KEDAI EMAS MIRAGOLD BERI HARGA TRADE IN YANG TINGGI

KEDAI EMAS MIRAGOLD BERI HARGA TRADE IN YANG TINGGI | Kedai emas viral dengan pelbagai jenis emas terkini mampu menarik minat sesiapa sahaja yang melihatnya.

Miragold

Kalau tak kuat iman tu, jangan berani-beraninya masuk kedai emas miragold ni.Bukan masuk kedai je, tapi kalau korang tengok secara live di Social media Miragold ni, confirm korang akan tersangkut.

Nak-nak dengan staff yang ramah tamah bukan sahaja di depan, malah di dalam live jugak.Umi rajinlah jugakkan layan live diorang ni.Nak-nak bila ada budget untuk beli sesuatu kat sini.Umi mesti survey dahulu harga dan juga design dari kedai emas Miragold ni.

Setakat ni, umi dah beberapa kali jugaklah kan beli emas kat sini.Kadang tu emas lama umi, umi trade in je.Nak tau kenapa umi suka Trade in dekat kedai ni.Setakat ni, Kedai emas miragold beri harga trade in yang tinggi berbanding kedai emas yang lain.

Masa datang tu taklah ramai orang, jadi sempatlah umi cuba design emas terkini diorang ni dari yang murah sampailah yang mahal.Yelah,kedai emas Miragold ni menyediakan pelbagai design baru dan pekerja yang sangat mesra.Seronok tau dilayan macam tu .Nak cuba yang mana cakap je, harga boleh bincang.Yelah, kita berangan dulu kan, mana tau lepas ni jadi kenyataan, Bak kata Nora yang melayan umi masa umi datang hari tu.

KEDAI EMAS MIRAGOLD
DOAKAN UMI DAPAT BELI EMAS YANG PADAT DAN BESAR MACAM NI SUATU HARI NANTI

Lagi satu umi terberkenan dekat bangle pontianak tu.Memang sangat lawa dan design tu tinggal satu je.Nasib baik sebelum raya hari tu umi dah beli gelang.Jadi takdelah rezeki umi nak beli bangle tu.

Tapi takpe, mana taukan ada rezeki lagi nanti.Kita kasi kumpul dulu tabung ayam tu.Penuh nanti boleh la kita melabur kat sini.

KEDAI EMAS MIRAGOLD

Kenapa dipanggil bangle pontianak? Pelik kan? Ni lah nama gelang emas popular kat sini.korang tanyalah staff kat sini..haahhah…Cantik kan? uih berkenan betullah umi.

Belum tengok lagi design yang lain tau.Meh ler umi tunjuk 2,3 jenis lagi.Nak tengok boleh tengok kat fb umi eh.

KEDAI EMAS MIRAGOLD BERI HARGA TRADE IN YANG TINGGI

KEDAI EMAS MIRAGOLD BERI HARGA TRADE IN YANG TINGGI

Paling umi suka design bukan sahaja emas malah kedai emas Miragold ni.Warna tifany blue yang menjadi warna pilihan founder Miragold ni sangat-sangat cantik.Bila melangkah masuk ke kedai emas ni pun korang rasa happy sebab mungkin aura keselesaan dan ruang yang ada di dalam kedai ni.

KEDAI EMAS MIRAGOLD BERI HARGA TRADE IN YANG TINGGI
bahagian atas kedai emas miragold
KEDAI EMAS MIRAGOLD BERI HARGA TRADE IN YANG TINGGI
bahagian bawah kedai emas miragold

Of course setiap kedai emas ada kelebihannya.Dan disini umi nak begitahu kelebihan kedai Emas Miragold yang pasti korang akan datang setelah membacanya

KELEBIHAN KEDAI EMAS MIRAGOLD

  • Emas tanpa upah
  • Trade in tertinggi setiap masa
  • Pelbagai Design terbaru
  • Pekerja yang sangat mesra
  • Suasana kedai yang cantik dan selesa
  • Mempunyai sistem yang teratur.Menggunakan sistem nombor supaya pelanggan tidak perlu menunggu lama
  • Memiliki tukang emas yang profesional
  • Menyediakan servis ukiran nama
  • Pelangan yang memiliki kad keahlian akan mendapat harga istimewa
  • Untuk pelanggan yang memiliki kad keahlian, apabila mencapai 25,000 point, pelanggan boleh menebus Gold Bar secara percuma
  • Pelbagai hadiah percuma yang diberikan kepada pelanggan

Umi suka konsep yang staff sini ada bagitahu umi.Kalau kita ada duit sikit, kita beli charm ni mengikut bajet yang kita ada.Lepas tu kita masukkan dekat tali khas yang diorang sendiri ada jual untuk pelanggan mereka.

Baguskan idea ni.Jadi umi dah pun ada beberapa charm dan mungkin selepas ni umi akan tambah dan tambah mengikut bajet yang umi ada.Kita kenalah tahu cara buat simpanan emas supaya emas tu boleh tolong kita satu hari nanti.

Banyak tau kepentingan simpan emas ni kalau kita nak tau.Bukan sekadar melaram je, ia boleh dijadikan satu pelaburan.Rugi kalau duit mengalir tanpa simpanan macam ni.

Jadi, hasil dari teracun dek staff Nora tu, maka bawaklah balik seketul cincin emas dan dua pasang subang untuk anak-anak dara umi tu.Syukur alhamdulillah atas rezeki yang diberikan

Korang yang nak skodeng kedai emas ni, boleh la datang ke kedai Emas Miragold yang terletak di Kota Masai ni.Ingat emas ingat Miragold.Pakar emas idaman wanita.hah gitu

Kedai Emas Miragold
No 17A, Jln Ekoperniagaan 7,
Taman Kota Masai,
81700 Pasir Gudang, Johor
Contact : 07-255 3855

Di buka setiap hari
dari jam 10pagi hingga 9 malam

Social Media Kedai Emas Miragold

Telegram | Facebook | Instagram | Tiktok | Website

 

Loading

5 Comments

  1. Ingat emas, ingat Miragold.. bukan Marigold yaa hahahaha

  2. Pergi kedai emas ni, memang rasa nak beli semua. Cuma duit saya aje yang tak cukup hahaah!

  3. rasukan emas ni bahaya ek. bila tak dapat tu terkenang-kenang. mujur dah di pinang…kikikiki


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *