Surah Al-Kahfi Ayat 1-10 dan 100-110 | Surah Al Kahfi atau juga disebut Ashabul Kahf merupakan surah yang diturunkan di Kota Mekkah.
Surah ini terdiri atas 110 ayat dan bercerita tentang beberapa orang pemuda yang tidur di dalam gua bertahun-tahun lamanya
Surah Al-Kahfi ayat 1-10 dan 100-110 mempunyai kelebihan yang perlu kita tahu dan kita amalkan
“Barangsiapa membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat maka dajjal tidak bisa memudharatkannya”(HR-Dailami)
KELEBIHAN MEMBACA SURAH AL-KAHFI PADA MALAM ATAU HARI JUMAAT
1.Dipancarkan cahaya untuknya sejauh antra dirinya dan Baitul Atiq(kaabah)
Daripada Abu Sa’id al-Khudri radliyallahu anhu, dari Nabi SAW bersabda,”Sesiapa yang membaca surah al-kahfi pada malam Jumaat, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dan Baitul Atiq
Baitullah juga dikenali sebagai Baitil Atiq iaitu rumah yang sentiasa merdeka dari segala kezaliman.Tanah haram juga tidak boleh dikuasai raja yang zalim dan haram disakiti manusia semasa mereka berada disana.
2.Dipancarkan cahaya untuknya diantara dua jumaat
Daripada Abu Sa’id al-Khudri r.a, dari Nabi saw bersabda ” Sesiapa yang membaca surat Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan dipancarkan cahaya untuknya diantara dua jumaat.(HR.Al-Hakim 2/368 dan Al-Baihaqi:3/249.
3.Memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan meneranginya kelak pada hari kiamat, dan diampuni dosanya antara dua jumaat.
Daripada Muaz Ibnu Anas Al-Juhani daripada bapanya daripada Nabi saw bersabda: ‘ Sesiapa membaca awal dan surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhannya, maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi.”[ hadis riwayat ahmad]
Daripada Ibu Umar r.a berkata : RAW bersabda : ” Sesiapa yang membaca surat al-kahfi pada hari jumaat, maka akan memancar cahaya dari bawah kakinya ke langit, akan meneranginya kelak pada hari kiamat, dan diampuni dosanya antara dua jumaat.(diriwayatkan oleh Abu Bakr bin Mardawaih)
4.Terjaga dari fitnah Dajjal
Daripada ALi bin Abi Thalib” Sesiapa yang membaca surah al-kahfi pada hari Jumaat maka ia akan dijaga dari setiap fitnah sampai lapan hari walaupun Dajjal keluar ia akan tetap terjaga dari Fitnahnya.”
sumber :sini
Surah Al-Kahfi Ayat 1-10 dan 100-110
Surah Al-Kahfi Ayat 1-10
Surah Al-Kahfi Ayat 100-110
very gd shring ni dear, tq yer
subahnallah..insyallah..tq ida
Masa tinggal dengan arwah nenek dulu, setiap malam arwah nenek paksa baca surah al-Kahfi ni.Rupanya banyak manfaatnya… Alhamdulillah..
Jom amalkan bersama… Nice sharing…
Salam jumaat dan selamat beramal 🙂
salam jumaat and great piece of sharing kak..
Nice sharing..
Harap dapat amalkan surah ni scara berterusan dan elakkan dari fitnah dajal.
slm jumaat kak.. terima kasih atas perkongsian.. harap Fiza dapat amalkan pembacaan surah khafi nie..
alhamdulilah..saya pun suka dgar bacaan surah ini.yak kebaikan.. terima kasih berkongsi
banyak khasiat ayat al quran nie
Jom sama sama kita amalkan
sama2 kita amalkan.. nice sharing
Yaaa, baca al-Kahfi, moga mendapat pahala berganda…
Jadikan amalan untuk baca tiap hari. Atau sekurangkan tiap hari Jumaat. Kalau dapat hafal lagi bagus…
perkongsian yg baik dan terima kasih mengingatkan