Dah lama teringin nak makan kek dari mamasab Bakery ni.Jadi hari tu adik datang ke rumah dan babah order Kek Sedap Dari Mamasab Bakery.
Mesti korang pernah dengar pasal Kek Sedap dari Mamasab bakery ni kan.Seriously umi pernah la dengar, tapi takde tahap nak beli pun.Tapi entah macam mana, satu hari babah ada bagitau umi, esok ada orang nak delivery kek kat office tau!
umi pun WHAT??? kek? kek apa?? Untuk Sape? banyak betul question mark kat muka umi sambil pandang babah.And of courselah kan, babah kalau bab nak order ni, selalunya di tangan umi je pilihannya.
Tak sangka pulak babah berminat untuk beli kek sebiji tu.Ceritanya masa babah scroll fb, dia ternampak la orang post pasal kek mamasab ni.Nampak kek² yang dipamerkan memang superb nampak cantik.So umi pun bagitau kat babah, gambar cantik tak semestinya sedap..ooopsssss….
So, tanpa pengetahuan umi babah dah pun order dari agent Mamasab Bakery di Pasir Gudang ni.So, umi just tunggu agent tu hantar di office jelah.Untuk korang yang nak order kek mamasab bakery ni boleh lihat mamasab bakery outlet di website mereka.
Bukak kotak je dah bau semerbak choclate..Belum lagi rasa..
patutlah kan ramai yang dok beli dan repeat kek dari Mamasab Bakery ni.Rupanya kek ni memang sedap.Cukup rasa dan tak kedekut segala bahan di dalamnya.
Babah rasa sekali je, risau kang kena kerat kaki pulak..hahaha..Korang faham-faham ler kalau dah namanya kek, tak manis tu bukan kek kan?
So, dapat rasa pun jadilah.Yang tukang perabih of courselah anak dara sorang tu.Dok buka tutup peti ais umi dia selagi tak habis kek tu tau.
Oh ya, korang yang nak order senang je.Just cari agent sah mamasab bakery di area tempat rumah korang, boleh pilih samada korang nak kombo jimat atau tak.Harga pun not bad.Kira oklah kan kalau nak dikira dengan sedapnya kek ni.
Korang tau ke tentang MaMasab ni.Mamasab ni bukan sahaja menjual kek, malah ada juga jual Sos Perab Mamasab dan juga Kambing Perap Mamasab.Jom umi cerita sedikit tentang latar belakang Mamasab ni.
Â
SERBA SEDIKIT TENTANG MAMASAB BAKERY
MAMASAB By Sabrina Bakery, kepakaran kami adalah membantu menyediakan cake, dessert & cookies yang paling bersih, paling suci, paling segar dan halal serta boleh ditempah segera tanpa perlu pre-order.
Mamasab telah bermula daripada tahun 2014 melalui home based sahaja, dan Alhamdulillah Mamasab kini telah mengorak langkah ke hadapan dan mempunyai 6 cawangan seluruh Malaysia. Iaitu di Petaling Jaya HQ, Cyberjaya, Kuantan, Shah Alam, Jalan Ipoh dan Johor Bharu. Akan datang banyak lagi cawangan akan dibuka untuk memperluaskan lagi jenama MAMASAB By Sabrina Bakery.
Nak tengok segala Kombo dan cara korang nak order boleh tengok di website Mamasab dibawah ni ye.
so, korang yang nak mencuba kek dari mamasab bakery ni bolehlah order melalui ejen-ejen mahupun terus ke website mereka.
Kalau terlebih rajin boleh cuba 10 resepi kek mudah yang sedap ni.Itu kalau korang rajinlah kan.Kalau tak rajin order je terus.
Oh ya, kalau korang nak cari pendapatan sampingan boleh lah try untuk menjadi ejen mamasab bakery ni. Terus ke website mamasab ni untuk mengetahui cara menjadi ejen dan dropship.Manalah taukan rezeki korang kat situ.
sedapppnyaaa..terliur rabia tengokkk ni
sekarang memang tengah femes kan mamasab ni
pernah gak rasa masa kat shah alam..adik ipar beli dari ejen dia…suka dia punya nutella cheese tart