kisahsidairy.com motherhood nur awfiyah parenting blogger

Kasut Pertama Nur awfiyah

Assalamualaikum
Salam Ramadhan ke 9..Alhamdulillah..sudah menjengah hari ke 9 kita berpuasa..Syukur masih diberikan kesempatan untuk merasai nikmat ramadhan.
Satu keajaiban bila seorang ibu yang mengandung,tidak langsung merasai kepayahan berpuasa..Allah itu maha besar..Memberikan kenikmatan dan kelebihan kepada wanita yang mengandung..Memang tak terasa lapar pun sepanjang berpuasa.Cuma mak aku selalu ingatkan,jangan terlalu memaksa untuk berpuasa.Kalau rasa tak boleh jangan teruskan,takut effect ape-ape kat baby.
Oh ya!! lama betulkan aku tak bercerita pasal anakanda sorang ni.Alhamdulillah,semakin mudah menjaga dia.Tidak terlalu memberi tekanan kepada ummi dia.Cuma bila pi Hospital aku memang tak bawak dia.Lebih suka letakkan dia pada SIL.Kesian pulak dia kalau terpaksa menunggu ummi dia check up.
Sekarang ni dah dapat kaki a.k.a dah pandai berjalan.Kalau dulu jalan-jalan jatuh,sekarang dah semakin aktif berjalan.Dah pandai bangun sendiri kalau dia jatuh pun.
So bila dah pandai berjalan,kenalah ummi carikan kasut untuk dia.Ingatkan nak cari kasut biasa je,Tapi babah request suruh beli yang bunyi-bunyi tu.
Masa temankan babah cari baju raya minggu lepas,sempatlah cari kasut untuk dia.Ummi dia memang tak lari dari warna pebret..Of courselah pink kan.
Antara pilihan ummi..emmmm…agak-agak mana satu pilihan ummi..
Dah survey kat lain,tapi berkenan kat dua-dua ni..Cuma aku prefer yang polkadot tu..
Dan inilah pilihan ummi,cuma beli terbesar sikit,memandangkan Nur awfiyah tak ikut..jadi tak boleh nak ukur kaki dia
Bila balik,dan pakaikan dia,terbesar sikit..Sepatutnya ummi kena pilih size 3..Nak tukar memang tak boleh la sebab resit pun hilang entah ke mana.
Tapi boleh la lagi..Harga pun tak mahal sangat..RM29.90..Nanti nak beli lagi untuk dia..Nak beli yang biasa-biasa je..Tak payah ada bunyi-bunyi.
Raya ni boleh la ikut pi beraya jugak.Tinggal nak beli baju kurung untuk dia sehelai..alahai anak,ummi pulak tak sabar nak raya..Tahun lepas memang tak boleh nak bawa berjalan,masih kecil lagi.Lagi masa tu dia kuat meragam..

About Author

Blog about parenting, tips parenting, deco, homeschooling activities, travel and beauty.Welcome to kisahsidairy blog

(0) Comments

  1. ala comelnya..teringat Aisyah masa umur macam awfiyah pakai kasut comel macam ni..tapi bila dah besar, dia tak suka dah,,pakai selipar jepun di pagi raya..sob sob

  2. Comelya kasut awfi hehe … tahun ni awfi kena banyak jenjalan raya tau sebab ummi dah beli kasut ni hehe

  3. ololo…comel jer kasut tu…

    Kak Gojes nak ajak korang join GA ni…manalah tau menang duit raya…
    MENANGI DUIT RAYA BERJUMLAH RM3100 SEKARANG!!!

  4. Alhamdulillah Eda sihat boleh berpuasa

    Raya tahun ini walau sarat bawa perut tapi meriah Eda sebab ada anak dara comel jadi peneman. Kakak dpt banyankan Awfiah jalan pakai kasut yg bunyi-bunyi tu. Longgar sikit tapi mungkin Aidil-Adha dah boleh pakai..

  5. Comeinya kasut dia. Kalau baby girl..macam macam fesyen boleh beli.

    Semoga Aida dan kandungan juga sihat..aamiin.

  6. alolololo tomel jeee

  7. alahai comel nyer.
    yes yg pokodot tu lebih comel 🙂
    terbaik pilihan nyer…

  8. Pandai akak mesti..mesti comey kat kaki amoi tue..hehehe

  9. Nanti Awfiyah boleh lari2 dah yer ^-^

  10. alahai, comelnye kasut. hehe. rajin berjalanlah lepas dapat kasut baru ni ^^

  11. olohh loowww… comelnya kasuuuutttt diaaa…. hehhe.. seronok laa dia ada kasut nanti… =D

  12. Comelnya kasut pink fiyah..pakai baju kurung nanti lagi comel dia

  13. besar sikit x pe.. kakai diorg cepat membesar.. hehe… x de la pakai kejap je, dah x muat.. 🙂

  14. Rambang mata tengok kasut baby girl nih.. Hehe

  15. weewwww… comeyyynya kasut.. 🙂 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *