Kembara Blogger Johor Part 10 | Zenxin Organic Park Kluang

Selain lawatan kami ke Kilang Kopi, dapat juga kami menyinggah di Zenxin Organic Park Kluang .Destinasi seterusnya kembara Blogger Johor Part 10 Zenxin Organic Park Kluang

Beredar kami dari kilang kopi cap Televisyen bagi meneruskan perjalanan kami ke destinasi seterusnya.Destinasi Kembara Blogger Johor Part 10  Zenxin Organic Park Kluang.

Kami Zenxin Organic Park Kluang  bagi menikmati pelbagai jenis buah-buahan fresh dari ladang.Semasa kami ke sini, ramai yang datang untuk sesi lawatan bersama anak-anak sekolah.Anak-anak ni berpeluang merasai sendiri bagaimana untuk menanam buah-buahan dan melihat sendiri bagaimana mengutip hasil tuaian.

 

ZENXIN ORGANIK PART YANG PERTAMA DI MALAYSIA

 

Zenxin Organik Park adalah ladang organik terbuka yang pertama di Malaysia yang menggabungkan tujuan pendidikan dan rekreasi.Pengunjung berpelunag untuk meneroka ladang  dengan berjalan kaki atau dengan menaiki basikal.Zenxin Organik Partk menawarkan lawatan taman dengan pemandu pelancong yang disediakan.Ia tertakluk atas tempahan yang hanya memuatkan 20 orang sahaja.Pelawat juga boleh mengalami kehidupan sebenar dengan menikmati penuaian segar dan mengambil bahagian dalam program khusus yang mereka sediakan.

Taman seluas 100 hektar ini terdiri daripada kawasan rumah hijau iaitu ladang sayur dan ladang buah Naga,Tanaman lain juga seperti buah-buahan tropika seperti buah nenas dan betik.Di sini juga ada menanam lebih 100 jenis herba.Semua tanaman yang ditanam di sini menggunakan kaedah Organik dan tidak menggunakan baja kimi dan racun perosak.

Sesampainya kami disini,kami disajikan denganRefreshment drink yang sangat sedap.
Buah-buahan dan Refreshment drink untuk santapan kami
 
Disebabkan kami tak mempunyai cukup masa untuk melawat ladang Organic park ni,kami hanya mendengar taklimat tentang ladang ini sahaja.
 
Disini aku ceritakan sedikit tentang Aktiviti Spesial yang disediakan di Zenxin Organic Park.Ada dua aktiviti yang berbeza iaitu Family Tour Package  Rasa sayang dan Family Tour Package Budak Kampung
 
 

Aktiviti Family Tour Package Rasa Sayang

 
  • Refreshment Drink – Mencuba minuman organik
  • Nature Classroom – Mewarna karya seni sendiri dengan menggunakan warna semulajadi dari daun dan bunga
  • Herbal Growing Workshop – Menanam dan membawa balik hasil tanaman
  • Organic Kitchen-Ubi keledek karipap yang dibuat sendiri semasa di dalam workshop
  •  
Aktiviti ini termasuk Organic Family set  untuk Rm20.00 seorang.
 
Untuk tempahan
  • Minimum 5 pax ke atas
  • Booking dalam masa 3 hari
  • Aktiviti yang dijalankan bergantung kepada cuaca.

Aktiviti Family Tour Package Budak Kampung

  • Bermain dengan arnad di Happy Farm-Berpeluang memberi arnab makan dan menjaga arnab
  • Chef Garden’s Harvest Walk – Memetik pokok herba segar di Organic Kithen Program
  • Milk Bootle Fish Feeding – Bermain dengan ikan
  • Organic Kitchen-Belajar dan membuat salad sendiri dengan tanaman yang di petik

 

Aktiviti ini termasuk Organic Family set  untuk Rm20.00 seorang.
 
Untuk tempahan
  • Minimum 5 pax ke atas
  • Booking dalam masa 3 hari
  • Aktiviti yang dijalankan bergantung kepada cuaca.
 
 
Korang boleh pilih antara dua pakej di atas ni.Yang penting satu pengalaman baru yang kita dapat apabila kita disini.
 
Sempatlah kami bergambar di hadapan pintu masuk Zenxin Organik Park
 

Lokasi google maps ke Zenxin Organik Park


Zenxin Organik Park

Jalan Batu Pahat,Kampung Melayu Batu Lima

86000 Kluang Johor

T: 07-7595196/019-7738985

E : zenxinorganicpark@gmail.com

W: www.zenxin.com.my

FB: www.facebook.com/zenxinorganicpark

Leave a Reply

Your email address will not be published.