Kelebihan Amalkan Surah 3 Qul Sebelum Tidur | Alah bisa tegal biasa.Kalau dah selalu buat insyallah akan akan terbiasa.Banyak kelebihan kita mengamalkan membaca surah 3 qul ini sebelum tidur.

Kelebihan Amalkan Surah 3 Qul Sebelum Tidur

Kelebihan Amalkan Surah 3 Qul Sebelum Tidur | Alah bisa tegal biasa.Kalau dah selalu buat insyallah akan akan terbiasa.Banyak kelebihan kita mengamalkan membaca surah 3 qul ini sebelum tidur.

Pernah cakap kat Naura dan Fiyah, sebelum tidur pastikan baca doa tidur, surah 3 qul dan juga Ayat Kursi.Umi bukan ibu yang perfect, tapi cuba nak diorang jadi yang terbaik. Walaupun kadang buat, kadang tak,tapi bila umi lupa diorang tolong ingatkan.

Kelebihan amalkan surah 3 Qul sebelum tidur, bukan sahaja umpama kita membaca senaskah al-quran malah banyak fadhilatnya.Surah ni pun antara surah-surah yang mudah sangat kita nak hafal.

SURAH 3 QUL

Surah 3 Qul terdiri daripada surah Al-Ikhlas, surah Al-Falaq dan surah An-Naas. Kini kita sedang menyambut ramadhan, dan ketika mengerjakan solat sunat witir, kita akan membaca ketiga-tiga surah ini serentak pada rakaat terakhir.

KELEBIHAN MEMBACA SUAH 3 QUL

  • Menolak gangguan jin
  • Menolak gangguan syaitan
  • Menghindarkan dari terkena sihit
  • Menghindarkan penyakit was-was
  • Menghindar dari segala kejahatan
  • Menghindar dari perkara-perkara buruk

CARA MEMBACA SURAH 3 QUL INI SEBELUM TIDUR

  1. Seeloknya sebelum tidur, berwuduk terlebih dahulu.Kemudian bersedia sambil duduk di tempat tidur dan baca doa tidur terlebih dahulu.
  2. Baca surah 3 qul bermula dengan surah A-ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas sehingga akhir ayat ke semua surah sambil menadah tangan.
  3. Selesai membaca 3 surah itu, hembus ke tapak tangan dan sapu muka serta ke seluruh badan, tangan dan kaki,
  4. Selepas itu, berbaringlah.Pada waktu ini kita boleh membaca surah-surah lain seperti surah Al-Fatihah, kerana ia juga elok diamalkan ketika mahu tidur berserta dengan ayat kursi.

 

TERJEMAHAN 3 QUL

Terjemahan Surah Al-Ikhlas

Katakanlah: Dia Allah Yang Maha Esa (1) Allah Adalah Tuhan Yang Bergantung Kepadanya Segala Sesuatu  (2) Dia Tidak Beranak dan Tidak Diperanakkan (3) Dan Tidak Ada Seorangpun Yang Setara Dengan Dia (4)

Terjemahan Surah Al-Falaq

Katakanlah: Aku Berlindung Kepada Tuhan Yang Menguasai Subuh (1) Daripada Kejahatan MakhlukNya (2) Dan Daripada Kejahatan Malam Apabila Telah Gelap Gelita (3) Dan Daripada Kejahatan Wanita-Wanita Tukang Sihir Yang Menghembus Pada Buhul-Buhul (4) Dan Daripada Kejahatan Orang Yang Dengki Apabila Dia Dengki (5)

Terjemahan Surah An-Naas

Katakanlah: Aku Berlidung Kepada Tuhan Manusia (1) Raja Manusia (2) Sembahan Manusia (3) Daripada Kejahatan (Bisikan Syaitan) Yang Apabila Bersembunyi (4) Yang Membisikkan (Kejahatan) Ke Dalam Dada Manusia (5) Daripada Jin dan Manusia (6)

Sumber :Sini, Sini 

Insyallah akan terus ajak anak-anak amalkan surah-surah ni sebab banyak sangat Kelebihan Amalkan Surah 3 Qul Sebelum Tidur.

 

Loading

2 Comments

  1. Macam mya selalu amalkan ayat kursi dan doa tidur supaya tidak gelisah sebelum tidur lebih2 lagi kalau tidur terlalu lewat.

  2. Terima kasih berkongsi …
    Memang amalkan 3 qul ni sebelum nak tidur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *