila masak nanti takdelah ada bau yang tidak menyenangkan, dan yang paling penting selamat untuk dimakan.

1.Cengkerang

Masa membeli kerang, pastikan cengkerang dah terbuka.Ini kerana cengkerang yang terbuka menandakan kerang itu masih hidup berbanding dengan kerang yang tertutup.

2.Isi

Jika korang membeli kerang yang siap dikopek, jangan lupa untuk melihat daging yang masih elok kenyal dan nampak padat.Pastikan warna kerang tu tidak kehitaman dan tidak bertukar warna.

3.Bau

Walaupun haiwan laut ni berbau, tetapi jika korang pilih yang masih segar, ia tidak akan berbau hanyir dan busuk.

Baca juga 

kerang rebus

TEKNIK REBUS KERANG SUPAYA TIDAK LIAT

1.Merebus Kerang Tanpa Air

Macam pelik kan bila rebus tapi tak guna air.Tapi kaedah ni lah yang membuatkan kerang jadi lebih lembut dan tidak liat sama sekali.

Caranya ialah

  • Cuci kerang sehingga bersih terlebih dahulu
  • Panaskan kuali atau periuk untuk memasak kerang.Guna api yang kecil sahaja.
  • Titikkan serai dan masukkannya ke dalam periuk
  • Masukkan kerang yang telah dicuci ke dalam peruk dan perlu diingat, jangan sesekali memasukkan air kedalam periuk tersebut.

Mungkin pada awalnya periuk akan berasap sedikit, namun lama kelamaan kerang akan mula mengeluarkan airnya sendiri dan mula mendidih.Kulit kerang akan mula terbuka dan ia sedia untuk diangkat.

2.Kukus Kerang Menggunakan Kaedah Stim

Selain rebus, kita juga boleh meggunakan kaedah stim.Hanya perlu bersihkan kerang dengan betul dan panaskan air di dalam periuk pengukus sehingga mendidih.

Kemudian, masukkan kerang ke dalam periuk pengukus dan biarkan kerang dikukus selama 7 minit.Tutup periuk dengan penutup.Buka penutup periuk dan lihat kulit kerang.Kalau ianya dah terbuka, bermakna ia telahpun masak.

3.Rebus Untuk Isi Yang Padat Dan Tidak Kecut

Selain teknik yang diatas ni, korang juga boleh cuba teknik dibawah ni untuk membuatkan isi kerang menjadi gemuk.

Caranya ialah masukkan beberapa sudu kecil garam dan jgua serai yang telah dititik ke dalam periuk.Kemudian masukkan kerang yang telah dicuci bersih.Masukkan air kedalam periuk separas kerang sahaja.Jangan terlebih dan terkurang daripada paras tersebut.

Letakkan periuk di atas dapaut dan buka api kuat.Tutup periuk rebusan dan biarkan kerang selama 5 minit di dalam periuk.Dah siap barulah toskan air rebusan dan sedia untuk dihidang

So, lepas ni boleh la rebus kerang dengan cara macam ni.Nampak senang kan? cuba dulu macam mana hasilnya?

Selamat mencuba

 

 

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *