10 Kelebihan Surah Ar-Rahman Rugi Jika Tidak Membacanya Setiap Hari kerana banyak manfaat yang kita dapat dari Surah ini.
Surah Ar-Rahman ialah surah ke 55 di dalam Al-quran dan ia tergolong sebagai surah Makkiyah yang terdiri daripada 78 ayat.Umi baru amalkan surah ni untuk anak-anak.Banyak kelebihan ayat ni untuk kita amalkan lebih-lebih lagi untuk anak kita.Ibubapa mana taknak yang terbaik untuk anak mereka kan, apa pun kita sebagai ibubapa selalu mendoakan yang baik-baik untuk anak-anak kita.
Dilahirkan seperti sehelai kain putih, kita yang menentukan bagaimana anak kita nanti. Walau bagaimanapun, walaupun kita tidak pandai agama atau mendidik anak kita dengan baik, kita sehabis baik berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk mereka. Terdapat banyak lagi kelebihan surah Ar-Rahman yang boleh kita amalkan dalam kehidupan seharian kita.
Ar Rahman bermaksud Allah Maha Pemurah serta melimpah-linpah rahmatNya
Rasulullah SAW bersabda : ” Barangsiapa yang membaca surah AR-Rahman, Allah akan menyayangi kelemahannya dan meredhai nikmat yang dikurniakan padanya “
(Tafsir Nur Ats-Tsaqalyn 5/187)
Maksud Surah Ar Rahman
Ar Rahman
Tuhan Yang maha pemurah
Allamal quran
Yang mengajarkan Al-Quran
Kholakol Insaan
Dia menciptakan manusia
Allamahul bayaan
Mengajarnya pandai berbicara
Kelebihan Membaca Surah Ar-Rahman
1.Memperoleh Syafaat pada Hari Kiamat
Salah satu perkara yang paling diingini oleh ramai orang ialah ia memudahkan kita mendapat syafaat di hari akhirat. Rasulullah SAW sendiri telah menyatakan bahawa orang Islam yang membaca surah Ar-Rahman akan mendapat tempat terbaik di akhirat.
Imam Ja’far Ash-Shadiq (as) berkata :
“Jangan tinggalkan membaca surah Ar rahman, bangunlah malam bersamanya, surah ini tidak mententeramkan hati orang-orang munafik, kamu akan menjumpai Tuhan bersamanya(Ar Rahman) pada hari kiamat, wujudnya seperti wujudnya manusia yang paling indah dan baunya paling harum, pada hari kiamat tidak ada seorang pun yang berdiri dihadapan Allah yang paling dekat denganNya selainnya.
Pada saat itu Allah berfirman : Siapakah orang di dunia yang sering bangun malam dan tekun membacamu? Dia menjawab : Ya Rabbi, Fulan bin Fulan, lalu wajah mereka menjadi putih.
Dan ia berkata kepada mereka : Berilah syafaat bagi orang yang mencintai kalian.Kemudian ia memberi syafaat sampai yuang terakhir dan tidak ada seorang pun yang tertinggal dari orang-orang yang berhak menerima syafaat mereka.
Lalu ia berkata kepada mereka : Masuklah kalian ke syurga, dan tinggallah di dalamnya sebagaimanan yang kalian inginkan.
2.Diredhai dan Dikasihi oleh Allah swt
Sesiapapun yang sentiasa membaca Surah Ar Rahman, maka Allah SWT akan menyayanginya atas segala kelemahannya. Salah satu kelebihan surah Ar Rahman adalah membuatkan diri anda dikasihi dan diredhai Allah SWT.
Sabda Rasulullah SAW: “Barang siapa membaca surat Ar Rahman, Allah akan menyayangi kelemahannya dan meredhai nikmat yang dikurniakan kepadanya.”
3.Mengingatkan Sifat Pelupa Manusia
Kadang-kadang manusia tidak menyedari nikmat yang diberikan oleh Allah SWT kepada mereka. Sebagai contoh, apabila Allah memberikan kita rezeki yang melimpah ruah, kita lebih suka menganggap bahawa rezeki itu datang daripada usaha kita sendiri.
Namun, ketika kita ditimpa musibah barulah kita sedar dan mula mengingatinya. Pengulangan ayat “fabiayyi aalaa’i Robbikuma tukadziban” adalah untuk mengingatkan bahawa manusia adalah pelupa.
Ayat tersebut adalah kalimat pertanyaan yang menuntut jawapan manusia yang mengingat ketika membaca ayat itu. Hebatkan kelebihan surah Ar Rahman.
4. Mengingatkan banyak Makhluk Allah swt
Jin juga mengakui bahawa nabi Muhammad sebagai Rasul. Ini membuktikan bahawa ciptaan Allah tidak hanya terbatas pada sesuatu yang tampak.
Kerajaan Jin dan alam-alam yang tidak tampak pun Allah lah yang menciptakannya. Selain itu, haiwan-haiwan yang berada dimuka bumi ini juga beribadah kepada Allah.
Allah sentiasa mengingatkan kita bahawa selain kita, ada lagi makhluk lain yang diwajibkan untuk beribadah kepada Allah.
5.Mencari Jodoh
Tahukah korang bahawa surah Ar Rahman juga mengandungi asma atau kelebihan nama Allah, Ar Rahman, yang bermaksud Maha Pengasih atau Pemurah. Istilah pengasih dalam surah ini juga bermaksud cinta.
Kebaikan Surat Ar Rahman untuk Jodoh sudah jelas kepada kita: ia boleh digunakan untuk mempercepatkan jodoh.
Ar Rahman adalah doa-doanya, sama ada untuk bernikah dengan cepat, mencari jodoh yang lebih baik atau mencapai impian.
Yakin dan percaya bahawa Allah itu maha pemurah, mengawal rezeki, jodoh dan ajal. Kami hanya perlu meminta kepada Allah.
6.Menghilangkan Rasa Cemas
Akibat tekanan hidup dan pelbagai masalah yang dihadapi, kita sering berasa cemas dan gelisah dalam kehidupan seharian. Ada orang yang sering tidak tenang, cemas dan tidak selesa. Ingatlah bahawa punca mungkin tidak jelas dan tidak diketahui.
Mereka yang sentiasa ingat dan bertawakal kepada Allah, insya Allah, tidak akan berasa cemas atau tertekan apabila mereka menghadapi pelbagai cabaran.
Surah Ar Rahman adalah penawar apabila kita cemas, gelisah atau tertekan. Jika kita membacanya, yakinlah dan rasalah kasih sayang yang Allah berikan kepada kita, Insyallah hati kita akan tenang.
7.Dapat Mengeratkan Hubungan Antara Keluarga
Ingin mengeratkan hubungan silaturrahim keluarga yang sudah lama renggang, anda boleh sahaja membaca surah Ar Rahman ketika solat atau selepas solat.
Anda juga sentiasa berdoa agar diberikan kedamaian serta kasih sayang sesama keluarga. Insyaallah hubangan yang dah lama renggang akan menjadi baik semula. Itulah kelebihan surah Ar Rahman.
8.Mati seperti Mati Syahid
Imam Ja’far Ash-shadiq (sa) berkata: “Barangsiapa yang membaca surat Ar-Rahman, dan ketika membaca kalimat ‘Fabiayyi âlâi Rabbikumâ tukadzdzibân’, ia mengucapkan: Lâ bisyay-in min âlâika Rabbî akdzibu (tidak ada satu pun nikmat-Mu, duhai Tuhanku, yang aku dustakan), jika saat membacanya itu pada malam hari kemudian ia mati, maka matinya seperti matinya orang yang syahid; jika membacanya di siang hari kemudian mati, maka matinya seperti matinya orang yang syahid.” (Tsawabul A’mal, hlm 117).
Jelas menunjukkan bahawa terdapat kelebihan Surah Ar Rahman yang membolehkan anda mati seperti mereka yang syahid. Siapa yang tak nak mati syahid? Seluruh alam pasti inginkannya.
9.Mendapat Nikmat Hidup
Nikmat yang Allah berikan kepada kita adalah dalam bentuk rohani dan jasmani.Nikmat jasmani adalah kelebihan di dunia dan nikmat rohani memberikan kebaikan dunia dan akhirat.
Untungnya orang yang mendapat nikmat rohani dan jasmani. Anda boleh amalkan surah Al-Waqiah untuk mendapatkan keredhaan Allah Swt dan insyallah Allah memberikan anda nikmat dan kurniaanNya.
10. Mendapat Ilmu Pengetahuan
Allah Swt turut mengajarkan kita tentang sifatNya selain dari ilmu, hukum dan apa yang diceritakan di dalam Al-Quran. Kerana itu juga Quran diturunkan kepada kita. Ia berupa wahyu.
Dengan mengamalkan surah Ar Rahman, kita dapat mengenali Allah dengan lebih mendalam, mendapat ilmu pengetahuan yang tidak ternilai harganya dan mendapat panduan hidup dunia akhirat.
DOA YANG BAGUS DIAMALKAN OLEH IBUBAPA UNTUK MELAHIRKAN ANAK YANG HEBAT
Doa ini juga bagus untuk kita amalkan untuk menjadikan anak yang hebat.Doa ibubapa untuk anak-anak ni tiada hijab, jadi selalulah kita sebagai ibubapa untuk mereka.
Cara Amalkan
- Amalkan setiap hari selepas solat fardu bersama doa-doa yang lain.Jadikan kebiasaan doa agar anak-anak kita menjadi muslim yang hebat dalam kehidupan dan perjuagan di jalan Allah.
- Setiap malam sebelum tidur dan setiap kali sebelum anak ke sekolah, bacakan di hadapan anak dan hembuskan ke ubun-ubun kepala anak.Boleh juga tiupkan ke tapak tangan dan sapukan di kepala dan dada anak.
Wallahualam.Semoga kita dapat melahirkan jiwa anak-anak yang tenang, soleh dan solehah.
Sumber : Kashoorga