Kari Ikan Tongkol Jugak yang diminta

Kari Ikan Tongkol Jugak yang diminta

Kari Ikan Tongkol Jugak yang diminta | Niat hati nak masak ikan tongkol masak singgang serani, kena pulak dengan sambal belacan dan ikan goreng tongkol.Memang pebret umilah.Tetapi memandangkan babah mc hari ni, jadi umi layankanlah permintaan babah tu.

Jadi nak taknak kita tunaikan jelah kan.Janji anak-anak pun boleh makan jugak.Oklah kan kari, petang sikit kita boleh buat lempeng pulak.

So, untuk menu hari ni, kari ikan tongkol jugak yang diminta dek babah.Apa pulak menu lain yang umi hidangkan.Dalam kepala tu nak buat sambal belacan, memandangkan penat berkemas, maka tak jadilah sambal belacan.Yang ada cuma menu, ikan masin sepat, telur dadar dan jugak kobis celur.

Kari Ikan Tongkol Jugak yang diminta

Cukuplah untuk hidangan kami tengahari tu.Biasalah kalau umi ada di rumah ni, macam-macamlah permintaan diorang ni.Umi selagi diorang kata nak tu nak ni, umi sebolehnya tunaikan.Janji diorang makan.Jangan umi penat-penat buat, lepas tu korang buat dono je.Memang mintak kena berleter ler jawabnya.

Oh ya, umi ada beli tempe masa ke pasar hari tu, jadi umi goreng dengan kicap.Sedap weh makan tempe ni.Selalunya umi goreng je lepas tu cicah dengan sambal kicap..memang sedap kan..kan…

Baca juga : 10 resepi shell out wajib cuba

Siapa suka tempe angkat tangan.Ada jugak yang tak suka dengan tempe ni kan.Kalau dapat buat sambal jawa tu pun dah sedap dah.

Dulu mak umi memang jual tempe goreng ni dekat kantin sekolah dia.Tiap kali pergi kantin, mesti umi tapau banyak-banyak tempe tu bawak balik.

Dah ke tempe pulak ceritanya kan? Takde dah kisah ikan tongkol untuk dia,.

Tetiba teringin nak bersteamboat makan ramai-ramai.Mesti meriah kan.Cepatlah habis wabak ni.

Umi tak sabar sebenarnya nak bawak bebudak ni berjalan lagi.

 

 

1 Comment

  1. Aku suka je masak kalau menu yang di minta tu orang makan, jangan macam uma ni, ikan tongkol aku je sorang makan hahahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published.