Kelebihan Berzikir Rugi Kalau Kita Tak Buat.Kita sebagai umat islam di tuntut untuk selalu berzikir.Berzikir ni bukan sahaja untuk membersihkan hati, tapi banyak kelebihannya.
Dibawah ini umi nak share dengan korang, apakah kelebihan kita berzikir.Rasanya ramai yang tahu kan apa kelebihannya.Kita refresh balik ilmu ni untuk kita gunakan.Nak berubah jangan tunggu dah tua, dah sakit, dah kena macam-macam kat kita baru kita nak berubah.Niat kerana Allah swt
Takpelah, untuk jadi hamba allah yang lebih baik tak salahkan untuk kita sebarkan walaupun dengan satu ayat.
At least, boleh sentiasa ingatkan diri sendiri untuk terus berzikir.So, jom baca apa kelebihan berzikir yang perlu kita tahu tu.
KELEBIHAN BERZIKIR YANG PERLU KITA TAHU DAN AMALKAN
MENGHALAU SYAITAN
Semua sudah maklumkan kan bahawa syaitan ni sangat benci kepada manusia yang patuh kepada perintah Allah.Sebab itu Syaitan ni wujud dan berusaha untuk menyesatkan kita.Pelbagai hasutan dibisikkan supaya manusia mendapat kemurkaan dari Allah swt.Sebab tu kenapa kita perlu berzikir selalu.
Bila seorang manusia berzikir, zikir yang dibacanya serta merta akan menjadi pendinding diri.Syaitan ni sangat lemah kerana manusia yang dihasutnya kini sedang dalam kekuatan.Dan dengan itu syaitan bertindak untuk menjauhkan diri dari ktia.
ALLAH INGAT KEPADANYA
Sebagai Pencipta dan Pemilik seluruh alam semesta, tentunya Allah suka kepada hambaNya yang mengingatiNya.
Allah berfirman yang bermaksud ;
“Maka ingatlah kepadaKu, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepadaKu dan janganlah kamu ingkar kepadaKu.”
(Al-Baqarah: 152)
Jika kita ingat kepada Allah semasa senang, Allah pasti akan mengingati kita semasa sukar.
Cahaya menerangi seluruh diri dan hidup sesiapa yang mengingati Allah. Apa yang dipohon kepada Allah, insyaAllah akan dimakbulkan olehNya. Siapa yang berusaha untuk dekat kepadaNya pasti mendapat apa yang dingininya.
“Aku Bersama HambaKu Yang MengingatiKu.”
(Sahih al-Bukhari)
MENANAM RASA SYUKUR DALAM DIRI
Zikir ni menjadi asas untuk kita rasa syukur kepada Allah S.W.T. Semakin banyak kita berzikir bermaksud semakin banyak kesyukuran kita kepada Allah.
Lidah yang basah kerana zikir terlepas dari mengatakan hal-hal yang tidak baik dan merosakkan. Apa jua kerosakan yang berpunca dari lidah seperti menipu, mengumpat dan memfitnah telah terhalang oleh kebiasaan berzikir.
MENAMBAH CINTA KEPADA ALLAH
Bila kita cintakan seseorang, nama dan dirinya selalu disebut dan diingati. Perasaan orang bercinta begitu indah sehingga sukar untuk dijelaskan dengan kata-kata. Begitulah juga bila kita bercinta dengan Allah. Semakin banyak kita berzikir, semakin dekat Allah mengisi hati kita. Zikir menjadi kunci kita kepada pintu cintaNya.
Perasaan sedar akan kebesaran Allah inilah yang menjadikan kita umat Islam yang hebat bukan sahaja di dunia malah di akhirat. Kita yakin Allah adalah satu-satunya di hati kita, yang melindungi, yang membimbing, dan yang membahagiakan. KepadaNya jualah tempat kita meletakkan sepenuh harapan.
MEMBERSIHKAN HATI
Berzikir adalah ubat bagi semua penyakit hati. Hati yang kotor kembali suci dengan zikir. Hati yang mati, hidup semula kerana mengingati Allah.
buy zithromax online https://www.phamatech.com/wp-content/uploads/2011/07/png/zithromax.html no prescription
Seperti kata Ibn Taymiyyah ;
Perlunya zikir kepada hati sama seperti air diperlukan oleh seekor ikan. Maka, zikir ini juga sering dikatakan sebagai makanan kepada hati dan jiwa.
Hamba yang lalai dalam mengingati Allah, akan meletakkan hatinya dalam kejauhan dan kekosongan. Ini kerana Allah bukan lagi menjadi keutamaan. Dirinya sentiasa mencari sesuatu bagi mengisi hati yang sering kosong.
Hati yang dikawal oleh zikir pula sudah dipenuhi dengan kasih dan sayang Allah. Ia menjadikan pemiliknya mendapat nikmat yang tidak mampu dibeli walau dengan seluruh kekayaan di dunia ini.
MEMBUANG KEBIMBANGAN
Dalam kesukaran, tambahkan zikir.
Sebutlah “Subhanallah”, “Alhamdulillah”, dan “Allahu Akhbar.”
Pujian, kesyukuran dan mengingati kebesaran Allah ini akan melegakan hati dan minda yang dilanda kebimbangan. Hanya Allah Yang Maha Kuasa Berkuasa di atas segalanya. Apa yang berlaku hanya akan berlaku atas keizinan Allah SWT sahaja. Maka pergantungan kita hanya kepada Allah Yang Maha Mengetahui.
Lalu, zikir menukar perasaan bimbang itu kepada ketenangan dan kegembiraan.
buy bactroban online https://www.phamatech.com/wp-content/uploads/2011/07/png/bactroban.html no prescription
Semua ketakutan hilang serta-merta kerana keyakinan kepada Allah. Hati dan minda yang tenang secara langsung menjadikan kita hamba yang kuat. Orang yang mempunyai hati yang tenang pasti akan terpancar di wajahnya cahaya kebahagiaan.
MENDAPAT KEBAIKAN DI DUNIA
Orang yang sedang berzikir dkelilingi para malaikat. Hidupnya sentiasa dalam keberkatan dari Allah. Zikir menimbulkan keseronokan untuk melakukan ibadah-ibadah yang lain.
Segala yang dilakukan di dunia mendapat pertolongan daripada Allah SWT. Zikir mengurangkan beban seseorang. Sebagai contoh, Fatimah R.A. mengadu kepada Rasulullah kerana keletihan melakukan tugasan hariannya.
Rasulullah menasihatkan Fatimah R.A agar berzikir ‘Subhanallah’, ‘Alhamdulillah’, dan ‘Allahu Akhbar’.
MENDAPAT GANJARAN DARI ALLAH
Walaupun zikir amat mudah dilakukan, namun ganjarannya begitu besar. Allah memberi keampunan dan pahala buat hamba yang berzikir kepadaNya. Dirinya seperti berada di dalam taman syurga di mana kebaikan mengelilingi dirinya. Zikir menjadi sumber pahala buat diri mereka yang mengamalkannya.
Sekumpulan orang miskin bertemu Rasulullah mengadu tentang pahala yang lebih besar bagi mereka yang kaya dan berharta kerana kemampuan mereka. Mereka mengadu, “Orang-orang kaya bersolat dan berpuasa seperti kami tapi mereka melebihi kami dalam mengerjakan haji dan umrah, dan berjihad dengan harta mereka.” Rasulullah kemudian menasihatkan mereka untuk mengucapkan ‘Subhanallah’, ‘Alhamdulillah’, ‘Allahu Akhbar’ setiap kali selepas solat.
(Sahih Bukhari)
Ini menunjukkan yang kepentingan berzikir telah menyamai pelbagai bentuk ibadat seperti umrah, haji, jihad dan sebagainya.
MENDAPAT KEBAIKKAN AKHIRAT
Dalam kesunyian malam, bibir mengucapkan zikir diiringi air mata. Kebaikan akhirat pastinya impian bagi semua umat Islam. Zikir menjadi cahaya bukan sahaja semasa hidup, malah cahayanya turut menerangi kuburnya kelak.
Di akhirat kelak, zikir juga memberi manfaat kepada yang sentiasa melakukannya. Zikir boleh menyelamatkan diri daripada api neraka yang amat menyeksakan.
Orang yang bertakwa menyibukkan dirinya dengan zikir. Dalam duduk, berdiri, berjalan dan baringnya sentiasa ada Allah. Dunia menjadi saksi amalannya. Dan pastinya tempat mereka yang bertakwa adalah syurga Allah.
Jom mula berzikir..Yang baik datangnya dari Allah, dan yang buruk dari umi sendiri.Andai dulu kita bukan yang terbaik, perbaiki untuk jadi lebih baik.Manusia tiada yang sempurna.