KEISTIMEWAAN ORANG BERSEDEKAH

KEISTIMEWAAN ORANG BERSEDEKAH | Sedekah tidak membuatkan kita miskin.Makin kita rajin bersedekah maka semakin banyak lagi rezeki yang kita perolehi

Meh share sikit tentang keistimewaan bersedekah.Bersedekah tu tak kira la dari segi ape pun,baik wang,barang-barangan.Yang penting,Senyuman itu pun satu sedekah tau.Tapi yang penting kena lah ikhlas.
 
Lepas tu tak payah nak kabau kan satu tanah melayu nie yang korang pi sedekah..Tu dah keluar dari landasan bersedekah.Tu nak amik nama jerk.Sebab tu korang kena baca keistimewaan orang bersedekah ni.
 

MAKSUD SEDEKAH DALAM ISLAM

 

Sedekah secara amnya adalah pemberian oleh seseorang kepada orang lain bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.

Pemberian ini biasanya akan diberi kepada mereka yang memerlukan bantuan seperti golongan fakir miskin atau juga kepada pembinaan masjid dan tahfiz.

Ini pula adalah antara dalil pensyariatan sedekah dalam Islam yang boleh dilihat dalam Al-Quran:

Firman Allah SWT:

إِن تُبْدُوا الصَّدَقَاتِ فَنِعِمَّا هِيَ ۖ وَإِن تُخْفُوهَا وَتُؤْتُوهَا الْفُقَرَاءَ فَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ ۚ وَيُكَفِّرُ عَنكُم مِّن سَيِّئَاتِكُمْ ۗ وَاللَّـهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ

Yang bermaksud: “Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan.” (Surah al-Baqarah: 271)

baca juga : Cara Solat Dhuha Lengkap Dengan Doa

Firman Allah SWT:

إِنَّ الْمُصَّدِّقِينَ وَالْمُصَّدِّقَاتِ وَأَقْرَضُوا اللَّهَ قَرْضاً حَسَناً يُضَاعَفُ لَهُمْ وَلَهُمْ أَجْرٌ كَرِيمٌ

Yang bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.” (Surah al-Hadid: 18)

Bersedekah adalah amalan yang sangat mulia dan harus dilakukan oleh semua umat Islam.

10 KEISTIMEWAAN BERSEDEKAH

 

Sabda Nabi Muhammad Saw yang bermaksud :’

Janganlah kamu meremehkan kebaikan apapun walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis( gembira dan senyuman)

  1. Menghapuskan Dosa 

Kelebihan sedekah yang pertama adalah ia boleh menghapuskan dosa dan kesalahan anda yang lepas. Tetapi anda perlulah bertaubat agar tidak melakukan perkara itu lagi.

Perkara ini boleh dilihat di mana Rasulullah S.A.W bersabda:

“Sedekah itu dapat menghapus dosa sebagaimana air itu memadamkan api”

Hadis Riwayat at-Tirmidzi

  1. Mendapat Pahala

Selain dari menghapuskan dosa anda, bersedekah dengan ikhlas juga akan memberi anda ganjaran pahala. Setiap amalan baik akan diberi ganjaran oleh Allah SWT.

Ini boleh dilihat di dalam Al-Quran di mana Allah berfirman:

“Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka, kecuali dari bisikan-bisikan orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah, atau berbuat kebaikan atau mengadakan perdamaian di antara manusia. Dan barangsiapa yang berbuat demikian kerana mencari keredaan Allah, maka kami akan memberinya pahala yang besar.”

(Surah an-Nisa:114)

  1. Rezeki Akan Bertambah

Rezeki anda juga akan bertambah dengan banyak jika anda bersedekah. Amalan ini akan membuka pintu rezeki ajik kerana anda berkongsi rezeki dengan orang yang memerlukan.

Ini boleh dilihat di mana Rasulullah S.A.W bersabda:

“Tidak akan berkurang rezeki orang yang bersedekah, kecuali bertambah, bertambah dan bertambah.”

  1. Mendekatkan Diri Kepada Allah SWT

Kita juga akan dapat memperkuatkan iman kita dan dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT jika kita selalu bersedekah kepada mereka yang memerlukan.

Ini kerana kita berkongsi rezeki yang kita memperolehi dan menggunakan kelebihan ini untuk membantu orang lain. 

Ini boleh mendekatkan diri kita dengan Allah kerana Allah menyayangi mereka yang suka menolong antara satu sama lain.

  1. Dapat Memadamkan Kepanasan Alam Kubur

Kelebihan bersedekah seterusnya adalah dapat memadamkan kepanasan alam kubur melalui amalan mulia ini.

Ramai tidak tahu tentang kelebihan ini yang anda boleh menikmati jika anda bersedekah.

Ia boleh dilihat di dalam hadis di mana Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya sedekah itu benar-benar akan dapat memadamkan panasnya alam kubur bagi penghuninya, dan orang mukmin akan bernaung dibawah bayang-bayang sedekahnya.”

Hadis Riwayat at-Thabrani

  1. Mendapat Naungan Pada Hari Akhirat

Salah satu perkara yang kita mesti melakukan semasa bersedekah adalah kita mesti mempunyai niat yang ikhlas dan tidak bertujuan untuk menunjuk-nunjuk.

Ini boleh memberi anda ganjaran di hari akhirat di mana Allah akan memberi naungan kepada anda. Ini boleh dilihat di dalam sebuah hadis:

“Seorang yang bersedekah dengan tangan kanannya, maka ia menyembunyikan amalnya itu sampai tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya.”

Hadis Riwayat Bukhari

  1. Umur Dipanjangkan

Selain itu, amalan ini juga boleh memanjangkan umur anda. Kelebihan ini menunjukkan keindahan dan kebaikan yang anda akan dapat jika anda selalu bersedekah. 

Perkara ini boleh dilihat di dalam hadis di mana Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya sedekahnya orang muslim itu dapat menambah umurnya, dapat mencegah kematian yang buruk, Allah akan menghilangkan darinya sifat sombong, kefakiran dan sifat bangga pada diri sendiri.”

Hadis Riwayat Thabrani

  1. Menjauhkan Diri Dari Sifat Kedekut

Amalan bersedekah juga boleh menjauhkan diri anda dari mempunyai sifat kedekut. Ini kerana amalan ini mengajar anda untuk selalu berkongsi rezeki anda.

Bersedekah bukan sahaja dilakukan dengan duit sahaja, daging korban juga boleh disedekahkan kepada golongan fakir miskin.

Ibadah korban mengajar kita untuk selalu berterima kasih dan bersyukur tentang kehidupan kita. 

Dengan bersedekah, kita belajar untuk tidak kedekut dan selalu menolong mereka yang memerlukan bantuan.

  1. Memberi Ketenangan Kepada Hati Anda

Melalui bersedekah, kita juga akan berasa tenang dan bahagia kerana kita dapat membantu mereka yang memerlukan.

Ini juga boleh memberi kebahagiaan kepada kita dan boleh mencuci hati kita. Kita tahu bahawa jika kita bersedekah, duit itu akan digunakan untuk tujuan yang bagus dan bermanfaat.

Oleh itu, kita akan berasa tenang dan berpuas hati kerana dapat menggukanan harta kita ke jalan yang benar.

  1. Lindungi Kita Dari Bahaya

Kelebihan bersedekah yang terakhir dalam artikel ini adalah amalan bersedekah mampu melindungi kita dari kejahatan dan musibah.

Ini boleh dilihat di mana Rasulullah SAW bersabda:

“Bersegeralah untuk bersedekah. Kerana musibah dan bencana tidak bisa mendahului sedekah.”

Banyak keistimewaan orang bersedekah ni, jadi tak salah kita nak sedekah walau tak banyak mana pun.

 
 

5 thoughts on “KEISTIMEWAAN ORANG BERSEDEKAH

  1. teringat kata pepatah.. tgn yg memberi lbh baik dr menerima.. bersedekah ni terlalu besar gnjarannya.. tp harusnya ikhlas.. 🙂

    plg xmenahan org besedekah phtu kabo 1 dunia.. hihi

  2. salam jumaat. memang banyak sangat manfaat bagi orang yang memberi sedekah. pastikan hati itu ikhlas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *