Kasut Jenama Pallas Tetap Menjadi Pilihan Untuk Anak-anak

Kasut Jenama Pallas Tetap Menjadi Pilihan Untuk Anak-anak | Kalau ikutkan umi tak lagi nak membeli kasut untuk si Awfiyah memandangkan kasut yang lama masih elok lagi.

Tetapi kasut yang lama pun dah tak muat dan perlu ke Sekolah semula, jadi umi dapatkan juga yang baru untuk dak Awfiyah.

Ikutkan sayang lagi kasut yang lama tapi takpelah, kasut yang lama tu boleh umi bagi pada sepupu atau jiran-jiran yang sama size dengan kasut tu.Memang tahan lasak kasut tu, sebab umi baru je beli tahun ni jugak.Boleh refer cerita tentang kasut Pallas USP 205-0186k tu ye.

Actually umi memang cerewet sikit bab pemilihan kasut anak-anak ni. Kalau dulu anak masa sekolah tadika tak kisah lagilah sebab mereka akan buka kasut apabila di sekolah.Bila masuk sekolah rendah, dah tak boleh nak ambil mudah sebab mereka menggunakan kasut sepanjang hari kan.Jadi kesian bila mereka tak selesa dengan kasut yang mereka pakai tu.Mulalah nanti buat drama taknak ke sekolah.Umi jugak yang pening.Mahal sikit takpe janji selesa dan tahan lama.

Untuk kali ni umi masih lagi Kasut Jenama Pallas dan kali ni umi memilih untuk membeli kasut pallas 205-0196BK Feel the Bounce  yang lebih COMFORT dan ringan.

7 SEBAB KENAPA MASIH MEMILIH KASUT PALLAS FEEL THE BOUNCE 205-0196BK 

Kalau korang tengok di dalamnya pun lain sebab Kasut Pallas 205-0196BK ni berlabel biru didalamnya dan tertulis Feels The Bounce.Kalau ikutkan ianya masih tetap ada persamaan iaitu kasutnya yang ringan dan selesa sesuai untuk anak-anak.

1.PENGUDARAAN YANG BAIK

Selain kasut yang ringan, kasut pallas juga mempunyai pengudaraan yang baik untuk anak-anak semasa mereka memakai kasut di sekolah.Kasut Pallas mempunyai sistem pengudaraan yang baik bagi memastikan kaki anak-anak bernafas di sepanjang masa di sekolah.Jadi takdelah kaki anak-anak berpeluh dan membuatkan dia rengsa memakai kasut yang lama.Bila kasut mempunyai pengudaraan yang baik, maka kasut akan cepat kering dan udara mudah untuk keluar masuk.

Kalau si bongsu umi tu jenis kaki berpeluh, bila menggunakan kasut pallas ni takde masalah kaki berbau semasa menggunakannya.Jadi tak risaulah kulit kaki anak-anak ni melecet dan sebagainya.

2.LANTUNAN YANG LEBIH BAIK DAN SELESA

Kasut Pallas 205-0196BK  ini juga mempunyai sistem penyerapan hentakan yang dapat mengurangkan tekanan kepada kaki.Selain dari itu, kasut ini memberi perlindungan yang lebih baik daripada kesan berjalan pada sendi anak-anak.Jadi anak-anak takdelah mengadu kaki penat dan sakit setelah menggunakan kasut ni.

Kalau korang lihat pada tapak di dalamnya, bila kaki ni menekan kebawah, dia akan melantun semula yang membuatkan kaki tidak sakit dan  selesa.

3.MELEGAKAN OTOT KAKI

Corrective insole dibentuk untuk memberikan sokongan kepada gerbang semula jadi kaki.ia juga melegakan ketegangan pada otot kaki semasa berjalan dan dalam keadaan berdiri lama.Dan yang paling penting adalah kasut ini mempunyai “sokongan kepada gerbang” (Aarch Support) insole/cushion. Ini penting untuk anak-anak yang “high arch” atau “low arch/flat footed”.Mereka ni perlu pakai cushion yg ada Arch support untuk sokongan yg lebih baik dan selesa.

4.LEBIH RINGAN

Masih lagi mengekalkan ciri-ciri yang ringan pada kasut malah ianya lebih ringan dari kasut Pallas yang lain.Jadi anak-anak akan lebih gembira apabila menggunakan kasut pallas Feel the bounce 205-0196BK ni.

5.LEBIH SPORTY DAN BERTENAGA

Satu-satunya kasut sekolah yang ada Outsole X-tone dan pelajar menjadi lebih bertenaga dan bersemangat di sekolah.

6.BERNAFAS DAN LEBIH SELESA

Bahagian atas fabrik berjaring dengan berkesan menarik lembapan dan peluh dari kulit dengan cepat.Ia memanjangkan kawasan permukaan basah fabrik jauh lebih luas daripada fabrik biasa, sekali gus membolehkan peluh atau basahan keluar dengan cepat kerana fabrik yang mudah bernafas.

Tak risau kalau waktu hujan, nak keringkan kasut ni cepat sangat tau.

7 MUDAH DI DAPATI

Last but not least, kasut ni mudah nak didapati ye korang, kat pasaraya biasa mahupun di online store mereka di www.wow2wee.com

Maklumat lanjut tentang Jenama Kasut Pallas ni boleh layari website mereka 

Website | Facebook | Instagram

Loading

13 thoughts on “Kasut Jenama Pallas Tetap Menjadi Pilihan Untuk Anak-anak

  1. betul. part kasut sekolah ni kena cerewet sikit sebab nak bagi anak-anak selesa pakai. brand pallas ni dah lama kat pasaran so tak diragui keselesaan dan ketahanan dia..

  2. Samalah. Dah bertahun anak anak pakai kasut Pallas sebab selesa dan tahan lasak. Walaupun tiap tiap tahun tukar kasut pallas tapi kasut lama masih elok lagi. Kualiti kasut pallas memang terbaik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *