Kasut Jenama Pallas Tetap Menjadi Pilihan Untuk Anak-anak | Kalau ikutkan umi tak lagi nak membeli kasut untuk si Awfiyah memandangkan kasut yang lama masih elok lagi.
Tetapi kasut yang lama pun dah tak muat dan perlu ke Sekolah semula, jadi umi dapatkan juga yang baru untuk dak Awfiyah.
Ikutkan sayang lagi kasut yang lama tapi takpelah, kasut yang lama tu boleh umi bagi pada sepupu atau jiran-jiran yang sama size dengan kasut tu.Memang tahan lasak kasut tu, sebab umi baru je beli tahun ni jugak.Boleh refer cerita tentang kasut Pallas USP 205-0186k tu ye.
Actually umi memang cerewet sikit bab pemilihan kasut anak-anak ni. Kalau dulu anak masa sekolah tadika tak kisah lagilah sebab mereka akan buka kasut apabila di sekolah.Bila masuk sekolah rendah, dah tak boleh nak ambil mudah sebab mereka menggunakan kasut sepanjang hari kan.Jadi kesian bila mereka tak selesa dengan kasut yang mereka pakai tu.Mulalah nanti buat drama taknak ke sekolah.Umi jugak yang pening.Mahal sikit takpe janji selesa dan tahan lama.
Untuk kali ni umi masih lagi Kasut Jenama Pallas dan kali ni umi memilih untuk membeli kasut pallas 205-0196BK Feel the Bounce yang lebih COMFORT dan ringan.
7 SEBAB KENAPA MASIH MEMILIH KASUT PALLAS FEEL THE BOUNCE 205-0196BK
Kalau korang tengok di dalamnya pun lain sebab Kasut Pallas 205-0196BK ni berlabel biru didalamnya dan tertulis Feels The Bounce.Kalau ikutkan ianya masih tetap ada persamaan iaitu kasutnya yang ringan dan selesa sesuai untuk anak-anak.
1.PENGUDARAAN YANG BAIK
Selain kasut yang ringan, kasut pallas juga mempunyai pengudaraan yang baik untuk anak-anak semasa mereka memakai kasut di sekolah.Kasut Pallas mempunyai sistem pengudaraan yang baik bagi memastikan kaki anak-anak bernafas di sepanjang masa di sekolah.Jadi takdelah kaki anak-anak berpeluh dan membuatkan dia rengsa memakai kasut yang lama.Bila kasut mempunyai pengudaraan yang baik, maka kasut akan cepat kering dan udara mudah untuk keluar masuk.
Kalau si bongsu umi tu jenis kaki berpeluh, bila menggunakan kasut pallas ni takde masalah kaki berbau semasa menggunakannya.Jadi tak risaulah kulit kaki anak-anak ni melecet dan sebagainya.
2.LANTUNAN YANG LEBIH BAIK DAN SELESA
Kasut Pallas 205-0196BK ini juga mempunyai sistem penyerapan hentakan yang dapat mengurangkan tekanan kepada kaki.Selain dari itu, kasut ini memberi perlindungan yang lebih baik daripada kesan berjalan pada sendi anak-anak.Jadi anak-anak takdelah mengadu kaki penat dan sakit setelah menggunakan kasut ni.
Kalau korang lihat pada tapak di dalamnya, bila kaki ni menekan kebawah, dia akan melantun semula yang membuatkan kaki tidak sakit dan selesa.
3.MELEGAKAN OTOT KAKI
Corrective insole dibentuk untuk memberikan sokongan kepada gerbang semula jadi kaki.ia juga melegakan ketegangan pada otot kaki semasa berjalan dan dalam keadaan berdiri lama.Dan yang paling penting adalah kasut ini mempunyai “sokongan kepada gerbang” (Aarch Support) insole/cushion. Ini penting untuk anak-anak yang “high arch” atau “low arch/flat footed”.Mereka ni perlu pakai cushion yg ada Arch support untuk sokongan yg lebih baik dan selesa.
4.LEBIH RINGAN
Masih lagi mengekalkan ciri-ciri yang ringan pada kasut malah ianya lebih ringan dari kasut Pallas yang lain.Jadi anak-anak akan lebih gembira apabila menggunakan kasut pallas Feel the bounce 205-0196BK ni.
5.LEBIH SPORTY DAN BERTENAGA
Satu-satunya kasut sekolah yang ada Outsole X-tone dan pelajar menjadi lebih bertenaga dan bersemangat di sekolah.
6.BERNAFAS DAN LEBIH SELESA
Bahagian atas fabrik berjaring dengan berkesan menarik lembapan dan peluh dari kulit dengan cepat.Ia memanjangkan kawasan permukaan basah fabrik jauh lebih luas daripada fabrik biasa, sekali gus membolehkan peluh atau basahan keluar dengan cepat kerana fabrik yang mudah bernafas.
Tak risau kalau waktu hujan, nak keringkan kasut ni cepat sangat tau.
7 MUDAH DI DAPATI
Last but not least, kasut ni mudah nak didapati ye korang, kat pasaraya biasa mahupun di online store mereka di www.wow2wee.com
Maklumat lanjut tentang Jenama Kasut Pallas ni boleh layari website mereka
Website | Facebook | Instagram
bagus kasut ni. tahan lasak.
betul. part kasut sekolah ni kena cerewet sikit sebab nak bagi anak-anak selesa pakai. brand pallas ni dah lama kat pasaran so tak diragui keselesaan dan ketahanan dia..
Jenama Pallas ini tak asing lagi, dari zaman sekolah dulu memang pakai. Kasut tahan lama dan berkualiti compare to another brands.
teringat zaman sekolah dulu. memang pakai kasut ni.
Kasut pallas memang menjadi pilihan kami sejak anak sekolah rendah hingga masuk kolej… serasi dan selesa sekali padanya… terbaik Pallas , pilihan bijak
Masa sekolah dulu guna jenama Pallas la. Kasut Pallas ni bestt. Selesa pakai lama.
kasut pallas ini dari dulu lagi jadi pilihan.. cik en sendri pon pakai kasut ini.. kualiti terbaik
Anak Marina pon pakai kasut pallas. Pallas banyak design menarik
Memang kena cari kasut yang selesa untuk anak-anak. Ringan tu memang penting. Senang anak nak jalan.
dulu om pun pakai kasut jenama pallas, selesa dan banyak design utk dipilih
Memang dari dulu suka kasut jenama ni.. anak² pun nampak smart dan selesa dengan kasut jenama Pallas ni..
Samalah. Dah bertahun anak anak pakai kasut Pallas sebab selesa dan tahan lasak. Walaupun tiap tiap tahun tukar kasut pallas tapi kasut lama masih elok lagi. Kualiti kasut pallas memang terbaik
Teringat dulu pakai kasutni lah gi sekolah.. sekarang dok ada lagi.. makin cantik dan canggih pula design dia.