Kelebihan Bermain Puzzle bersama anak-anak

Kelebihan Bermain Puzzle bersama anak-anak

Kelebihan bermain puzzle bersama anak-anak | Bermain Puzzle nampak remeh tetapi tahukah korang ia dapat memberikan kemahiran kepada anak?

Sebenarnya umi pernah belikan puzzle untuk kakak dan dak Naura masa diorang kecil, tapi sekadar main campak-campak je.

Bila dah besar sikit ni dan dari pembacaan umi bahawa puzzle ni sangatlah bagus untuk menguji kemahiran matematikal dan kemahiran logikal yang merangkumi nombor, gambar, bentuk dan  juga perkataan.

Mungkin tak ramai ibubapa sedar akan permainan yang boleh mengembangkan lagi otak anak-anak untuk berfikir.

Kelebihan Bermain Puzzle bersama anak-anak yang mungkin kita tak terfikir

1.PERMAINAN DAN HIBURAN YANG MURAH

Puzzle ni kalau nak dibandingkan dengan mainan yang lain, ia adalah sejenis permainan yang murah yang korang boleh dapati di kedai-kedai biasa, kedai rm2 Mr.Diy dan sebagainya.

Puzzle ni jugak adalah salah satu hiburan buat keluarga untuk sama-sama buat.Jadi sangat bagus untuk mengeratkan lagi silaturahim antara keluarga.

2.SESUAI UNTUK SEMUA PERINGKAT UMUR DAN TAHAP KEBOLEHAN

Kita juga boleh menggunakan kepingan puzzle yang besar untuk kita bantu anak-anak yang mengalami masalah lembam

Anda boleh menggunakan kepingan jigsaw puzzle yang besar, untuk membantu kanak-kanak yang menghadapi masalah lembam.

Apa itu Lembam?

Kanak – kanak yang tidak boleh mengikuti pelajaran di kelas / kurikulum / di sekolah biasa, terlalu lambat untuk mencapai satu – satu objektif pengajaran yang mudah / objektif jangka pendek dan juga mempunyai daya rangsangan serta daya pengamatan yang lemah / rendah.

Kalau kita lihat di pasaran, terdapat pelbagai jenis puzzle yang kita dapat lihat, ada yang cebisannya besar dan ada yang kecil.Ada yang pelbagai warna dan ada juga yang hanya satu warna je.Kalau untuk anak-anak boleh je belikan mereka puzzle yang besar-besar dan size puzzle yang kecil mengikut tahap kebolehan mereka.

7 Kelebihan Yang Mungkin Anda Tak Terfikir Tentang Bermain Puzzle

3.BAGUS UNTUK PERKEMBANGAN OTAK ANAK

Menyusun dan bermain puzzle adalah aktiviti yang sangat bagus untuk anak-anak lakukan bagi memastikan minda mereka tajam.Ia sangat mencabar ketangkasan,penaklukan spatial dan logik fikiran kita.

Apa yang perlu kita ketahui lagi adalah aktiviti ini akan menjadikan otak anak-anak kita bekerja dikedua-dua belah bahagian pada masa yang sama.

Bahagian kreatif otak kita bekerja untuk melihat produk akhir, sementara bahagian logik pula akan bekerja untuk memadankan kepingan-kepingan puzzle dengan betul dan sempurna.Jadi jika kita mahukan anak kita menjadi seoang yang kreatif, menyusun puzzle adalah antara langkah pertama kearah itu.

4.MENGGALAKKAN INTERAKSI

Permainan puzzle ni sangat bagus untuk menggalakkan interaksi anak dan juga kita sendiri.Sementara aktiviti menyusun puzzle memaksa otak kita bekerja, ia tidak bermakna kita tidak boleh bercakap dengna kawan atau dengan keluarga kita semasa sedang menyiapkannya.

Perbualan sesama ahli keluarga yang lain berlangsung ketika sedang menyiapkan puzzle bersama-sama.Bukan itu sahaja ia mampu memupuk semangat kerjasama dalam menyiapkan puzzle.Jadi sikap kerjasama tu akan sentiasa dipraktikan semasa bermain juga kan?

5.MENINGKATKAN TAHAP FOKUS DAN KEADAAN SEPARA SEDAR

Tiada yang lebih baik untuk melatih tahap fokus dan perhatian terhadap tugasan seperti aktiviti menyusun kepingan-kepingan puzzle yang betul.

Ia juga akan melatih kita bersabar kerana kadangkala ia akan membuat kita tersekat seketika sebelum dapat memadankan kepingan yang betul dan kita perlu berusaha keras sebelum menjumpai kepingan yang tepat.

Selain itu, permainan puzzle akan membantu memberi peluang kepada keadaan separa-sedar (subconcius mind) kita untuk berfikir perkara lain. Menyelesaikan puzzle membuatkan minda kita rileks dan berfikir perkara lain.

Sebagai contoh, apabila ada sesuatu masalah besar yang membuatkan kita  buntu untuk menyelesaikannya, permainan iniakan tenangkan minda dengan bermain puzzle.

Kenapa?

Sebab kadangkala bermain puzzle  mendapat cetusan idea dan penyelesaian terbaik sewaktu sedang menyusun puzzle.

Ini yang diberitahu oleh penulis tentang apa yang dia rasai ketika bermain puzzle di entry ini

6.TIDAK PERLUKAN TENAGA ELEKTRIK DAN KARYA SENI YANG MENARIK

Permainan puzzle tidak memerlukan elektrik untuk berpuzzle, tidak seperti video games dan televisyen. Ini bermakna kita  boleh menyusun puzzle bila-bila masa dan dimana-mana sahaja, tidak kira hujan atau ribut, di rumah atau diluar. Ia memberikan kita pilihan dikala benda lain tidak boleh didapati

Lepas siap terpasang puzzle boleh la jadikan frame dan hiasan didinding rumah kan?

So, hari tu umi dah dapatkan stock puzzle yang bersesuaian dengan anak-anak umi.1st time mereka bermain puzzle dengan teliti.Takde adegan campak-campak macam dulu.Umi beli yang size kecil dengan pecahan tak lebih dari 20 pcs yang sesuai dengan umur mereka.Semuanya enjoy bermain puzzle.Dekat Shopee hari tu puzzle macam ni 1 tu baru rm1.90 macam tulah.So, umi takkan keluarkan semua sebab taknak mereka bosan, sorang satu dan berlainan jenis.Bila semua dah dapat buat, umi suruh mereka tukar.

Dari mereka tak tau cara macam mana nak mulakan bermain puzzle, sekarang dan semakin terror tau.Umi ajar mereka untuk cari di bahagian tepi dahulu dan ikut pada setiap gambar contoh yang diberikan.

Kelebihan Yang Mungkin Anda Tak Terfikir Tentang Bermain Puzzle

Puzzle ada banyak jenis dan ibu bapa atau guru boleh bagi anak mainan puzzle ini mengikut peringkat umur.

i. Bawah 2 tahun
– knob puzzle
– slot puzzle

ii. 2 hingga 3 tahun
– pecahan puzzle yang sesuai ialah 2,4 dan 8 pcs

iii. 4 hingga 5 tahun
– pecahan puzzle 12, 16 dan 20 pcs (mulakan dengan bantuan dan slowly biar mereka independent buat sendiri)

iv. 6 hingga 8 tahun
– pecahan puzzle lebih daripada 20 pcs
– Tangram (boleh rujuk gambar)

Puzzle ni sebenarnya bagus untuk: – cognitive skills
– Problem solving skills
– Fine motor skills
– Hand and eye coordination
– Visual memory
– Visual perception (sub component visual closure)

info : sini

So, lepas ni kepada ibubapa yang ada anak-anak tu, bolehlah belikan mereka puzzle ni mengikut umur mereka.Permainan yang murah dan menguji minda.Best tau.Lagi best kalau kita ikut main sama dengan mereka.

 

Loading

1 Comment

  1. baru tahu istilah lembam tu…selama ni duk dengar orang cakap lembab je..uhuhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *