Kembara Blogger Johor Part 2 | Di Ekspo Johor Berkemajuan| Selepas kami ke Eco Tourism Kampung Sungai Melayu,kami di bawa ke Ekspo Johor Berkemajuan yang terletak tidak jauh dari kampung Sungai Melayu iaitu di Dataran Mahkota Iskandar di Nusajaya.
Ekspo Johor Berkemajuan di wujudkan bagi menghebahkan dan maklumkan kepada rakyat mengenai pencapaian,perancangan serta hala tuju pembangunana dan inisiatif yang akan memanfaatkan rakyat Johor.
Pada aku,Ekspo seperti ini memang patut diwujudkan kerana tak semua warga Johor khususnya mengetahui tentang satu-satu daerah persekitaran yang ada di Johor ni.Dengan adanya Ekspo ini,secara tak langsung kita mengenali sesuatu daerah dan keunikkan serta apa yang ada di setiap daerah di Johor ini.
Ekspo ini telah berlangsung pada 6 hingga 14 Oktober 2017dan menyasarkan 500,000 pengunjung.Dan aku rasa pengunjung yang datang lebih kot.Ekspo Johor Berkemajuan ini memfokuskan 12 aspirasi Johor ke arah menuju Wawasan Johor Berkemajuan ,termasuk Johor Prihatin,Johor Selamat,Johor Berbudaya,Johor Islamik dan Perumahan Johor.
Apa yang terdapat di Ekspo Johor Berkemajuan ni?
Pelbagai aktiviti yang ada di sini masa kami kembara Blogger turun ke sini.Antaranya ialah
- Forum Perdana Hal Ehwal Islam
- Jualan Usahawan IKS Tempatan.
- Karnival Kerjaya.
- Karnival Jualan Mega Muafakat Johor
- Pelancaran Dasar Kelestarian Johor.
Hehe…kat Muar xde beca dah sis. Ekspo yang menarik. Harap dapat tarik audience dari negeri lain jugak
macam-macam ada ye di sini
JanjiKita
macam2 ada kat sini
haha…kita pun dah lama tak pegi Muar
haah mar,semuanya ada
haah,satu tempat ni memang macam² ada
baru tau ada agro johor..hihii
Menarik Kembaranya..
assalamualaikum eda…yer la dulu masa mama kecik arwah abah ada beca tapi skg dah x ada lg…
** Mama Maszull
wah !! bestnya !! angin johor memanggil kakak lagi lepas baca entri2 awak pasal trip g johor.. huu~
Seronok pergi Ekspo.macam-macam ada!