Kelebihan Peria yang korang tak tau

Kelebihan Peria yang korang tak tau

Bila sebut pasal peria, ramai yang terbayangkan tentang pahitnya kan.Tapi kita tak tau disebalik pahitnya peria tu.Umi kongsikan kelebihan peria yang korang tak tau.

Lagi pulak peria yang hanya dibuat ulam tanpa memasaknya terlebih dahulu.

Tapi bila korang tahu akan kelebihan peria ini, umi pasti korang akan rajin untuk mengamalkan pengambilan peria ni tau.Peria ni selalu diamalkan oleh mereka yang mempunyai penyakit darah tinggi.Ia dikatakan sangat bagus untuk mengurangkan penyakit ni.Hanya mengurangkan sahaja tua, bukan membuangnya terus.Kalau kita konsisten mana tau kan akan hilang.Kuasa Allah swt tu tak mustahil.Yang penting kita rajin usaha

 
 
Jom umi senaraikan antara kebaikkan untuk kita amalkan memakan peria katak ni.
 

10 KHASIAT DAN KEBAIKAN MAKAN PERIA KATAK

 
1# MERAWAT DARAH TIDAK SIHAT
Ia dikatakan merawat darah tidak sihat seperti darah bertoksin.Caranya ialah dengan mencampurkan jus peria katak dengan sedikit jus lemon.
 
2# PENYAKIT TAUN
Peria katak ini dikatakan boleh merawat penyakit taun diperingkat awal dengan mencampurkan jus peria katak bersama dengan jus bawang merah dan jus limau.
 
3# PENYAKIT KENCING MANIS
Peria katak ni mengandungi sebatian hypoglycemic(dikenali sebagai insulin tumbuhan) yang boleh menurunkan paras gula dalam darah dan air kencing dengan berkesan.
 
4# PENAMBAH TENAGA
Bagi korang yang selalu sangat badan rasa lesu tu, boleh lah mengamalkan jus peria katak untuk menambah tenaga dan stamina.Malahan ia juga dapat mengurangkan masalah tidur yang tidak lena.
 
 

 

 
5# MEMBAIKI MASALAH MATA
Kandungan beta karotene di dalam peria katak ni tinggi dan ianya dapat membantu memperbaiki penglihatan serta menjaga mata.
 
 
6# MEMBERSIH DAN MEMPERBAIKI MASALAH HATI
Selain itu ia dapat membersih dan memperbaiki masalah hati(hepa) yang disebabkan oleh pengambilan alkohol berlebihan dan dikatakan dapat mengatasi masalah jaundice.
 
7# MENINGKATKAN SISTEM IMUN
Pengambilan peria ini juga dikatakan boleh meningkatkan sistem imun serta daya ketahanan badan terhadap melawan jangkitan penyakit.
 
8# MERAWAT MASALAH BUASIR
Peria ini juga dikatakan dapat merawat masalah buasir.Caranya adalah dengan mencampurkan jus daun peria katak dengan buttermilk dan diminum semasa perut kosong pada awal pagi.
 
9# MENGURANGKAN PSORIASIS
Apa itu psoriasis? ia adalah penyakit yang dikatakan berkaitan dengan maslah sistem imun yang berhubung rapat dengan sel badan di mana pertumbuhan sel kulit berlaku pada kadar abnormal yang luar biasa sehingga terkumpul dengan pantas di atas kulit.Amalan meminum jus peria katak ini dapat menghindarkan dari penyakit fungsu yang lain seperti kurap, fungus pada kaki ahli sukan dan lain-lain.
 
#10 GANGUAN PERNAFASAN
Mereka yang mempunyai gangguan pernafasan boleh mengamalkan jus peria kata k yang dicampurkan dengan madu.Jika diminum setiap hari ia dikatakan dapat merawat penyakit asma dan penyakit paru-paru yang lain.
 
 

 

So, korang dah bacakan tentang betapa banyak khasiat yang ada dalam peria katak ni.Kalau dulu umi pun tak suka.Tapi sekarang ni lebih rajin makan peria katak ni.Nak buat jus umi tak mampu lagi nak telan.Tapi umi lebih suka buat ulam je.Tunggulah umi ada kekuatan nak mencuba jusnya pula.Tapi kalau dicampur dengan madu asli agak-agak sedap tak rasanya.jadi ubat ke jadi sedap 🙂

Apa pun memakan sayuran segar dan hijau sangat-sangat bagus dari kita memasaknya kan? Sebab tu setiap hari dalam menu makanan kita ada pengambilan ulam.Nak ke arah kesihatan dan kehidupan yang lebih baik kenalah amalkannya

 

Selamat mencuba

Loading

7 Comments

  1. salam

    sy suka jg ulam2 tp yg ttentu je..ehee..betul tu amalkn makan ulaman utk ksihatan jg..:)

    follow sini

  2. Mak Myra suka peria katak nie. Tapi sayangnya anak dia sejenis tak makan ulam-ulaman

  3. Banyak sungguh kebaikan peria kata ni rupanya ya 🙂

  4. dulu mak ada tanam pokok peria katak ni tapi lepas pindah rumah takde tanah nak tanam. Tahu dia ubatkan kencing manis je rupanya banyak lagi ea khasiat dia

  5. Peria kata ni Sis makan suka goreng udang kering belacan, sedap…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *