Kempen Kibarkan Bendera Putih Jika Perlukan Bantuan Makanan

Kempen Kibarkan Bendera Putih Jika Perlukan Bantuan Makanan

Kempen Kibarkan Bendera Putih Jika Perlukan Bantuan | Jom sama-sama kita sebarkan kempen kibarkan bendera putih ini untuk membantu mereka.

Kempen kibarkan bendera putih jika perlukan bantuan makanan dari semalam lagi trending.Umi menyokong untuk kempen kibarkan bendera putih ini bagi membantu  semua yang susah, tiada makanan, naikkan bendera putih di rumah anda. Biar orang di sekeliling memberi sedikit sebanyak yang termampu.

Kempen Kibarkan Bendera Putih Jika Perlukan Bantuan Makanan

Sekarang ni kalau kita lihat dah banyak kes bunuh diri, di merata-rata tempat.Memang menakutkan.Tapi bila difikir balik oleh mereka-mereka ini, itulah jalan penyelesaian yang terakhir.Yang terpaksa mereka buat disebabkan terlalu tertekan dengan kehidupan yang semakin mencabar di musim PKP ni.

Kita kena selalu bersyukur sebab kita masih lagi ada makanan, ada keperluan yang boleh kita dapatkan,tetapi ada antara mereka yang nak makan pun takde duit.

Banyak tabung-tabung makanan yang disediakan khusus untuk mereka yang memerlukan.Kita yang masih ada rezeki tu, sama-sama bantu untuk penuhkan tabung makanan bagi memenuhi keperluan mereka untuk terus hidup.

Kempen Kibarkan Bendera Putih Jika Perlukan Bantuan Makanan

Memang banyak yang terkesan dek kerana pendemik ni.

Untuk korang yang memerlukan, jangan malu dan segan untuk kibarkan bendera putih ni supaya ramai yang tahu akan kesusahan korang.Tak perlu malu untuk meminta pertolongan.

Jom kita sebarkan kempen bendera putih ni agar ramai yang dapat membantu mereka yang memerlukan.Kalau ada antara jiran-jiran korang yang mengibarkan bendera putih, bertanya khabarlah mereka tentang bantuan apakah yang mereka perlukan.

Gunakan social media sebaik mungkin untuk sama-sama membantu mereka yang memerlukan.Masa ni kita tak boleh menuding jari menyalahkan sesiapa.Di masa ni jugaklah kita sama-sama berganding bahu untuk terus kuat melawan Covid-19.

Covid-19 is real korang.Cukuplah pengalaman umi menjadi pesakit covid dan menyaksikan mereka yang mengharungi sakit yang teruk akibat covid ni.

jom terus berdoa semoga kita tabah dan kuat menghadapi dugaan yang Allah berikan pada kita.

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *