KELEBIHAN SELAWAT TAFRIJIYAH

KELEBIHAN SELAWAT TAFRIJIYAH | Kepada korang yang ditimpa masalah, yang sedang sakit dan yang ada sebarang hajat amalkanlah selawat Tafrijiyah ni.

Selawat Tafrijiyah ni semakin dikenali semenjak adanya tiktok dan reels.Ramai yang post tentang kemerduan suara yang mengalunkan selawat Tafrijiyah ni tapi tau tak apa kelebihan selawat Tafrijiyah ni di dalam kehidupan kita seharian.

APA ITU SELAWAT TAFRIJIYAH

Selawat Tafrijiyah ini dikenali sebagai selawat Kamilah atau Selawat Nariyah yang bermaksud sempurna atau terbuka.Besar Pengertian dan kelebihannya jika sesiapa yang mengamalkannya.

Maksud sempurna da nterbuka adalah jikan diizinkan Allah, segala kesempitan akan hilang atau terbuka luas untuk keluar darinya.Sebagai umat islam, kita hendaklah yakin bahawa janji Allah itu pasti.

Jika kita mahukan kehidupan seharian yang sempurna, lancar tanpa sebarang masalah atau gangguan atau bersaing secara sihat dalam apa juga hal dalam kehidupan, ada baiknya mengamalkan Selawat Tafrijiyah.

Baca juga : zikir Ya Bariq memudahkan urusan

MASA YANG SESUAI MEMBACA SELAWAT 

Masa yang sesuai membaca selawat Tafrijiyah ini seeloknya bacalah dan amalkan selawat ini selepas fardu sebanyak mana yang kita mampu.Tidak dapat mengamalkan setiap waktu?Buatlah bila kita ada kelapangan.

selawat tafrijiyah

Maksudnya:

“Ya Allah, limpahkanlah rahmat dan kesejahteraan yang sempurna ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW yang dengan rahmatnya itu semoga terurai segala simpulan, terhapus segala kesusahan, tertunai segala hajat, tercapai segala keinginan dan kesudahan umur yang baik (mati dalam keimanan) serta dicurahi hujan rahmat dengan berkat peribadinya yang mulia. Rahmatilah ahli keluarga dan para sahabatnya dalam setiap kerlipan mata dan tarikan nafas sebanyak jumlah pengetahuan-Mu”.

FADHILAT SELAWAT TAFRIJIYAH

Antara kelebihan dan kebaikkan kepada sesiapa yang mengamalkan selawat ini adalah:-

  • Allah akan melenyapkan kesulitan, kesusahan, kesedihan, serta bahaya yang menimpa.
  • Dipermudahkan oleh Allah segala urusannya dalam penghidupan.
  • DIberi ketinggian darjatnya dan dipancarkan nur(cahaya) dalam hatinya.
  • Suaranya didengari manakala idea dan pendapatnya diterima pakai oleh ramai orang.
  • Dilindungi Allah dari segala bencana dan mara bahaya.
  • Disukai, disenangi dan dicintai oleh semua orang
  • Allah makbulkan apa yang dihajatinya
  • Dimurahkan rezeki, dijauhkan daripada kelaparan dan kemiskinan.

Imam ad-Dainuri R.A

1. Baca 11 kali setiap kali selepas solat fardhu insya Allah akan diberkati rezeki, ditinggikan darjat dan dijanjikan husnul khotimah.
2. Dibaca 41 kali setiap malam secara istiqomah, insya Allah akan tercapai segala hajatnya.
3. Dibaca 100 kali setiap kali selepas Solat Sunat Hajat pada beberapa malam, insya Allah masalahnya diselesaikan.
4. Dibaca 313 kali setiap hari, insya Allah akan mengetahui rahsia ghaib atau sesuatu yang dikehendaki oleh Allah SWT.
5. Dibaca 1000 kali, insya Allah tercapai segala cita-cita dan tersingkap rahsia yang dikehendaki.

Imam Qurtubi R.A

Dibaca 41 kali atau 100 kali, insya Allah akan dihilangkan segala dukacita dan kesusahannya. Dimudahkan segala urusan, diangkat martabat dan darjat, menambahkan haibahnya, meluaskan rezeki dan dibuka pintu kebajikan.

Imam Sayyidi Muhammad Khafi R.A

1. Dibaca 4444 kali dalam tempoh tujuh (7) hari lapan (8) malam, kemudian diikuti dengan doa Selawat Nariyahh, insya Allah tercapai hajat dengan baik dan sempurna.

2. Jika membacanya sebanyak 3 kali selepas selesai menunaikan solat fardhu, maka akan memperolehi pahala sama seperti memperolehi Haji Mabrur atau Haji yang Maqbul.

Begitulah hebatnya Selawat Tafrjiyah ni untuk kita amalkan.Semuanya kita lakukan dengan niat yang baik.Insyallah.Semoga bermanfaat untuk korang

sumber: sini

Loading

1 Comment

  1. Masa baca entri akak ni, saya tengah mmebacanya..
    Agak lama tinggalkan sebenarnya..Rasa terpukul sekejap..Sobbsss

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *