KASUT PALLAS JAZZ MASIH MENJADI PILIHAN UNTUK ANAK-ANAK

KASUT PALLAS JAZZ MASIH MENJADI PILIHAN UNTUK ANAK-ANAK

KASUT PALLAS JAZZ MASIH MENJADI PILIHAN UNTUK ANAK-ANAK | Diam tak diam hampir tiga tahun semenjak bersekolah, kakak masih menggunakan jenama Pallas Jazz ni.

Bila anak-anak dah selesa dengan jenama kasut Sekolah Pallas Jazz ni, maka kita teruskan jelah sebab taknak nanti dia mengadu sakit kaki dan sebagainya.

KASUT PALLAS JAZZ MASIH MENJADI PILIHAN UNTUK ANAK-ANAK

Yelah kan, bila di sekolah, anak-anak ni suka berlari ke sana-kesini, banyak bergerak dan bila kasut yang dipakainya tak kena, mulalah kaki tu sakit.

Nak anak semangat bersekolah, mestilah sediakan kasut yang tidak menyakitkan kaki diorang ni.Bukan kakak je yang menggunakan kasut jenama Pallas Jazz ni, adik pun masih setia menggunakan kasut ni.

Untuk tahun ni, umi dah siapkan mereka awal-awal dengan kasut dan baju.Yelah kan, tahun ni kan kita bersaing dengan raya, jadi kenalah siapkan awal-awal kasut sekolah diorang ni.

KASUT PALLAS JAZZ MASIH MENJADI PILIHAN UNTUK ANAK-ANAK

Sedia awal tak kalut korang, nanti boleh la sediakan budget untuk hari raya pulak.Nak tau tak kenapa umi suka sangat dengan kasut jenama ni,meh umi share dengan korang 5 sebab kenapa korang kena pilih kasut sekolah jenama pallas Jazz ni.

5 SEBAB KENAPA PERLU PILIH KASUT SEKOLAH JENAMA PALLAS JAZZ

Mungkin ramai yang tak tahu sebenarnya jenama ni dah berada di pasaran sejak tahun 1979 lagi.Masa umi lahir dah ada kasut jenama ni.Tak ke lama jenama ni bertapak di pasaran sekarang.

Selain dari tu korang kena tengok sebab kenapa umi pilih kasut sekolah jenama ni.Antaranya ialah

#1 ARCH SUPPORT INSOLE

KASUT PALLAS JAZZ MASIH MENJADI PILIHAN UNTUK ANAK-ANAK

Kasut ni mempunyai kusyen insole khas yang dipanggil “ARCH SUPPORT.Ia dapat membantu memberikan sokongan kepada kaki kita.Ia dapat melegakan ketegangan pada otot kaki apabila kita banyak berjalan dan berlari.Corrective insole memberikan sokongan kepada lengkungan semula jadi kaki.Ia memberikan keselesaan optimum untuk lengkungan membujur yang lemah atau jatuh.

Yelah, setiap kaki manusia ni kan berbeza.Jadi bila ada kasut yang boleh berikan perlindungan dari ketidakselesaan kan berbaloi.

#2 KASUT YANG RINGAN

Itu antara kenapa umi memilih kasut ni sebab ianya ringan.Jadi si pemakai taklah cepat letih untuk bergerak dan ia akan membantu kanak-kanak membesar dengan kaki yang sihat.

#3 X-TONE OUTSOLE

Kasut Pallas ni adalah satu-satunya kasut sekolah yang mempunyai x-tone outsole yang bertindak menjadikan pelajar lebih bertenaga dan bersemangat di sekolah.

#4 CEPAT KERING

Material pada kasut ni melindungi anak-anak tak kira samada di dalam cuaca hujan atau panas.Material yang cepat kering ni amat memudahkan dalam memberikan keselesaan yang optimum.

Lagi satu mudah la nak dibersihkan selalu sebab bila di jemur, cepat je kering kasut ni.Kerja umi pun lagi mudah.

#5 VENTILATION SYSTEM

Sistem pengudaraan pada kasut ini dapat memastikan kaki kanak-kanak bernafas semasa waktu lama mereka di sekolah.Jadi takdelah masalah kaki berbau lagi kan.


Dari segi harga pulak kasut jenama pallas ni memberikan harga yang berpatutan.Jadi semua orang boleh menggunakan kasut jenama ni.


Sekarang ni dah mudah korang, kalau korang malas nak walk in, boleh je beli melalui online mereka di sini : https://www.wow2wee.com/

Nak tengok jenis kasut untuk anak-anak korang boleh je tengok website tu. Yang nak mencari diluar pun mudah sebab kasut jenama pallas ni memang mudah korang nak temui di shopping mall dan di kedai-kedai luar.

Selamat menyediakan kelengkapan sekolah anak-anak korang

 

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *