KEMBALI SEMULA KE SEKOLAH SESI 2023/2024.Kakak dah mula untuk tahun 3 dan adik pulak tahun 2.Semangat nak ke sekolah bukan main lagi hari ni.
Alhamdulillah, setelah selesai persiapan sekolah anak-anak ke sekolah untuk tahun ni.Umi takdelah banyak sangat persiapan untuk persekolahan diorang, cuma belikan sehelai baju seorang, kasut sekolah sebab tahun lepas tidak berganti.Jadi tahun ni umi gantilah untuk diorang.
Dan yang kelakarnya, masa beli baju diorang tu, umi belum lagi dapat keputusan yang muktamad adik betul-betul jadi pengawas.Walaupun dia cuma cakap mulut je sebelum cuti sekolah hari tu, umi pun tak yakinlah dia jadi pengawas.
Baca juga : Cara hilangkan kekotoran pada baju sekolah
Bila dah beli tu, dapat pulak surat tawaran dia menjadi pengawas.Alhamdulillah syukur, ada juga seorang yang jadi pengawas.Terpaksalah umi beli lagi sepasang baju pengawas untuk Naura Auni.
Syukur rezeki umi dalam berblog dapat bantu umi dalam persiapan persekolahan.Sebab tu umi beli lebih awal.Dapat je duit, memang umi takkan simpan, beli mana yang patut dulu.
Dan hari ni adalah hari pertama persekolahan mereka.Adik pulak hari ni kena pergi awal sebab pengawas perlu ada di dalam dewan dalam 12.15 tengahari.Jadi kakak umi tahan dulu duduk dalam kereta.Kesian pulak lama dia menunggu
Kemain happy adik dengan uniform baru.Semoga sentiasa disiplin dan berdedikasi dalam menjalankan tugas.
Cerita si kakak pulak, semasa dia tahu yang adik dapat tawaran pengawas, dia pun nak juga jadi pengawas.Umi tak boleh buat apa sebab itu adalah pilihan cikgu.Hari-hari dia suruh umi berdoa sungguh-sungguh supaya dia jadi pengawas.Pandai pulak cakap doa umi Allah makbulkan.
Umi bagitau kat dia, jadi pengawas atau tidak, itu bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan.Kakak patut bangga kalau satu hari nanti kakak boleh banggakan umi dengan babah dengan pelajaran yang cemerlang.
Doa setiap hari semoga Allah berikan kita hati yang berlapang dada, diterangkan hati supaya dapat menerima ilmu dengan baik.
Bermulalah kesibukkan umi setiap hari untuk hantar dan ambil budak berdua ni.Syukur sangat tahun ni untuk sekolah agama mereka sesi yang sama.Tidaklah seperti tahun lepas, adik masuk 8.45 pagi si kakak masuk 10.15 pagi.Jadi umi kena keluar berkali-kalilah untuk ambil dan hantar mereka.
Rindu pulak zaman diorang masa kecik.Dah semakin membesar, dah pandai buat hal sendiri, tapi tulah tidur masih nak berkepit lagi.Entah bila nak tidur di bilik sendiri.