Kemuncak episode akhir drama 7 hari mencintaiku 2

Watak Mak Leha dan Nurul Ain menjadi perbualan hangat dan menjadi kemarahan ramai peminat dalam cerita ni.Ramai yang tidak sabar menanti kemuncak episode akhir drama 7 hari mencintaiku 2

Ramai juga yang berteka teki samada Khuzairi akan berkahwin dengan Nurul atau tidak kan? Umi pun sendiri tidak sabar untuk melihat episode last drama 7 hari mencintaiku 2 ni.

Umi mengikuti cerita drama ini dari 7 Hari mencintaiku yang pertama di keluarkan dahulu.Untuk drama yang kedua ni juga umi tak lepaskan peluang untuk menontonnya.

 

SINOPSIS 7 HARI MENCINTAIKU 2

Mia Adriana dan Khuzairi melayari hidup bahagia berumah tangga. Ditambah pula dengan kehadiran cahaya mata kedua. Di saat mereka diulit bahagia. Puan Hayati dan Dato’ Johari kembali dengan dendamnya. Hebat Puan Hayati mengatur rancangan. Mia Adriana termakan dengan kata-katanya. Syakila tak kurang hebatnya. Nadia putus tunang dengan Zaidi. Helmi bercerai dengan Sofi dan Khuzairi pula bergolak rumah tangganya. Nurul Ain muncul dalam hidup mereka. Mak Leha berkenankan gadis ini. Nurul Ain begitu sempurna di matanya.

Khuzairi betul-betul gembira selepas mengetahui isterinya mengandung anak yang kedua. Mia pula belum bersedia kerana dia takut jika sepanjang kehamilannya, rumah tangganya bergolak dan terpaksa bersalin sendirian sepertimana dia bersalinkan Alisa dahulu. Helmi pula mula bersikap dingin dengan Sofi disebabkan mereka masih belum dikurniakan cahaya mata. Helmi terlalu mengharapkan anak dari perkahwinannya lebih-lebih lagi selepas dia mengetahui Mia mengandung anak yang kedua. Puan Hayati pula berjaya dengan rancangan jahatnya, di mana Nadia tiba-tiba mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangan dengan Zaidi disebabkan cintanya beralih arah kepada Fariz, lelaki yang dikenali melalui Puan Hayati. Pak Samad mengamuk, begitu juga dengan Mak Leha.

Demi isterinya, Khuzairi sanggup buat apa sahaja di mana dia tidak akan mengambil Syakila bekerja di kliniknya walaupun pada mulanya dia sudahpun bersetuju disebabkan Syakila merayu-rayu kepadanya. Mia tahu niat sebenar Syakila ingin bekerja di klinik adalah untuk memihat Khuzairi semula kerana Khuzairi adalah cinta sejatinya. Ketika berada di rumaah Pak Samad, Puan Hayati sengaja cari peluang untuk mendekati Pak Samad, pura-pura pengsan dan memegang Pak Samad semata-mata untuk melihat Mak Leha cemburu. Dalam pada itu, Helmi menceraikan Sofi dengan talak satu disebabkan rasa tercabar dengan bapa mentuanya iaitu Dato Johari yang memburuk-burukan dirinya di depan Sofi. Dia menuduh Sofi mandul. Dia juga akan berkahwin dengan Linda kerana dia inginkan zuriat di dalam perkahwinannya.

Setelah didesak, Khuzairi berjanji pada Mia tidak akan mengambil Syakila bekerja di kliniknya kerana bimbang Syakila akan pikat semula Khuzairri. Manakala rumahtangga Helmi dan isterinya Sofi tidak lagi aman selepas bapa mertuanya, Datukk Johari tinggal bersama-sama. Helmi bertengkar dengan Dato Johari. Helmi kemudiannya menceraikan Sofi dengan disebabkan mandul. Dia berhasrat akan berkahwin dengan kekasihnya Linda. Mak Leha memarahi Nadia selepas mengetahui anak gadisnya memutuskan pertunangan dengan Zaidi disebabkkan kekasih yang baru dikenali melalui Puan Hayati bernama Fariz. Hayati membuat fitnah kononnya Pakk Samad cuba mengodanya dan mengambil kesempatan semasa mereka bersama-sama. Sebenarnya Hayati cuba memasang perangkap dan merancang supaya Mia bercerai dengan Khuzairi.

TONTON ONLINE 7 HARI MENCINTAIKU 2 EPISODE LAST

Korang yang terlepas peluang untuk menonton episode penuh 7 hari mencintaiku 2 boleh lihat secara online di sini

  1. 7 Hari Mencintaiku 2 Episode 1
  2. 7 Hari Mencintaiku 2 Episode 2
  3. 7 Hari Mencintaiku 2 Episode 3
  4. 7 Hari Mencintaiku 2 Episode 4
  5. 7 Hari Mencintaiku 2 Episode 5
  6. 7 Hari Mencintaiku 2 Episode 6
  7. 7 Hari Mencintaiku 2 Episode 7
  8. 7 Hari Mencintaiku 2 Episode 8
  9. 7 Hari Mencintaiku 2 Episode 9
  10. 7 Hari Mencintaiku 2 Episode 10
  11. 7 Hari Mencintaiku 2 Episode 11
  12. 7 Hari Mencintaiku 2 Episode 12
  13. 7 Hari Mencintaiku 2 Episode 13
  14. 7 Hari Mencintaiku 2 Episode 14
  15. 7 Hari Mencintaiku 2 Episode 15
  16. 7 Hari Mencintaiku 2 Episode 16
  17. 7 Hari Mencintaiku 2 Episode 17
  18. 7 Hari Mencintaiku 2 Episode 18
  19. 7 Hari Mencintaiku 2 Episode 19
  20. 7 Hari Mencintaiku 2 Episode 20
  21. 7 Hari Mencintaiku 2 Episode 21
  22. 7 Hari Mencintaiku 2 Episode 22
  23. 7 Hari Mencintaiku 2 Episode 23
  24. 7 Hari Mencintaiku 2 Episode 24
  25. 7 Hari Mencintaiku 2 Episode 25
  26. 7 Hari Mencintaiku 2 Episode 26
  27. 7 Hari Mencintaiku 2 Episode 27
  28. 7 Hari Mencintaiku 2 Episode 28
  29. 7 Hari Mencintaiku 2 Episode 29
  30. 7 Hari Mencintaiku 2 Episode 30
  31. 7 Hari Mencintaiku 2 Episode 31
  32. 7 Hari Mencintaiku 2 Episode 32
  33. 7 Hari Mencintaiku 2 Episode 33

korang rasa Khuzairi akan berkahwin dengan Nurul?

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *