Kepentingan Membaca Buku Kepada Bayi Anda | Pupuk minat membaca anak ni bukan sahaja bila mereka dah besar, ianya boleh dilakukan dari mereka dalam perut dan bayi lagi.Bagaimana caranya?Mungkin bagi ibubapa diluar sana, ada sebenarnya cara kita nak perkenalkan buku kepada anak-anak.Jom baca entry pemuh tentang kepentingan membaca ni kepada bayi.
Mungkin kita sedang fikir tentang kebaikkan membaca kepada bayi kita kan.Seorang bayi tidak akan faham segala yang kita lakukan dan sebabnya kita tidak akan tunggu untuk bercakap dengan si kecil sehingga dia faham apa yang kita buat kan?
Dan kita juga tidak akan menyanyi kepasa si kecil sehingga dia boleh menyanyi dengan sendirinya atau dia boleh bermain dengan permainannya sebelum kita memberikannya alat mainan.
Membaca kepada bayi adalah aktiviti yang sangat bagus dan kita boleh lakukan walaupun untuk beberapa tahun kemuadian.Ia adalah bentuk rangsangan yang penting.
KEPENTINGAN MEMBACA KEPADA BAYI
Banyak kepentingan membaca kepada bayi antaranya adalah:-
- Mengajar seorang bayi tentang komunikasi
- Memperkenalkan konsep seperti cerita, nombor, huruf, warna dan bentuk dalam cara yang menyeronokkan.
- Membentuk kemahiran mendengar, memori dan kosa kata.
- Memberi bayi maklumat tentang dunia di sekitar mereka.
- Percaya atau tidak, apabila seseorang bayi berusia satu tahun, mereka sudahpun mempelajari bunyi yang diperlukan untuk bertutur dnan bahada ibundanya.lagi banyak kita membacakan cerita kepada si kecil lagi banyak kita boleh dedahkan perkataan-perkataan baru pada mereka.
- Mendengar perkataan membantu untuk membina rangkaian perkataan di dalam otak seseorang bayi.Kanak-kanak yang mempunyai ibubapa yang sentiasa bercakap atau membaca tahu lebih banyak perkataan pada usia dua tahun daripada kanak-kanak yang ibu bapanya tidak membaca kepada mereka.Dan kanak-kanak yang terdedah dengan pembacaan buku semasa tahun-tahun awal lebih senang untuk membaca dan menulis pada usia yang betul.
Semasa membaca , anak-anak akan mendengar menggunakan pelbagai perasaan dan bunyi yang akan menggalakkan perkembangan sosial dan emosional.Membaca juga mengajar bayi kita untuk melihat, menunjukkan, menyentuh da menjawab soalan.Kesemua ini akan memberikan perkembangan sosial dan kemahiran berfikir.
Baca Juga : 5 Syarat Nak Ajak Anak 5 tahun Membaca
Kemahiran bahasa bayi kita juga akan lebih baik dengan meniru bunyi, mengenal gambar dan mempelajari pelbagai perkataan.
Sebab yang paling penting membaca kepada bayi adalah membuat hubungan dengan perkara yang paling disukai bayi.Suara dan kemesraan bersama kita dan buku-buku.Meluangkan masa dengan membaca kepada bayi korang akan membantunya kemahiran membaca yang berbaloi untuk dipelajari.
USIA DAN PERINGKATÂ BERBEZA
Bayi kecil mungkin tidak akan memahami gambar-gambar yang terdapat di dalam buku tetapi mereka boleh fokus, terutamanya muka, warna terang dan corak-corak.Membaca atau mendodoikan lagu akan menenangkan bayi kita.
Di antara umur empat dan enam bulan, bayi akan menjukkan minatnya kepada buku-buku.Dia akan memegang buku serta menggigit dan membaling buku.Pilihlah buku yang diperbuat daripada kain ataupun vinyl dengan warna yang terang dan perkataan yang berulang-ulang.
Di antara 6-12 bulan pula, anak akan mula untuk memahami gmbar yang diwakili oleh objek dan akan menyukai sesetengah gambar, mukasurat ataupun cerita.
Bayi akan memberi respon apabila kita membaca dengan merampas buku atauopun membuat bunyi.Apabila bayi kita sudah berusia 12 bulan dia sudah bermula untuk membelek mukasurat( dengan bantuan ibubapanya), menepuk atau menunjuk objek di mukasurat dan meniru bunyi kita.
BILA DAN CARA UNTUK MEMBACA.
Perkara bagus apabila kita membacakan buku kepada anak adalah :
- Ia tidak menggunakan kemahiran istimewa atau alatan, hanya kita, bayi dan beberapa buah buku.Bacalah selama beberapa minit tetapi kita haruslah sentiasa membaca kepadanya.jangan risau jika kita tidak dapat membaca habis buku tersebut, fokuslah kepada mukasurat yang digemari.
- Cuba untuk bahagikan masa setiap hari, mungkin pada waktu sebelum tidur.Selain mendapat keseronokkan memeluk si manja, kita juga mendapat kesenangan dalam memulakan rutin.Ini akan membantu menenangkan bayi dan membantu menjangkakan waktu tidurnya.
- Ia juga bagus untuk membaca pada waktu yang lain.Pilihlah masa apabila si manja sudah makan dan masih sgar.Buku-buku juga berguna apabila kita harus menunggu, jadi bawalah beberapa buku di dalam beg lampin semasa menunggu di klinik ataupun dimana-mana sahaja.
BERIKUT ADALAH BEBERAPA TIPS MEMBACAÂ
- Memeluk sambil membaca akan membantu anak berasa selamat dan mesra.
- Membaca denan ekspresi, membuat pelbagai gaya semasa membaca(mimik muka suara seperti kartun)Jangan risau kalau kita tak mengikuti teks dengan betul.Berhenti seketika dan tanyalah soalan kepada sikecil ataupun komenlah gambar ataupun teks tersebut(Dimanakah kucing itu? Itu dia! Comelmya kucing ni)Anak akan mungkin tidak boleh memberi respon lagi tetapi ini akan membantunya.
- Apabila bayi menjadi lebih dewasa, galakkan mereka untuk menyentuh buku atau memegang buku yang tegap, vinyl , kain ataupun buku yang diperbuat daripada kertas keras. Jangan galakkan mereka menggigit buku mereka, tetapi apabila mereka memasukkan buku ke dalam mulut mereka, bayi sedang mempelajari tentang buku tersebut (dengan merasa buku itu!) dan mendapat tahu bahawa ia boleh dimakan.
BUKU YANG PATUT DIBACA OLEH BAYI
Buku untuk bayi harus mempunyai perkataan berulang dan senang serta gambar yang terang. Semasa beberapa bulan pertama, bayi anda gemar mendengar suara anda jadi anda boleh membaca apa-apa sahaja, terutamanta buku yang mempunyai perkataan berirama. Apabila bayi anda berminat untuk melihat objek-objek, pilihlah buku dengan gambar senang.
Baca Juga ↔ Ajar Anak Baca guna Poster
Apabila bayi sudah bermula untuk merampas, bacalah buku yang diperbuat daripada vinyl atau kain dengan pelbagai gambar muka, warna terang dan pelbagai bentuk. Apabila bayi kita sudah memberi respon kepada isi buku tersebut, bacalah buku yang diperbuat daripada kertas keras dengan gambar bayi dan objek biasa dilihat seperti alat permainan.
Apabila bayi sudah bermula duduk di tab mandi atau makan, carilah cerita senang tentang rutin seharian seperti waktu tidur atau waktu mandi. Setelah si manja anda bermula untuk bercakap, pilihlah buku yang membolehkan si kecil mengulangi perkataan atau frasa senang.
Buku-buku yang mempunyai cermin dan tekstur berlainan (lembut, kasar, renyuk) adalah sangat bagus untuk si manja yang berada dalam kumpulan usia ini, begitu juga dengan buku pop-up atau yang boleh di buka – sebagai kejutan! Buku yang diperbuat daripada kertas keras lebih senang dibalikkan untuk bayi kecil dan buku kain vinyl boleh dibawa di mana-mana sahaja – walaupun dalam tab mandi.
Bayi-bayi amat menggemari album gambar dengan pelbagai gambar orang yang dikenali dan sayang. Dan setiap bayi haruslah mempunyai koneksi nursey rhymes!
Salah satu cara yang terbaik untuk anak anda membesar menjadi seorang pembaca adalah mempunyai pelbagai buku di rumah. Apabila bayi cukup dewasa untuk merangkak, pastikan terdapat bukun di dalam bakul mainannya.
Jangan lupa untuk membeli buku untuk si kecil apabila anda berada di dalam kedai buku. Membaca adaah salah satu aktiviti yang menyeronokkan dan salah satu cara anda boleh menjadi role model yang baik.
Sumber : SINI
Banyak je sumber bahan bacaan kepada anak-anak korang yang sesuai dengan budget yang korang ada.Tak perlu berkira untuk pembelajaran anak-anak kerana umi tau, bila kita invest sesuatu yang berharga untuk anak, pulangannya juga amat lunayan walaupun bukan berupa bentuk wang dimasa akan datang.
Produk- produk mommyhappy banyak sangat membantu ibubapa di luar sana dalam memberikan pembelajaran yang menarik untuk anak-anak.
Boleh lihat senarai buku dan juga keperluan pembelajaran anak-anak dari umur 0- 12 tahun di bawah ni.
Web : MommyhappyÂ
Page : My Litto Kids Shop
Â
Bagus tu dedahkan buku pada anak2 kan ?
Dr dalam perut lagi bagusnya ibu membaca, zaman skrg lagi lee, siap letak headphone kan kat perut.. hehehehe… janji niat usaha demi kebaikkan anak kannn..
betul tu sis
Setuju kak. Buat masa ni bagi je memang die koyakkan buat baling. Hehe dulu sumayyah pon mcmtu. Lama2 dah besar dia tertarik nak kita ceritakan.