Karnival Pesta Lampu Dato Onn Umi dah Terjebak

karnival pesta lampu bandar dato onn

Karnival Pesta Lampu Dato Onn Umi dah Terjebak.Terjebak dek kerana hari tu dok lalu kat situ, bebudak ni sibuklah nak juga pergi ke sana.

Puas dah elak, tapi kali ni tak dapat nak elak sebab masa babah ajak pi makan mamak kat Dato Onn tu terlalulah sini.Bebudak ni nampak lampu-lampu dok menagih kat umi dia nak jugak kesini.Umi memang malas nak melayan, tapi memandangkan babah kata pergilah kejap bawa bebudak ni, maka umi menerima arahan.Janji babah bagi upah.hahahha.

Jadi pergilah umi dengan adik dan anak saudara umi bawa budak berdua ni.Nenek dengan babah dah tak larat nak berjalan.Diorang tunggu kat luar.

karnival pesta lampu bandar dato onn

Pintu masuk Karnival Pesta Lampu Bandar Dato Onn yang bertempat di parking Aeon Mall Bandar Dato Onn.

Selepas pintu masuk nii banyaklah gerai-gerai makan yang korang boleh pilih untuk makan.Dan ada juga ATV Train di bahagian situ.Kalau nak ke tempat lampu-lampu tu korang terus je masuk dan dia di bahagian kanan korang sebelah hujung.Kat situ korang akan nampak kaunter untuk beli tiket.

bersama model tak berbayar iaitu anak saudara umi

Tiket masuk ke sini RM5 setiap seorang.Tak tau dari umur berapa ke umur berapa RM5 tu.Tapi umi pasti budak 5 tahun ke atas dah kena bayau.Dalam tu bukan sahaja lampu-lampu untuk OOTD ye.Ada juga booth games dan booth jual belon lampu dan sebagainya.Nasib baik bebudak ni tak mintak.

Yang excitednya anak saudara umi dan adiklah.Umi pun tumpang sekaki nak bergambo.Yang dua orang anak umi tu dah aim nak main scooter berlampu kat tepi tu hah.

Masuk-masuk je syukur orang tak berapa nak ramai.Jadi bolehla berOOTD di setiap port lampu-lampu pelbagai ukiran tu.Moh umi tepek sikit gambar-gambar yang sempat umi snap sebelum bebudak ni buat perangai..hahaha

Umi pun nak buat perangai jugak..hahaha

Banyak lagi lah gambar.Umi ada post kat page umi di bawah ni.

Kotlah korang tak tau nak bawak anak-anak ke mana hujung minggu ni ataupun esok atau lusa, boleh la datang ke sini.

? AEON MALL BANDAR DATO ONN
[Lot Parking Terbuka)
?️ 1 Dec hingga 30 Dec 2021
? 3:00PM – 12AM (Street Market Booth)
? 6:00PM – 12AM (Pesta Lampu)
? 5:00PM – 10PM (Car Boot Sale)

Tiket masuk:-
RM5 Dewasa/kanak-kanak
(bawah 3 Tahun adalah PERCUMA‼️)
28 Booth makanan viral & minuman viral terdapat di Street Market Karnival Pesta Lampu AEON Mall Bandar Dato Onn..
Car Boot Sale AEON Mall Bandar Dato Onn juga ada, ia menghimpunkan 50 Usahawan Negeri Johor berkonsepkan Jualan Buka Bonet Kereta.

? JUMAAT, SABTU & AHAD
⏰ 5:00pm ~ 10pm
Waze : AEON MALL BANDAR DATO ONN

Bebudak ni ajak pi repeat lagi masuk sini.Aduii..Umi lemah betul tau takat nak main benda tu.Nanti kita pegi tempat lain pulak la..Barulah umi ada story nak up kat blog umi ni..hahaha

1 Comment

  1. Seronok kalau ada karnival lampu² ni…paling penting kena posing sakan sampai habis bateri handphone. Hehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *