Keperluan Barangan Yang Perlu Di Bawa Sewaktu Di Kuarantin di PKRC 2.0

Keperluan Barangan Yang Perlu Di Bawa Sewaktu Di Kuarantin di PKRC 2.0 | Walaupun kita tak mintak untuk terjadi pada kita, namun kita perlu bersedia.

Dari pengalaman umi menjadi pesakit Covid-19 awal bulan 4 hari tu, banyak benda yang umi terlepas pandang untuk dibawa.Bukan apa, untuk keselesaan kita juga.Sebelum tu memang tak pernah terlintas pun akan terjadi kat umi, jadi banyaklah keperluan yang kurang umi bawa.

Sekarang pun MKN dah keluarkan senarai keperluang barangan yang perlu di bawa sewaktu kita dikuarantinkan di pusat-pusat kuarantin covid kan?Jadi membantu sangatlah pada mereka yang akan masuk ke sini.

Baca juga :  Pengalaman Menjadi Pesakit Covid-19

Sebenarnya entry tu akan ada part kedua, tapi tulah, umi belum gigih nak buat untuk entry tu.Sekarang ni cuma nak kongsikan beberapa pesanan dari MKN tentang senarai keperluan yang perlu di bawa ke pusat kuarantin tu nanti.Jom tengok

Keperluan Barangan Yang Perlu Di Bawa Sewaktu Di Kuarantin di PKRC 2.0

Jom kita lihat keperluan untuk ke PKRC .Keperluan sewaktu kuarantin apa yang perlu dibawa

Senarai Keperluan Asas yang perlu dibawa

  • Pakaian yang selesa
  • Baju panas
  • Pakaian tidur
  • Tuala
  • Telekung dan Sejadah
  • Barangan Mandian
  • Beg kecil/ beg mudah alih
  • Selipar 
  • Stokin
  • Pakaian dalam secukupnya
  • Pelitup Muka
  • Pembersih tangan
  • Kudapan dan minuman 3 in 1 (Biskut, roti, makanan ringan lain dan minuman 3 in 1)
  • Ubat-ubatan dan Makanan ( bawaklah minyak kapak, EO, habatus sauda,atau yang lain-lain yang korang selalu guna.Kalau boleh bawak magi cup lebih hahah.Biasalah kalau duduk kat sini, memang makan jelah kerjanya sebab takde buat benda lain kan)
  • Pelembap bibir/ pelembab muka( memang bibir akan rasa kering/dan pelembap muka tu pun bagi umi wajib)

Ni antara tambahan yang umi rasa korang perlu bawak

  • Kipas kecil ( beli la kipas yang letak bateri or charger tu)
  • Botol air panas ( Nak bawak heater tu kang payah pulak kan.Bila ada botol air panas tu, sekali korang masak air masuk dalam tu, boleh tahan sampai malam)
  • Sabun basuh baju
  • Cawan, pinggan dan sudu (ikutlah korang nak bawak ke tidak)
  • Pad ( bagi kaum wanita jangan lupa ye bawak secukupnya)
  • Hanger /penyepit – senang nanti korang nak sidai baju 

Senarai barangan Hiburan

  • Bahan Bacaan Keagamaan ( bawak buku mathurat dan yang lain-lain)
  • Bahan Bacaan lain( kalau korang kaki novel boleh la)
  • Laptop, ipad atau tablet
  • Telefon bimbit dan pengecas
  • Power bank 
  • Earphone ( tolong bawak ea…Mengikut pengalaman umi, bila korang nak tengok apa-apa video jangan cuba ganggu ketenteraman orang lain.Sebab pusat kuarantin bukan tempat pesta.Jadi gunalah earphone supaya tidak menganggu mereka)

Masa umi kat pusat kuarantin ada juga yang tak mengendahkan orang lain, ada mereka-mereka yang nak mengaji, membaca yaasin atau sebagainya akan terganggu.Dan juga kalau nak bercakap di telefon tu, berpada-padalah supaya tak semua orang boleh dengar apa yang korang bualkan semasa dalam telefon.Jadi penting untuk bawa earphone okeh!!

Dan perlu korang ingat, ada juga peralatan yang tak boleh korang bawa ke pusat kuarantin ye.Jom tengok apa dia

  • Rokok elektronik
  • rokok
  • minuman keras
  • haiwan peliharaan
  • peralatan memasak
  • daun terup
  • senjata api
  • bahan beracun
  • alatan tajam
  • plug tambahan

Hah, itu antara yang perlu dan tidak perlu di bawa ke pusat kuarantin ye.

 

TIPS UNTUK PESAKIT COVID YANG BOLEH UMI KONGSIKAN

Sebagai seorang bekas pesakit covid-19 ni, umi nak share apa yang umi dah amalkan sepanjang duduk di sini.

  1. Sentiasa minum air suam dan perbanyakkan minum air
  2. Mandi seawal yang mungkin
  3. Elak minum air sejuk
  4. Banyak minum air lemon
  5. Vitamin c – Untuk vitamin ni, ada juga pesakit yang tak disarankan untuk mengambil vitamin c atas sebab-sebab tertentu .Kalau korang stage yang biasa tu, insyallah la mungkin membantu
  6. Buatlah senaman sentiasa supaya badan kekal sihat.Jangan banyak tidur je.
  7. Bawa pakaian yang senang nak basuh dan tidak tebal
  8. Umi amalkan letak minyak habatus sauda dalam minuman ( oragg kata bagus untuk badan)
  9. Sentiasa bersihkan tempat tidur sendiri.Kalau bawak wipe tissue p

Itulah antara tips yang umi buat di dalam pusat kuarantin.Kalau takde pape korang nak buatkan, banyakkanlah solat-solat sunat, solat tahajud dan bacaan alquran dan yaasin.Perbanyakkan doa agar diberi kesembuhan untuk kita dan keluarga.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *