KELEBIHAN PENGAMBILAN YOUGURT

KELEBIHAN PENGAMBILAN YOUGURT | ada ke dikalangan korang yang suka makan yougurt? Tahu tak manfaat pengambilan yougurt sangat bagus untuk kesihatan kita.

Yougurt adalah sejenis makanan/ minuman yang berasaskan susu dan boleh diperolehi dalam pelbagai perisa.Ia juga boleh dimakan begitu sahaja atau di masukkan dalam makanan.

Bakteria yang ada  di dalam yougurt ni berfungsi membantu menghadamkan laktosa iaitu gula semula jadi dalam susu.Bakteria ini bertindak secara merangsang  sebahagian daripada sistem pelalian di dalam saluran usu dan menghasilkan keadaan persekitaran yang lebih sihat di dalam usus menjadikan keadaan itt tidak sesuai untuk organisma tidak baik hidup disamping memastikan sistem penghadaman dalam tubuh badan berjalan lancar.

Baca juga : Bahaya pengambilan vitamin c berlebihan

Pengambilan yougurt sebagai menu tambahan dalam pemakanan seharian dapat membantu di dalam menjaga kesihatan usus, meningkatkan kekebalan tubuhm  menurunkan tekakan darah tinggi serta menjaga kesihatan kulit dan tulang.

KELEBIHAN PENGAMBILAN YOUGURT

6 KEBAIKKAN  YOUGURT YANG PERLU KORANG KETAHUI

1# Padat dengan Nutrien

Yougurt mengandungi nutrien-nutrien penting dan berkalori rendah.Ia merupakan sumber protein, kalsium, dan vitamin B1 yang membantu memenuhi keperluan pemakanan harian kita.

2# Baik untuk tulang

Yougurt adalah sumber kalsium yang baik dalam membina dan mengekalkan tulang yang kuat.Satu kajian menunjukkan bahawa rakyat Malaysia tidak mengambil kalsium yang mencukupi yang mungkin mengakibatkan risiko untuk mengalami tulang yang lemah.Oleh itu, pengambilan yougurt adalah satu cara bijak untuk membantu memenuhi keperluan kalsium harian kita.

#3 Baik untuk perut

Tidak benar sama sekali jika kita mempunyai ketidakhadaman laktosa, bermakna kita tidak boleh menikmati tenusu.Sebenarnya kita masih lagi boleh menikmati yougurt.Laktosa yang didapati secara semula jadi dalam tenusu telah dihadamkan oleh bakteria-bakteria yang baik yang terdapat di dalam yougurt menjadikannya sesuai untuk golongan tersebut.

4# Snek sihat bagi mereka yang diet

Tahukah korang, yougurt mengandungi kalori yang lebih rendah berbanding makanan yang tinggi dengan lemak atau gula, seperti kek coklat? Satu kajian menunjukkan bahawa orang yang makan snek berprotein tinggi seperti yougurt mempunyai kawalan selera yang lebih baik dan berasa kenyang lebih lama dan mengambil makanan berkalori rendah dalam hidangan seterusnya.Ini membuktikan bahawa yougurt merupakan snek yang sesuai sekiranya korang ingin menjaga berat badan.

#5 Kebaikkan protein tenusu

Yougurt bukan hanya boleh dimakan begitu sahaja, ia juga boleh digunakan dalam resepi masakan harian kita.Contohnya boleh dimasukkan di dalam kari atau salad kesukaan korang.

KELEBIHAN PENGAMBILAN YOUGURT

CARA MEMILIH YOUGURT YANG SESUAI UNTUK MEMBANTU MEMENUHI KEPERLUAN PEMAKANAN SEIMBANG KITA

Di pasaran terlalu banyak jenis yougurt yang korang boleh pilih.Tetapi pilihlah yougurt yang sesuai untuk membantu kita memenuhi keperluan pemakanan harian seperti di bawah:-

  • Pilih yogurt yang membekalkan kalsium bagi membantu memenuhi keperluan harian anda.
  • Pilih protein – pilih yogurt yang merupakan sumber protein yang baik.
  • Semak kuantiti lemak – jika anda risau tentang pengambilan lemak harian, pilih yogurt yang rendah lemak atau yogurt yang dibuat daripada susu tanpa lemak.
  • Manfaat tambahan – pilih yogurt yang ditambah dengan vitamin D dan kolagen. Vitamin D penting untuk penyerapan kalsium manakala kolagen mempunyai banyak manfaat.

Ha..dah tau kelebihan pengambilan yougurt? selepas ni boleh la amalkan yougurt.Nak yang bagus kita amalkan yang tidak mengandungi gula tu.Hah!! dah cuba?

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *