KEDAI EMAS JOHOR KUALITI TINGGI DI RICHVALET

KEDAI EMAS MURAH JOHOR KUALITI TINGGI DI RICHVALET | Nak tau kat mana,mestilah kedai emas murah di Johor Bahru yang terpaling pemes.Wanita dan emas memang tak boleh dipisahkan lah kan.Emas kan dambaan wanita.Tak cantik takpe, janji ada emas.

Cantik tu tak bawak kemana pun kan, tapi kalau ada emas menggunung, nak keliling dunia pun boleh.Yelah, emas kan salah satu aset simpanan yang bagus.Dari kita beli beg beribu-ribu tapi takde simpanan, siapa yang rugi kita jugak kan?

Mak umi pernah cakap tau, biarlah kita beli emas tu walau sekecil-kecil mana pun.Sebab dikala kita susah, emas tulah yang boleh tolong kita.Sebab tu pentingnya simpan emas ni.Kita boleh gunakan ia diwaktu kecemasan.Kalau cash, memang sekejap jelah wei simpannya.

Bercerita pasal emas ni kan, korang kalau nak beli emas, pastikan beli di kedai yang dipercayai, jangan main beli dengan orang ketiga pulak.Kang tak pasal-pasal korang kena tipu.

Sebelum umi cerita dengan lebih lanjut, meh umi share sikit cara kenal emas palsu untuk pengetahuan korang.

KEDAI EMAS MURAH JOHOR BAHRU

 

CARA KESAN EMAS PALSU

1.Pakai barang kemas tersebut sekurang-kurangnya satu hari,Jika kita mengesan sebarang tanda pada kulit kita,ataupun perubahan warna pada emas tersebut,makanya kita tau emas tu palsu.

2.Cocok jarum dengan lembut pada emas tersebut,jika jarum tersebut tidak patah,maka emas anda mungkin tulen kerana bersifat lembut.

3.Letakkan barang kemas anda hampir kepada magnet,emas yang tulen tidak mempunyai sebarang sifat magnetic,tips ni sesuailah untuk korang yang ada emas besar,tebal seperti jongkong emas atau jika rasa barang kemas tersebut seperti melekat kepada magnet,maka ia adalah palsu.Itu yang aku nampak pada rantai aku masa kat bank hari tu.

4.Jika barang kemas berupa rantai atau gelang yang boleh diputar,putar dengan lembut dan perlahan.Ia seakan boleh diputar tetapi jangan gunakan tenaga yang banyak kerana ia boleh putus.Cuma rasakan sahaja,ia keras atau lembut(tidak berkesan kepada emas 14 karat ke bawah)

5. Tengok pada cangkuk atau penyambung emas,kebiasaannya setiap emas akan ditanda dengan kualitinya seperti 916,917 atau apa sahaja

Hari tu umi pergi ke satu kedai emas ni, sajalah kan nak tengok-tengok mana tau boleh sangkut satu dua.Kedai emas murah Johor Bahru ni kan terletak di Bandar Baru Uda tau.Kedai emas ni antara Top kedai emas famous di Johor Bahru.

RICHVALET PAKAR EMAS DAMBAAN WANITA

KEDAI EMAS MURAH JOHOR BAHRU

 

Richvalet ni terletak di Jalan Padi 2 Bandar Baru Uda.Jalan Padi 2 ye, bukan Jalan Padi Emas.Jangan salah mencari macam umi ni.Hah inilah dia kedai emas murah johor kualiti tinggi di Richvalet ni.

Kalau tengok kedai ni dari luar biasa-biasa kan, tapi kalau korang masuk dalam kedai emas Richvalet ni, mesti korang tertarik.Pink gitu..Dah ler umi and the gang peminat warna pink, kemain lama kitorang kat dalam tu.

KEDAI EMAS JOHOR BAHRU

 

Walaupun nampak kedai ni tersorok sikit, tapi yang datang membeli secara walk in dan Online bukan kaleng-kaleng ye.Kalau tengok diorang secara live, bukan main lagi pelanggan  lock emas murah secara online.Dan kalau korang nak tahu Richvalet ni antara kedai emas online trusted yang boleh korang percayai.Mestilah, sebab Richvalet kan pakar emas dambaan wanita.

Kalau tak, takdelah orang berduyun-duyun dok menonton live diorang setiap hari.Sampai umi pun rasa tersampuk tau join live diorang.

Tapi hari tu, dah alang-alang ke Bandar Baru Uda, jadi umi singgahlah kedai emas murah Johor Richvalet ni.Yelah nak tengok jugak dengan mata sendiri, boleh belek-belek sekali design emas cantik dan terkini.Nak ke kedai emas ni tak boleh pergi sorang-sorang, mesti kena bawak teman.Kalau tak berdua, berlima pun jadilah macam umi.

Mak-mak nak jugak ber ME TIME. Dapat cuci mata tengok emas pun jadilah kan.Mula-mula cuci mata dulu, lama-lama cuci poket.

Umi dok berkenan kat Rantai tulang belut boba tu.Tapi tulah, kena menabung sikit lagi baru dapat kot.Takpe, usaha tangga kejayaan korang.Doakan umi dapat beli rantai tu ye.

KEDAI EMAS MURAH JOHOR KUALITI TINGGI DI RICHVALET

 

Sesekali umi melaram ye dak, apa salahnya.Yang si Suzie pulak dah terberkenan dengan Set love tu.Memang kena dengan dia yang memakainya

KEDAI EMAS MURAH JOHOR KUALITI TINGGI DI RICHVALET

 

Umi pun doakan dia dapat memiliki set idaman dia tu nanti.Memang cantik bila dia pakai.Cincin tu jangan risau, korang boleh je nak tempah untuk size korang.

Kalau korang sedang mencari kedai emas murah kualiti tinggi ataupun Kedai emas 916 online TRUSTED, datanglah ke Kedai emas murah Johor Richvalet ni.Confirm korang puas hati.

Eh, umi sempat lagi tau snap gambar-gambar barang kemas kat sini.Sebab nanti senanglah nak pilih dan buat kira-kira kat rumah.Dah cukup kita terus lock.Gitu…

 

 

 

Oh ya, sempena Hari Kemerdekaan ni mereka ada buat promosi Akak Kilau Sale yang menarik tau.Rugi kalau korang tak join sebab harga bermula dari RM262 sahaja tau.Dan harga trade in emas tertinggi RM228.Apa lagi yang korang akan dapat?

kedai emas murah richvalet

-Diskaun sehingga RM 8/g bagi pemegang Kad Ahli RICHVALET
– Diskaun 60% bagi cincin Permata 916 dan Cincin Lelaki 925 ?
– PERCUMA LUXURY BASIC TOTE BAG RICHVALET bagi pembelian atas RM 1888
– PERCUMA EMAS 916 bagi pembelian diatas RM 2888 ?
– PERCUMA CUCI EMAS

So, apa lagi korang, cepat-cepat lah terjah kedai emas murah johor kualiti tinggi di Richvalet Bandar Baru Uda

Kedai Emas Richvalet
No 64, Jalan Padi 2, Bandar Baru Uda, Johor Bahru

Buka setiap hari
10 pagi – 7 malam

Facebook: https://www.facebook.com/richvalet.co/
Instagram: https://www.instagram.com/richvalet/
Tiktok: https://www.tiktok.com/@richvalet
Telegram rasmi: https://t.me/RICHVALET

 

Loading

1 Comment

  1. Mata juling tengok emas oii.. dari nak cuci mata, cuci poket terus kang hahahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *