Kejutan Untuk Mak di Sampan Seafood & Shellout JB Style

Kejutan Untuk Mak di Sampan Seafood & Shellout JB Style.Lama dah plan untuk kejutan hari jadi mak, tapi disebabkan ada masalah, jadi kejutan tu berlaku sehari selepas hari jadi mak.

Actually kejutan ni dari adik yang bekerja Singapura tu.Dia yang beria-ia nak suprisekan mak dan semua itu diatur oleh kakak dia ni hah.Umi memilih Restorang Sampan Seafood & Style Shellout JB Style yang terletak di Eko perniagaan Kota Masai.

Adik umi ni kerja di Singapura dan hampir 2 tahun lebih jugak dia tak jumpa dengan mak.Bila border untuk merentas negara diumumkan tu yang dia balik ke sini.Syukur semuanya selamat dan dipermudahkan.

Masa mula-mula tu umi bagitau dia yang umi nak belanja dia dekat kedai makan.Mulanya dia tolak jugak, tapi dah didesak oleh adik beradik yang lain, jadi ikut jugaklah dia.

Walaupun ramai adik beradik yang tak dapat berkumpul, sebahagian pun sudah memadai untuk meraikan makan malam hari tu.

Korang boleh tengok reels ig kat bawah ni macam mana reaksi mak lepas nampak adik umi datang untuk jumpa dengan dia.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Siti Rohaida Yusof (@sitirohaida_yusof)

Terkejut dia bila nampak si adik umi ni.Actually dia memang tau pun adik akan balik bulan ni, tapi tak tau bila tarikh dia akan balik.Tu yang dia terkejut tu.

Adik lelaki no 4 dari 10 orang adik beradik.Thanks belanja kami ye

Ok dah…korang fahamlah kan bila nampak reels tu.Jom kita tengok pulak hidangan yang umi pilih untuk hari tu.Actually ikut plan umi nak makan dekat Nora seafood tu memandangkan mak tu dia tak minat sangat shellout atau western.Tapi adik kata biarlah lain dari yang lain sikit kan.Jadi tu yang umi pilih restoran Sampan Seafood & Shellout JB Style ni.

Untuk Makan malam tu umi ambil pakej untuk  6 orang dah tambahan menu-menu lain dan pakej tu mengandungi

  • 1x signature sampan seafood and shell out
  • 1x ikan siakap 3 rasa
  • 1x sotong goreng tepung
  • 1x udang buttermilk
  • 1x tomyam ayam
  • 1x sayur capcai
  • 1x telur dadar 
  • 6x nasi putih

umi add on 4 nasi, sotong goreng tepung, tomyam dan sayur capcai dan 2 tower drink teh o limau

Kami sampai je memang dah terhidang menu yang kami order.Sedikit sejuk sebab dah lama dihidangkan kan?Tapi takpelah..hahah..

Kejutan Untuk Mak di Sampan Seafood & Shellout JB Style

Inilah antara menu yang belum ditambah lagi menu lain.Nasi pulak, bila kita dah sampai baru diorang serve.Oklah nasi panas-panas.

Sedulang Shell out untuk dimakan.Itu pun tak habis oii..nasib baik kami tak add on shell out ni.Kalau tak, memang makan seafood jelah esoknya pulak..hahaha

Kejutan Untuk Mak di Sampan Seafood & Shellout JB Style

Closed up sikit menu dari atas.Kupang bersepah-sepah tu hah..larat tak larat jelah ko nak makan uii.

Kejutan Untuk Mak di Sampan Seafood & Shellout JB Style

Dan ini antara menu lain la selain shell out.

Masa ni meja helok lagi sebab tak ramai lagi adik beradik yang sampai.Sebab umi dan dua orang adik je yang sampai dulu.Masa tu pun dah padat dengan orang.

Kejutan Untuk Mak di Sampan Seafood & Shellout JB Style

Ni antara adik-adik yang sempat datang malam tu.Ada yang tak boleh nak datang sebab ada kerja lain dan sebagainya.Umi paling suka kalau kami adik beradik berkumpul kat rumah je sebenarnya.Lagi puas hati sebab keluarga kami ni besar. Bila dah berkumpul, dengan anak-anak yang masih kecil lagi, lebih suka makan-makan dirumah.

Tapi ni disebabkan adik pun tak dapat nak cuti lama, dia pun ada family yang perlu diurus setelah lama ditinggalkan, jadi kami pun ikut jelah.Kesian kat dia sebab dah lama tak jumpa dengan mak kan?

Alhamdulillah, settle makan, kami tak tunggu lama pun sebab padat dengan orang kan.Risau juga anak-anak dok nak berlari sana-sini.Biasalah budak-budak ni bukan jenis reti diam pun.

So, dah makan kenyang, jom kita tengok apa yang best dan tak best makan kat sini.

Ni pandangan dari umi ye.Mungkin berbeza dengan pendapat orang lain.Makanan semua sedap.Alhamdulillah.Cuma umi tak berapa nak agreed dengan susunan meja yang terlalu rapat sampaikan tiada penjarakan sosial jelah.Kalau takde pendemik pun umi still tak puas hati dengan susunan meja tu.Bila guna menja yang panjang,kerusi kita dengan kerusi orang tu berlaga.Bila nak keluar pun agak susah dan rasa sempit.Mybe pihak Sampan Shell out kena kaji semula kot cara susunan meja supaya orang boleh makan dengan tenang.

Dari segi makanan so far ok je bagi umi.Cuma bila dah sediakan shell out dengan 6-7 pax ni better bahagikan kepada dua bahagian supaya taklah dulang besar tu makan ruang terlalu besar untuk kami yang ramai.

Oh ya, restoran Sampan Shellout ni jugak ada menyediakan tempahan hari jadi.Dan bila orang tersayang buat suprise, tetiba jelah terdengar lagu yang agak kuatlah pada umi sampai ada yang bawa anak-anak kecik tu terkejut tau.hahaha.

Bukan kata anak-anak, kita yang dah tua pun rasa terkejut.Jadi muzik yang terlalu kuat tu rasa menganggu mereka-mereka yang sedang makan.Hah..gitulah yang umi nampak.

Kat situ pun ada live band tau.Kotlah korang nak layan live band tu boleh duduk diluar.Kalau kat dalam tak nampak ler.Itulah cerita tentang Kejutan Untuk Mak di Sampan Seafood & Shellout JB Style minggu lepas.Resotran ni terletak di deretan Ku Vancha dan Tera thai.Mudah sangat nak jumpa kalau korang waze

Jadi korang yang belum try makan kat situ cubalah ye.Umi ada berikan details social media diorang kat bawah ni.

INSTAGRAM | FACEBOOK

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *